Saturday, April 30, 2005

Salah ke?

Salah ke kalau kita suka buat benda yang orang lain tak buat? Nampak pelik sangat ke kalau kita ni tergolong dari spesis lain dari yang lain. Heran betul aku bila orang leh kata aku pelik, terutama bila aku buat sesuatu yang dorang consider pelik tu.

VCD favourite
Ada satu hari tu aku gi ronda-ronda kat Alpha Angle Wangsa Maju ngan member aku. Pastu aku teringin nak beli VCD so aku masuk le dalam satu kedai VCD yang ada kat situ. Dah tu dia boleh bantai gelak giler nengok VCD yang aku beli. "Ko ni dah tak de citer lain ke yang ko nak nengok?" katanya yang tak berenti-renti gelak. "Lor apa salahnya? Tu la ko taktau menghargai seni" jawapku yang cuba backing diri aku sendiri. Nak tau VCD apa aku beli? Citer Tamil tajuk dia Bashaa, hero dia Rajinikath. Citer dia pasal samseng pencen yang terpaksa mengganas semula lepas keluarga diancam oleh penjahat. Ni pun bukan kali pertama aku beli VCD citer ni..masuk kali ni, dah 5 kali aku beli VCD yang sama setelah 4 VCD yang sebelumnya ada yang hilang dan rosak. Dah minat nak buat cam ner? Salah ke aku beli??

Lagu favourite
Masa aku gi lepak kat kedai mamak ngan aku member aku ari tu pun cam tu gak. Kisahnya aku bawak MP3 player aku, saje je la untuk aku dengar sambil tunggu dia. Pastu masa dah jumpa dan minum-minum, ada sekali tu dia belek-belek la MP3 player aku. Heran lak dia nengok tajuk-tajuk lagu dalam tu. "Ni lagu setan apa yang ko dengar nih? Tak penah aku dengar pun semua tajuk lagu nih?" katanya sambil berkerut-kerut dahi. "Tu lagu Techno-Trance, ko Mat Sentimentol mana dengar lagu-lagu cam ni.." jawabku. "Lor ko ni dah tua-tua pun dengar lagu cam ni? Apa nak jadik ngan ko nih?" katanya dengan muka selamba. Adeh!!..salah ke aku suka dengar lagu-lagu techno tu? Lagu techno tu bukannya ada lirik suruh buat jahat ke, puja setan ke apa ke. Malah kebanyakan lagu techno takda lirik pun. Salah ke aku dengar?

Workshop kereta
Ada sekali tu member aku call masa aku tengah lepak kat kedai workshop kereta member aku. "Weh jom main badminton petang ni?" tanya dia. Sebenarnya aku malas nak layan dia ni so aku cakap "Alah tak leh la aku kat workshop nih". "Apsal kereta ko rosak ke?" tanya dia yang macam tak puas hati je. "Tak la aku saje je lepak sini nengok kereta-kereta orang lain yang rosak kat sini" jawab aku yang dah malas nak layan dia. "Ha jangan lupa, pesan kat cina kedai tu sekali suruh dia tambah sayap kat kereta ko. Esok kalau kereta ko dah boleh terbang, tak yah la ko lepak kedai dia lagi!" katanya yang membuatkan darah aku mendidih bila mendengarnya. Salah ke kalau hobi aku lepak kat workshop kereta?
Menjahit
Jangan terkejut kalau aku cakap aku ada satu mesin jahit kat rumah aku. Actually bukan la aku punya cuma dulu mak aku ni dia ambik upah jahit baju orang. So bila dah lama-lama mesin berganti mesin (maklumlah berniaga dah maju), mesin jahit yang lama dia taktau nak letak mana. Jadi aku pun offer la suruh dia letakkan kat rumah aku. Memula buruk je mesin tu tapi aku dah varnish bebaik, panggil cina untuk servis, pasangkan motor, tukar itu ini...so sekarang dah canggih le mesin jahit tu dan secara automatiknya aku rajin le menjahit. Ala bukan jahit apa, cuma alter seluar slack je, jahit badge..tu je, bukannya menjahit baju kurung ke apa ke...eee tak kose mak..nyah oii!
Ada satu hari tu member aku call ajak gi KL, temankan dia gi Low Yatt Plaza. So aku cakap "Alahai aku tak leh gi la, tengah busy menjahit nih" kata aku yang sebenarnya tak mood nak keluar rumah sebab tak berduit. Member aku lak bila perkataan menjahit tu..dia boleh gelak sakan sambil cakap "Eh ko dah bukak butik ke?" Adeh geram aku, rasa tak sabar-sabar nak letak telefon. Salah ke kalau orang lelaki cam aku suka menjahit?
Gubah bunga
Mak aku ni satu lagi hobi dia..dia suka gubah hantaran untuk orang kawin. So yang selalu jadik mangsa kena suruh gi beli bunga-bunga atau benda-benda yang berkaitan ngan gubahan ni sapa lagi kalau tak aku. Sebabnya aku ni berkereta so mudah la dia suruh aku gi mana-mana. Suatu hari tu, aku nak gi keluar KL jap. Dah dressing ..pakai baju baik nyer brutal..tetiba dah terkena suruh gi beli benda 'alah' gitu. Yang tension nya bila time beli tu..ada cashier pompuan 2 orang dok tersengih-sengih sambil menjeling kat aku. Aku tau dorang gelakkan aku sebab aku dengar dorang berbisik "Ni mak nyah macho kot?". Adeh..berasap nya telinga aku!. Salah ke orang lelaki beli benda-benda gitu?
Pelik ke aku ni??

Friday, April 29, 2005

Tak gi kott...

Hmm confirm la aku takkan gi ke EG tu. Nampaknya takda sorang pun family aku yang bagi galakan . Tapi aku pun tak salahkan dorang sebab aku sendiri pun bukan le nak ngat gi EG tu..50%-50% je hati aku ni. Semalam pun, saje je aku menggatal nak cuba nasib jumpa orang tua aku dan bercerita pasal benda tu.

Nak tau apa bapak aku cakap? Lima minit je aku jumpa dia, terus dapat ayat yang buat aku terkedu. "Udah-udah le tu Zanie, dalam dunia ni bukan duit je yang mesti dicari!" katanya yang mematikan segala angan-angan aku bagaikan baru lepas terkena peluru berpandu jet MIG-29.

Mak aku lak..." Ish usah le Zanie oooi, kamu tu bukannya muda lagi nak merantau negeri orang. Cukup le apa yang ada dalam Malaysia ni. Esok kalau aku mati, bayang kamu pun belum tentu ada, kalau dah duduk kat sana" ...alahai syahdu le plak aku dengar.

Aku rasa betul gak cakap dorang, lagipun kalau dulu aku terkilan tak dapat gi tengok atuk aku masa dia tengah nazak, so takkan aku nak beri peluang benda macam tu jadik lagi bila aku dah tak da disini nanti. Sapa tak nak duit yang banyak? Bohong le kalau aku cakap tak mau... tapi aku rasa dalam keadaan aku sekarang tak perlu la aku bermewah-mewah ngat cukup la apa yang dah ada. Manusia ni macam kita ni kalau dibagi segunung duit yang nilainya berjuta-juta pun, gerenti takkan cukup sampai bila-bila. Nak beli tu, nak beli ni, nak simpan untuk itu, ini.....ish mula la tamak tak ingat!

Tapi sebenarnya yang buat aku bertambah-tambah tak mau gi sana tu punn sebab offernya bukan la bagus sangat macam yang disangka. Ok la dia kasi banyak, tapi semua tu belum tolak in-come tax (jenis kes aku ni deduction dia memang banyak), EPF, insurance dan ntah-ntah apa lagi. Kira punya kira almost 30% habis ntah kemana. Dah tu increment yang ribu-ribuan tu pun khabarnya, aku akan dapat hanya masa keje kat sana. Kalau aku balik ke Malaysia masa on the next 28 days (rotation), gaji aku go back to the basic! Ciss...sonto loyo betul la!!

Nak hidup kat sana pun satu hal gak. Pak hitam sana tuh bukan reti cakap omputih, kalau nak hidup sana kena tau cakap bahasa Sepanyol kata member aku la (sebab Sepanyol penah menjajah negeri tu dulu). Kalau tak jawabnya, macam bersembang ngan kerusi meja! Pak hitam sana samseng woo, kalau bertekak ngan dorang...anytime je takpe segan silu dorang keluarkan pistol! Maklum la negeri memang tak aman, hidup pun macam koboi je. So takat tembak orang ni pada dorang apa le sangat ?? Ishh...memang maut ada kat mana-mana dan boleh datang bila-bila, tapi kalau sengaja cari maut, apa gunanya? Tu pendapat aku le, tak tau le plak korang cam ner....

Alangkan bertahun-tahun dulu aku dok kat pelantar minyak Esso tengah laut pun dah rasa cukup tersiksa. Penuh ngan jantan je, keliling semua laut, makan hari-hari lebih kurang sama, siaran tv/radio langsung takda (zaman aku dulu la, skarang ni dah ada Astro). Ni kan plak nak gi Afrika tu? Ish tak kose teman...

Thursday, April 28, 2005

Nak gi ke tak nih???


My boss is looking for my "’back to back’’ to work in EG. Let me know if you interested.
Rotation: 28days on/ 28days off
Skills required: Microsoft suite inclusive Microsoft Project
Good English command
Job scope: Train local staff and support Operations activities (serve Operation Manager, Engineers, and Superintendent)
Email me if you want further information.

Cheers,
Zamry
Email ni yang aku dapat dari member aku Jumaat lepas, betul-betul buatkan jadi binggung giler. Nak ke, tak nak terima offer ni? Eee kalau nak ikutkan nafsu memang le lumayan.. banyak gak le salary aku leh dapat kalau keje sana tapi bila pikir balik kalau keje kat EG tu memang tinggi risikonya. Berbaloi ke? Kang kena tembak lak dek 'mat hitam' kat sana ..tak ke mampus? Tapi member aku yang dah keje sana cakap keadaan sekarang dah reda..ok sikit la dari waktu dia memula datang dulu.
Ohh yea..for those yang tak tau..EG tu stands for Equitorial Guinea, satu negara kecil kat Afrika. Walaupun kecil, negara dia memang terkenal dikalangan oil & gas company sebab sana banyak minyak. Cuma yang menjadi masalahnya kat sana tu bila-bila je boleh jadik perang saudara. Dengar citer, presiden negara tu cam diktator je...
Kalau aku gi sana, aku akan keje kat ofis HESS yang terletak dalam kem yang dikawal tentera EG. Kat sana memang kerajaan dia melindungi pelabur minyak. Facilities kem tu memang superb giler dan pas tu kalau nak keluar keje pekan lak, kena ada escort yang bersenjata. Tambah melecehkan kalau keje kat sana tu 28 hari stay sana dan 28 hari lagi baru le balik Malaysia. Kalau naik flight, perjalanan ke sana ambik masa lebih 24 jam. Tu pun kena transit samada kat Amsterdam atau London ataupun Madrid, tengok le flight apa yang kita pilih.Nak sampai ke EG tu airport paling dekat pun kat Cameroon, pastu kena naik helicopter nak gi ke kem yang aku cakap tadi.
Ermm...nak gi tak nak nih. Dah berhari-hari aku termenung ..aku masih lagi tak dapat keputusannya. Kalau dok kat Malaysia ni mmm..dapat increament pun ciput je, kalau gi EG sana.. kayo pakcik...cuma nyawa le plak mungkin cepat melayang. Peluang cam ni bukannya datang selalu...eee cam ner nih??? Malaikat kata dok la sini, setan kata mari-mari..arghhh!!
Mana yang lebih penting jadik sorang yang mata duitan (kalau dok sana) atau jadik family man (kalau dok Malaysia ni). Gaji kat RM 25,000 sebulan maunya tak meleleh air liur aku??....adeh tak tahannya godaan. Gaji aku kat sini pun baru 1/5 dari tu..maunya tak termenung aku? Berapi-api member aku si Zamry tu ajak gi, bertambah-tambah lak peningnya kepala aku memikirkan kata putusnya. Wang atau nyawa???
Apa nak buat nih????Arghhh!!!

Wednesday, April 27, 2005

Lembaga

Korang penah mengalami sesuatu yang menakutkan tak? Hantu? Hmm tak tau le plak aku kalau boleh dikategori sebagai 'benda' tu. Tapi aku dah kena sekali baru-baru ni ...eeee takut siot! Aku sebenarnya agak trauma dan rasa berat nak cerita kat orang tapi oleh kerana aku rasa leh caya kat korang so apa salahnya aku luahkan. Betul tak? Gini ceritanya:-
Suatu malam aku terpaksa balik lewat malam kerana terlalu banyak urusan di pejabat. Setibanya di rumah, aku terus membuka peti surat rumah aku dan seperti biasa memang ada 2 3 surat yang di kirimkan untukku. “Aduh penatnya hari ni, kalau kena balik lambat tetiap hari macam ni, mau je aku berenti kerja” ngomelku sendiri sambil tangan ku membuka pintu rumah. Memang aku kebiasaannya agak penat kalau terpaksa menyiapkan kerja pejabat lebih dari waktu yang sepatutnya, tambah pulak kalau ssudah sampai lewat malam macam ni.

Oleh kerana hari tu badan aku agak keletihan sikit hari tu, aku terus je mencampak surat-surat yang aku terima tadi kat atas cabinet TV sambil mencapai tuala dan menuju ke bilik air untuk mandi. Mataku sempat melirik ke arah jam dinding …”Mmm! Dah 12:30 malam!! Sempat ke nak keluar makan nanti?” kataku setelah memandang jam dinding tu.

Setelah selesai mandi, aku terus menuju ke bilik aku. Ketika dalam perjalanan kesitu, tiba-tiba hatiku berasa cukup gelisah dan mataku seolah-olah dapat mengesan kehadiran sesuatu yang aneh. “Ya Allah! ada lembaga” bisik hati kecilku. Ya memang tak silap lagi, aku baru perasan ada suatu lembaga sedang berada di cabinet TV!!, tempat aku meletak surat-surat yang kuterima tadi. Tanpa berlengah lagi, aku terus je mempercepatkan langkah menuju ke bilikku.

Sungguh bergetar rasa hatiku kerana aku yakin apa yang aku nampak tadi bukannnya bayangan manusia!. Jantungku berdegup begitu cepat sekali sambil hati aku masih kurang percaya dengan apa yang telah kulihat. Rasa takut yang amat sangat semakin menular di hatiku. “Ya Allah! apa nak buat nih” bisik hatiku yang sedang begitu hebat dilanda kegelisahan. Aku cuba mengingati beberapa kerat ayat-ayat suci yang kutahu. Aku mula akui dan memang tak salah lagi, mungkin ini lah bayangan-bayangan aneh yang sering diperkatakan oleh jiran-jiran sebelah rumahku. Selama ini aku tak pernah peduli dengan cerita-cerita mereka dan sukar untuk kupercaya, sekarang aku sedang mengalaminya! Sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan selama ini.

Penglihatan di sekelilingku sudah mula berpinar-pinar dan degupan jantungku terus semakin kencang. Sepanjang hidupku tak pernah aku rasa sebegini takut. “Oh tuhan, janganlah diuji hambamu begini” bisik hatiku yang cuba menenangkan ketakutan yang sedang melanda. “Ah! mungkin dia tak akan dapat mengapa-apakan aku” kataku sambil mula memberanikan diri. Setelah mengumpul segala kekuatan yang ada, aku terus nekad. Aku mesti berhadapan dengan lembaga yang kulihat tadi!

Dengan berbekalkan keyakinan yang kian bersatu, aku terus menerpa kearah lembaga yang masih tidak berganjak dari tempatnya tadi sambil fikiranku cuba mengingati ayat-ayat suci yang telah kupelajari. “Ya Allah!!!.....” alangkah terkejutnya aku setelah berdepan dan cuba memegang lembaga itu tadi.

“RM 68.63??….mahalnya!” rungut hatiku selepas membaca bil Lembaga Letrik Negara atau sekarang ni dikenali sebagai Tenaga Nasional Berhad yang kuterima tadi. Mahalkan? Ntah apa-apa ntah TNB nih kan!!!

Tuesday, April 26, 2005

Orange

Untuk korang yang sebelum ni tertanya pasal nick Orange ni, so sekarang aku kenalkan ni lah dia 'Orange' aku. Dengan bangga yang tak hengat, berlagak giler serta aksyen nak mampus nya, aku pamerkan 'Orange' aku untuk korang. Alah korang pun ada yang sebelum ni sibuk dok nayang PC kat opis korang dalam blog kan... eleh macam la aku tak penah tengok.. ada kan? kan? Ala nak buat-buat tak ngaku lak !
Dah beribu duit aku laburkan untuk upgrade PC aku ni. Malas la nak cakap berapa ... sound card dan speakernya saja dah boleh beli satu PC baru. Dulu aku memang agak giler sikit bab upgrade PC ni. Rasanya dah banyak le gak tokeh kedai PC kat Imbi Plaza yang aku dah kayakan.
Sebutlah apa saja... modem, TV/FM card, 5.1 sound card, heat sensor, blower fan, surround sound amplifier, DVD, wireless keyboard/mouse dan segala tok-nenek barang komputer, semuanya ada kat PC aku ni. Cakap je nak sambungkan kemana ... Digital Cam Coder, Home Theater, TV hatta lubang hidung dan telinga pun boleh kalau nak! Hahaha.... (sambil gelak cam orang kaya). Remote control pun ada..pendek kata mak ayah je takde dalam PC ni. Begitulah aku seorang peng'upgrade' komputer yang tegar ... yang tak leh diubati langsung penyakitnya!
Tapi tu semua dulu, sekarang ni aku tak lagi macam tu. Aku dah tinggalkan minat pelik aku ni dan tak buat lagi keje yang menghabihkan duit ni. PC aku ni pun dah tak terjaga sangat sebab aku makin sejak dua tiga empat puluh menjak nih, sampaikan speaker aku yang tersalah pasang hari tu pun, masih tak aku betulkan lagi. Dah tua-tua gini, aku dah malas dah jadiknya.
So akhir kata, selamat berkenalan dengan Orange aku!





P/S: Sebuah pasu pinjam sengaja diletakkan atas speaker tu untuk membuktikan pada korang betapa sentimental dan berjiwa seni sungguh....aku nih....hehehe

Monday, April 25, 2005

Orange & his blog

Entry aku kali ni aku nak jawap beberapa soalan popular yang asyik ditanya pada aku. Antara soalan yang popular yang banyak ditanya pada aku: -
a. Apasal suka update entry sebelum tarikh?
b. Napa pakai nama Orange? Tulis kat blog ni Mokhzani
Walaupun aku ni bukanlah kaunter pertanyaan dan malas nak jawap soalan-soalan ni tapi nampaknya terpaksa jugak la aku menerangkannya.
Apsal suka update sebelum tarikh?
Macam yang aku penah cakap dulu (ntah iye ntah tidak tapi iye la kot), blog yang aku buat ni kira macam journal hidup aku. Didalamnya akan aku tulis (ish macam mat jiwang je bila pakai ayat nih) segala pendapat, pandangan, lawak, luahan rasa dan ntah-ntah apa lagi untuk tatapan aku di masa depan. Cara aku tulis kalau korang tengok memang agak berbeza dari blog yang lain, aku tak penah citer pasal benda-benda yang buat orang lain tak faham bila membacanya. Ia lain dari yang lain (macam iklan TV le plak ayat nih...ah lantak lah) dan blog aku akan diupdate sebelum tarikhnya sebab aku lebih selesa menulis bila je idea aku tetiba muncul. Lagi satu aku kalau boleh (kalau betul la boleh) tak nak buat redundant entry sebab macam aku cakap tadi, blog ni akan aku gunakan sebagai journal hidup aku untuk generasi anak-anak aku. Tak faham lagi??? Hmm aku dah agak dah! Memang saje je aku tak kasi korang paham.. lantak korang lah..
Napa pakai nama Orange?
Ni bukan nama manja, samaran, timangan, cari makan atau apa-apa yang sewaktu dengannya. Orange jugak bukan lah nama European Telecommunication Company macam yang selalu ditampal kat kereta F1 tu. Orange sebenarnya ialah nama yang aku bagi pada PC aku kat umah. Apasal lak nama PC? Hmm untuk jawap soalan ni nanti kalau ada masa nanti aku bagi korang tengok sendiri rupa PC aku tu. Lagipun aku tak suka nak pakai nama lain dan lebih suka jadi diri aku sendiri. Aku tak suka nak menyamar-yamar nih dan lebih suka pembaca-pembaca (macam la banyak pembaca) terima diri aku seadanya. Pun begitu kalau ada sesapa yang nak berkenen-kenen, 'berkenalan @ mengorat", abang angkat angkut pikul atau apa-apa yang seangkatan dengannya,... sorry to say benda-benda cam tu semuanya tak ada dalam fikiran aku dan DEN TAK DAPEK NAK NOLONG NYO.

Sunday, April 24, 2005

Tak Tau Citer

Seronok ke tulis blog nih? Betul ke bila kita berkongsi masalah dengan orang lain, kita boleh reliefkan tension kita? Betul ke ada orang diluar sana yang akan memahami masalah kita? Betul ke ada orang yang boleh berkongsi suka duka hidup kita?
Ntah la macam-macam benda yang aku pikirkan lately. Betul ke tindakan aku tulis blog nih? Tak pe ke aku citer benda-benda yang selama ni..aku tak penah citer pun pada family aku sendiri, tetiba aku citer pada orang-orang yang aku tak kenal? Tak pe ke? Ntah la... aku sendiri pun tak tau apa jawapannya!
Ni semua bertentangan dari realiti hidup aku! Aku sebenarnya tak pandai nak bersembang, nak cari idea untuk bercerita dengan orang, nak jadi peramah....Ish tak pandailah aku! Mungkin korang sendiri kalau jumpa aku betul-betul, mesti tak sangka lain sekali rupanya perangai aku. Kalau kat dalam blog aku boleh buat lawak, buat citer merapu... kat luar? alamat bercakap ngan gelas je la korang kalau dok semeja ngan aku!
Macam mana ek aku boleh terjebak dunia blog ni? Boleh lak buat coding ntah apa-apa ni dan pastu menaip-naip lak? Betul ke aku yang menaip nih? Betul ke aku tengah bercerita nih? Boleh pun aku bercerita ek! Habis tu yang aku sampai tak boleh bercakap langsung dengan orang bila dok kat luar tu napanya?
Aku tak reti siot! Aku ingat lagi dulu masa memula nak tulis surat kat awek aku, habis berpuluh-puluh helai kertas , memacam jenis pen aku pakai, memacam style aku duduk aku buat... kepala kebawah kaki dok atas.. segala ... semata-mata untuk tulis surat. Haram selai pun menjadik surat aku tu! Masa gi umah dia lagi teruk...berpuluh-puluh kali gi tandas dek kerana takde modal nak bersembang dengan orang tua dia yang dok depan aku! Gamaknya mesti orang tua dia kutuk aku "Jangan la budak ni jadik menantu aku, kalau tak habis roboh jamban aku dibuatnya!"
Gemuruh sangat ke aku ni? Ntah la... cuma aku rasa tak tau nak bercerita ngan orang. Kalau aku cuba pun, rasanya buat sakit hati orang yang bersembang ngan aku tu je. Merapu, lari tajuk, terlaser..segala-gala macam silap aku buat .... malang sungguh aku ni harap rupa je lawa, mulut tak pandai langsung nak bersembang! Mungkin itulah kata-kata orang pada aku. Apa pun sebenarnya, aku cuma nak bagitau korang .....

WEH!! AKU DAH UPDATE BLOG AKU SAMPAI HARI AHAD WEH!!! TERRORNYA ....HAHAHA!! GILA KUASA NYA AKU!!..

Saturday, April 23, 2005

Kereta Baru

Semalam masa aku tengah mengodek-godek radio kereta aku, aku teringat suatu kenangan lama antara aku dan kereta aku.

Empat tahun dulu aku sebenarnya bukan la minat sangat nak beli kereta. Cuma mak aku yang sibuk membakar perasaan aku untuk beli kereta. Aku ni pun bukan le teringin sangat nak pakai kereta, bukan le takde duit cuma masa tu aku rasa macam tak perlu je aku beli kereta.

Sebelum aku ada kereta, mak aku selalu sibuk cakap "ha tengok tu anak Mak **** dah beli kereta, senang betul hidup dia" kata dia yang sanggup bangunkan aku dari tidur semata-mata nak suruh aku tengok kereta sepupu aku tu. "ala mak, dia baru pakai kereta belum pakai lori lagi! Apa nak heran?" kata aku yang masih mamai sejak dibangunkan dari tido.

Sebulan pas tu dek kerana tak sanggup lagi mendengar ayat yang berbunyi "kalau lah ada kereta....." yang sering datangnya dari mak dan awek aku. Maka dengan terpaksa-rela nya, aku mengagahkan kaki masuk ke satu showroom kereta kat Batu Caves. Murah je kereta yang aku nak beli tu, maklumlah beli kerana terpaksa. "Takda dapat free apa-apa ke abang" tanyaku dengan muka tak malu pada salesman tu. "Eh ada incik, kita bagi satu payung free.." jawap salesman tu dengan muka terpaksa-mesranya, aku tengok macam nak dihempuknya kepala aku ngan payung tu.

Anyway itu dulu, empat tahun dulu aku memang kurang bernafsu pada kereta ni. Tapi sekarang segala-galanya dah berubah. "Bila la kereta aku ni nak meletup, takde sesapa ke nak tolong bakar kereta aku ni? Nanti boleh la aku claim insurance dan beli kereta baru!" bisik hatiku sambil tanganku men'tune' radio kereta. Makin hari makin kuat rasanya nak beli kereta baru. Kena plak kalau aku dah bawak laju-laju pastu ada kereta lain yang lagi laju potong kereta aku. Teringat lagi masa aku drive kereta kat PLUS highway masa on the way balik kampung dulu...dah bawak 150km/j pun leh tetiba je kereta aku dipotong dek kereta lain, sebuah Honda Civic Hybrid. Yang sadisnya aku tengok driver cina tu dengan selamba je potong kereta aku ...sambil korek hidung! Cisss...tercabar dan terhina betul aku dengan perbuatan dia!!! Kot iye pun buat la menda lain, jangan la menda yang satu tu...nampak sangat haprak betul prestasi kereta aku!. Dan sejak tu la aku pun berangan nak pakai Honda Civic Hybrid. Nampaknya cina yang korek (&^%* dah berjaya memberi sumber inspirasi pada aku untuk memiliki kereta tu.

"Ha tu nak beli kereta mahal-mahal tu, pastu bawak laju-laju le tu!" kata mak bila pertama kali aku suarakan hasratku. "tak la, orang nak selesa sikit, nanti boleh la bawak gi jalan jauh-jauh" balasku dengan muka yang sungguh confident bagaikan jurulatih team bolasepak Malaysia yang asyik kalah tu. Hmm.. macam-macam nasihat dan kutukan aku dah dengar dari orang, bila aku sebut model kereta yang aku nak tu. Salah ke keputusan aku ni?

Adeh ... bila la aku betul-betul boleh tukar kereta baru?

Friday, April 22, 2005

Kekayaan & Kebahagiaan Hidup

Betulkah kalau ada duit dan harta hidup akan bahagia? Jika duit dan harta menjadi penentunya maka berapa pulak jumlah yang boleh membahagiakan kita? RM 1 juta? RM 2 juta? Mampukah duit membeli segala-galanya? Mampukah juga duit dan harta menjamin kebahagiaan hidup kita?
Betul ke bila kita kaya, hidup kita boleh damai dan sejahtera kalau ada rumah besar dan kereta mewah? Kalau macam tu kenapa tidak kita berhenti mencari kekayaan tatkala menyedari kita sudah kaya? Kenapa perlu lagi bersusah payah mencari duit kalau kita sememangnya sudah kaya?
Jawapannya memang sudah fitrah hidup manusia, nafsunya takkan pernah puas dan berasa cukup dengan kekayaan dan kesenangan yang Tuhan bagi. Dalam usaha mengumpul dan mengejar kekayaan, manusia sering terlupa kesenangan yang abadi yang mereka cari, sebenarnya adalah perasaan cinta yang tulus terhadap Allah dan sekalian hambaNya.
Korang mesti heran apasal aku merepek pasal kekayaan dan kebahagiaan lak hari ni? Bukan apa, selalunya aku asyik cerita pasal benda-benda merapu je dan tak salah rasanya aku membuat entry berbentuk agama supaya mendatangkan keberkatan sempena hari Jumaat ni...hehehe
Sebenarnya aku saje je timbulkan benda-benda gini sebab aku nak bercerita pasal seorang jiran dekat rumah lama aku dulu. Ngumpat? taklah bukan itu niat aku. Aku sebenarnya rasa cukup kagum dengan dia sampai la hari ini. Nak tau kenapa? Bayangkan la dengan gaji cuma RM 800.00, 6 orang anak dan isteri yang tak bekerja, aku tengok hidup dia seolah-olah tak penah susah! Cukup makan, pakai, kereta segala....walau taklah semewah mana. Dia bukan ada keje lain pun nak menyara keluarga dia. Dia bukan ada deegree, PHD ke apa ke tapi anak-anak dia pun semua boleh kata pandai-pandai belaka dan dorang sekeluarga nampaknya bahagia sekali. Tak pernah aku dengar dorang suami-isteri bergaduh pasal duit walaupun pendapatan si suami memang taklah sebanyak mana. Pelikkan? Sampai la sekarang aku cukup kagum dengan dorang. Mungkin dengan izin dari Tuhan, rezeki yang tak sebanyak mana tu mampu membuatkan hidup dia sekeluarga bahagia. Begitulah kuasa Tuhan pada hambanya
Mungkin betul kata ustaz masa ceramah kat surau area rumah aku hari tu. Katanya manusia yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, akan terbit dihatinya rasa tamak dan tak puas hati terhadap kekayaan dan nikmat yang Allah bagi. Dah kaya nak kaya lagi hinggakan dia begitu yakin hanya dengan kekayaanlah, satu-satunya jalan yang memboleh dia bahagia sehingga akhirnya dia takkan percaya susah dan senang hidupnya sebenarnya ditentukan oleh Qada dan Qadar Allah SWT. Pelikkan perangai manusia ni?
Doa pilihan minggu ini: Ya Allah Ya Tuhanku clearkanlah cheque gaji hambamu ini pada hari Jumaat nih! Lama betul kurasakan cheque tu float! Amin ya rabbal'alamin. Hehehe

Thursday, April 21, 2005

Impian

Semua orang punya impian, impian adinda ialah untuk mencari cinta sejati” begitulah petikan kata-kata Tiara Jacqueline ketika mengorat M.Nasir masa mandi kat sungai dalam filem Puteri Gunung Ledang. Tapi kalau aku jadik si Tiara Jacqueline tu, dah lama aku baling batu kat M. Nasir tu. Ada ke patut orang syok-syok mandi, dia sesedap je dok kat tepi tebing sungai. Habis macam mana nak gosok *&%$!.. time mandi!…kacau daun tul la M. Nasir tu..kan!

Anyway seronok citer bab impian nih, sampai kesudah tak berhenti kepala berangan-angan dibuatnya. Kalau lah impian dapat jadik kenyataan tanpa perlu kita kerja-kerja penat-penat… bestnya lahai! Kalau lah muka aku yang macam kapal pecah nih tetiba je leh masuk surat khabar dan menang lak duit RM 1 juta….wah..wah..hah dah mula la tu.! hehehe

Aku pun sebenarnya memang ada impian hidup aku sendiri tapi tak tau la ntah boleh ke jadik kenyataan atau cuma akan terus jadi angan-angan. Meh kita kongsi ramai-ramai citer impian aku nih.

Haji
Aku teringin nak hantar kedua mak bapak aku gi menunaikan fardu haji. Kesian aku tengok kedua-dua orang tua aku especially bapak aku yang terpaksa kerja siang malam untuk menunaikan hajat dia yang satu ni. Aku penah berjanji kat mak yang aku cuba tolong apa yang aku mampu untuk membantu dorang gi tunaikan haji. Aku dah buat sikit pengiraan dalam perbelanjaan tahunan aku dan aku rasa mampu menampung separuh dari kos nak gi haji dorang tu. Aku rasa biarlah aku tak dapat beli kereta baru yang aku dok tergila-gilakan sangat dalam entry aku sebelum ni, asalkan dorang dapat tunaikan apa yang dorang nak selama ini.

Teringat aku waktu sekolah dulu, apa saja yang aku mintak semua nya dapat. Walaupun hidup keluarga aku tak lah semewah mana tapi bapak aku sanggup tunaikan segala permintaan aku biarpun aku sebenarnya bukannya perlukan sangat benda yang aku mintak tu. Begitulah kuat nya kasih seorang bapak pada anaknya. Bila aku ingat-ingatkan balik, timbul rasa insaf dalam diri betapa besarnya pengorbanan ayah aku. Tentu hancur luluh hatinya bila melihat aku gagal dalam peperiksaan waktu sekolah dulu.

Tapi tak pe, kali ni aku akan pastikan impian yang satu ni akan menjadi kenyataan walaupun suatu hari nanti aku dah takda lagi di muka bumi ini sebab aku dah bubuh nama dorang sebagai pewaris insuran aku. Dengan cara itu aku tentu dapat merealisasikan impian dorang walaupun aku tak lagi dapat bersama dorang di dunia yang hanya pinjaman ini

Rumah kampung
Aku sedih sebenarnya bila mengenang rumah kat kampung atuk aku, tempat aku dibesarkan dulu, sekarang ni dah jadik bengkel kereta! Pilu rasa hati bila tengok tempat main masa aku kecik-kecik dulu, sekarang dah jadik tempat parking kereta rosak dan penuh dengan minyak hitam kereta sana sini. Nak salahkan nenek yang jual rumah tu pun, tak leh gak. Dia pun dah tak larat nak tinggal dalam rumah yang banyak tangga tu sebab dia selalu diserang sakit tua.

Aku berjanji kat diri aku sendiri, suatu hari ini aku akan beli tanah di tempat lain dan bina balik rumah tu, sama sebagaimana keadaan asalnya masa atuk aku masih hidup dulu! Aku sebetulnya amat rapat dengan atuk aku dan satu perkara yang aku cukup terkilan sampai sekarang ialah, aku tak dapat berada disisi atuk aku masa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir kat IJN dulu. Memang aku agak sibuk dengan keje waktu tu dan disebabkan itu lah, bila atuk dah meninggal, aku sanggup cari keje lain setelah aku rasa tak dapat nak memaafkan diri sendiri yang terlalu sibuk bekerja waktu atuk tengah nazak kat IJN.

Anak-anak
Andaikata suatu hari nanti aku anak-anak aku dah dewasa, aku betul-betul berharap dorang boleh berjaya dalam hidup dorang dan menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat. Hendaknya, janganlah dorang lupakan jasa mak ayah dia yang dah membesarkan dorang bila kami dah tua nanti. Bukan aku nak sangat, dorang berjaya sampai jadi CEO ke, doktor ke…cukup lah dorang berjaya setakat mana yang dorang mampu dan yang paling penting biarlah dorang dapat jaga sakit pening mak ayah dia, bila kami terlantar esok. Harapan aku, biarlah dorang tau bukan wang ringgit yang mak ayah dorang harapkan sebagai balasan kami membesarkan dorang, cukuplah sekadar luahan kasih-sayang dorang pada kami selagi nyawa kami masih ada.

Mudah-mudahan, biarlah dorang juga yang mengimamkan jenazah mak ayah dia bila kami pergi menyambut seruan Ilahi nanti.

Semoga impian aku ni kan menjadi kenyataan. Amin….

Wednesday, April 20, 2005

Teknik Mengurat

Aku sebenarnya kesian bila tengok anak dara tua yang semakin bertambah bilangannya terutama di bandar besar seperti Kuala Lumpur ni. Iye la bukan dorang yang mintak jadik macam tu dan mungkin cuma takdir je yang tak memihak pada dorang ni.

Tak dinafikan ada diantara dorang yang begitu mudah rasa rendah diri walaupun sebenarnya saham dorang belum lagi jatuh merundum seperti yang dorang sangkakan. Dan untuk membantu golongan seperti ini, mari kita pelajari beberapa teknik mengurat yang terkandung dalam buku “Hikayat Tertewasnya Seorang Don Juan Melayu” yang ditulis oleh pendekar Hang Tuah semasa on the way ke Melaka setelah berjaya meng’kidnap’ Tun Teja’ dari Bendahara Pahang:-

Mata
Tak ramai wanita mengetahui bahawa mata mereka boleh memainkan peranan penting untuk menyampai isi-hati mereka pada si lelaki. Jelingan ataupun renungan mata yang sedikit menggoda, manja dan lebih bersifat ‘mysterious’ dikatakan mampu menjadi ‘medium’ untuk mengoyah serta mencairkan tembok keimanan lelaki. Mata wanita sebenarnya mempunyai kelebihan untuk menghantar mesej dan sesuai digunakan untuk berkomunikasi terutama jika mulut agak sukar meluahkan kata-kata.

Tip: Teknik ini hanya berkesan jika dilakukan pada lelaki yang jenis pendiam dan pemalu sahaja. Ia takkan berkesan jika dilakukan pada lelaki yang ‘banyak mulut’ kerana jika anda tidak bernasib baik, anda mungkin dituduh sebagai pompuan yang terhegeh-hegeh atau dengan kata lain – ‘gatal’!

Suara
Lelaki juga sebenarnya cepat tertarik pada wanita yang mempunyai suara yang lunak. Maka tak hairan lah sekiranya kita dapat melihat ada dikalangan lelaki yang boleh dikategorikan sebagai ‘handsome’ mempunyai pasangan wanita yang tak cun ataupun berbadan XXL. Ini kerana kebolehan wanita-wanita tersebut men’tune’ suara mereka agar kedengaran manja dan menggoda bila berbahasa, boleh menyebabkan lelaki rasa tak tentu arah dan akan cuba untuk terus berkomunikasi dengan wanita tersebut walaupun wanita itu tak lah secantik mana!

Tip: Teknik ini hanya sesuai dan amat berkesan jika dilakukan semasa perbualan telefon ataupun semasa kali pertama anda cuba berkomunikasi dengan lelaki idaman anda. Untuk memastikan keberkesanan teknik ini, sila pastikan si lelaki tu adalah jenis rajin bayar bil telepon, kalau tak hampeh! buat penat je mengabih air liur…..

Senyuman
Senyuman wanita sebenarnya mampu menyejuk serta menarik perhatian lelaki! Gaya senyuman yang baik (tanpa menampakkan gigi anda yang kuning atau jonggang!) boleh digunakan untuk menghantar mesej yang anda menyukai lelaki tersebut. Untuk keberkesanan yang maksimum, dan hasil yang positif, pastikan anda menggunakan jenis senyuman yang betul dan lakukannya pada waktu yang sesuai bagi menyembunyikan kegatalan anda!

Tip: Anda digalakkan agar berlatih sendiri depan cermin dulu bagi mendapatkan serta menambah kuasa ‘aura’ senyuman anda sebelum ia boleh diguna pakai untuk mengoyah hati dan mampu memberi kesan yang mendalam pada lelaki. Ini kerana tak semua jenis senyuman dapat memberikan hasil yang baik dan kalau cuma takat tau buat senyum kambing je renti kan la, …tak dapek den nolong nyo!
Lubang Hidung
Opss sori..teknik mengurat menggunakan lubang hidung tak sempat diceritakan oleh Hang Tuah kerana beliau telah pun kehabisan dakwat pen ketika mula nak menulis bab ini. Weh!! mana ada orang mengurat pakai lubang hidung...orang gila pun tak buat perangai macam ni...hahaha...
P/S: Korang dilarang mencuba, meng'test' atau membuat eksperimen benda-benda diatas, pada aku. Nanti tak bleh tahan wooo......eeerkkk!

Tuesday, April 19, 2005

Aku & Blog

Aku sebenarnya agak rajin nengok-nengok blog orang dan salah satu entry yang agak popular dorang citer ialah kononnya dah boring nak tulis blog. Boleh caya ke statement macam tu? Macam nak promote blog.. pun ada bunyinya! Ntah la aku pun tak pasti apa niat dorang dan aku tak mau nak komen panjang lebar pasal benda ni, takut nanti aku pun akan tulis statement yang sama dan lepas tu jadik hipokrit lak kemudian hari. Kata nak berenti blogging and the next day banyak lak entry aku tulis….

Bagi aku sebenarnya seronok dapat tulis blog ni, sebab aku dapat meluahkan perasaan hati aku yang kekadang tu tak aku ceritakan pada orang lain walaupun pada keluarga aku sendiri! Beruntungnya sesapa yang baca blog aku ni, so mari-mari cepat baca blog aku!!…..cewah promote macam penjual ubat kuat tenaga batin lak!.. hahaha. Nasib baik le tak ramai yang baca blog aku ni so dapat le aku luahkan apa yang terpendam dihati dan buat lawak bangang dalam blog aku ni…hehehehe…

Untuk pengetahuan korang aku mula berminat nak tulis blog ni sejak aku tak dapat nak contact balik member-member YM, yang aku penah kenal dulu. Dok lama-lama depan PC dan surf internet, pastu taktau apa nak buat! Tu yang buat aku berhasrat nak tulis blog tu. Kira macam kes “takde penyakit cari penyakit” la ni. Apa pun tak terlintas langsung aku di fikiran aku yang benak ni… nak cari awek ke, ngorat mak janda ke melalui blog ni!….oh tidak! Tidak!.Walaupun aku ni jenis jantan yang nipis imannya, mudah-mudahan aku dijauhi dari benda-benda macam tu. Amin..

Memula tu aku rasa segan gak nak buat dan menulis blog ni sebab aku pun bukannya remaja lagi, tapi bila aku nengok ramai gak orang yang dah berumur pun rajin menulis blog so aku rasa ..apa salah nya kalau aku join kelab orang tua tak sedar diri ni. Bukan apa, esok kalau aku dah ada anak cucu, boleh la anak cucu aku tu nengok sejarah hidup atuk dia. Mungkin banyak yang dorang boleh belajar dari apa yang datuk dia tulis nih … cara nak menangani masalah ke, prinsip hidup yang baik ke atau pun cara-cara nak ngorat awek…opss! alamak pecah lak rahsia, baru tadi cakap tak nak ngorat awek….hahaha.

Aku tak kisah sangat kalau tak ramai yang berminat nak baca blog aku ni sebab blog ni bukannya iklan mesin pengempis perut macam kat TV tu …yang memerlukan penonton tengok promotion. Kalau ada 2 3 orang pembaca pun, tu pun dah kira cukup baik aku rasa. Kang kalau ramai sangat yang baca , buat sakit hati lak melayan komen mengarut yang mencabar kesabaran. So lebih baik le macam ni… hati tak sakit, kepala pun tak runsing. Anyway pada pembaca-pembaca blog aku selama ni, terima kasih le kerana sudi membazirkan masa korang dengan membaca blog aku yang entah apa-apa ni. Harap-harap korang tak penah boring nengok blog aku ni.

Monday, April 18, 2005

Seiras


Aku tau mungkin ada diantara korang yang akan kata aku perasan kalau aku cakap, banyak orang kata muka aku seiras macam muka pelakon Azhar Sulaiman. Dengan memalu tenuk, aku sebetulnya tak setuju dengan pendapat cam tu. Tapi apa nak buat, kalau orang lain dah cakap macam tu. Bukan sorang tau tapi ramai dan tang mana yang nampas seiras, tu aku pun tak pasti.

Dan ni adalah diantara insiden yang penah terjadi:-

1. Ni terjadi kat pasar selayang masa aku tengah beli ayam. "Adik ni pelakon yang selalu masuk TV tu ek?" tanya makcik ayam tu sambil membungkus ayam aku. "Err... tak de lah makcik" jawapku yang mula rasa malu sambil cuba men'tune' muka aku agar lebih handsome walaupun masa tu aku belum mandi pagi.

2. Ni terjadi kat kedai runcit. "You ni pelakon ke" kata makcik india tokeh kedai masa aku nak beli rokok. "You salah orang kot" balasku sambil cuba men'control tahap kebesaran lobang hidung yang mula kembang.

3. Ni adalah ayat-ayat yang pernah digunakan oleh bekas awek aku. "Jie pernah tunjukkan gambar abang kat kawan-kawan Jie, ramai yang kata muka abang macam Azhar Sulaiman" kata awek aku sambil menjeling manja kat aku. "Dorang salah tengok kot" kata aku yang cuba buat-buat selamba walaupun dalam hati terasa macam nak melompat gembira.

Banyak lagi insiden yang penah aku alami tapi aku malas nak citer sebab aku tak amik peduli sangat menda ni. Malah aku tak le bangga sebenarnya, sebab bila aku dok lama-lama depan cermin, aku tengok macam planet Marikh dengan planet Bumi je bezanya. Tang mana yang sama?... ntah la. Mungkin orang lain lebih tau!

Sunday, April 17, 2005

Adam & Hawa


Hawa dijadikan daripada tulang rusuk adam
Bukan daripada kepala untuk menjadi atasnya
Bukan daripada kaki untuk menjadi alasnya
Melainkan daripada sisinya
Untuk dijadikan teman hidupnya
Dekat dengan lengannya untuk dilindungi
Dan dekat dengan hatinya untuk dicintai


Romantik dan cukup menginsafkan bila aku baca bunyi hadis ni yang aku dapat dari kad jemputan kahwin sorang kenalan aku.

Sebenarnya tujuan aku bercerita tentang kisah Adam dan Hawa ini ialah sebab aku tak puas hati bila membaca mana-mana blog orang pompuan yang hampir kesemuanya mesti ada entry yang menyalahkan kaum lelaki bila dorang putus cinta. Walaupun tak banyak tapi boleh gerenti mesti ada punya lah entry dorang yang citer pasal bab ni.

Yang tukang bercerita nya plak hampir semuanya sekolah tinggi-tinggi. Ada diploma la, degree la dan kalau yang dah keje pun bukan calang-calang pekerjaannya tapi entah kenapa yang dorang ni bengap sangat, ‘kononnya’ tertipu dengan sikap lelaki tu… aku pun taktau. Mudahnya kan …. dapat tudingkan jari pada orang! Mungkin betul ada diantara lelaki yang ‘mangkuk hayun’ dan tak boleh dipercayai tapi sebelum apa-apa tuduhan dibuat, dah tengok dan check balik ke perangai sendiri? Pikir le sikit kenapa diri tu ditinggalkan? Kalau diri tu betul-betul pandai, bagus sangat dan tak salah apa-apa, mana mungkin ditinggalkan lelaki! Sebab lelaki jugak tak begitu mudah dan takde sebab untuk berubah hati kalau dah betul-betul suka pada seseorang pompuan. So jangan letakkan kesalahan tu 100% pada lelaki dan jangan cepat membuat prasangka yang bukan-bukan tanpa menkaji kesilapan dan kesalahan sendiri. Ok lah mungkin ada lelaki yang betul-betul tak perfect atau secara semulajadinya tak sesuai dijadikan pasangan hidup, dah tu yang pompuan ni 'terlebih bijak' sangat cari lelaki macam tu dan cepat sangat meluahkan rasa cinta tu buat apa? Dah diri sendiri cari penyakit lepas tu sedap mulut je nak menyalahkan orang!

Kalau hati sudah dipandu dengan rasa marah dan benci yang membara kekadang kita lupa menilai kesilapan diri sendiri. Kita takkan nampak salah sendiri, yang kita nampak cuma salah orang je. Kita je yang betul dan orang lain semuanya salah.

Aku tak mau nak menghuraikan lebih-lebih tentang silap dan salah orang pompuan ini kerana aku lebih galakkan pompuan jenis ni menilai dan merenung keadaan diri mereka sendiri. Tapi sebagai panduan, pada yang: -

a. Bermulut laser tak bertempat dan tak reti nak hormat perasaan pasangannya
b. Suka membuat permintaan macam-macam/mengarut tanpa melihat dan memahami kemampuan pasangannya.
c. Rasa dirinya pandai sangat (mentang-mentang le berpendidikan tinggi), dia je yang betul dalam apa jua hal dan menyombong lak pastu.
d. Tak reti nak bersabar dan tak penah cuba memahami kepayahan dan masalah pasangannya. Jauh sekali nak membantu..

Pompuan yang macam ni memang padan dengan mukanya, bila ditinggalkan lelaki. Hanya lelaki gila dan kurang berakal je yang boleh hidup dengan pompuan cam ni!

Pendek kata, pada pompuan-pompuan yang menulis pada entry-entry anti-lelaki ni jangan lah terlalu mudah menyalahkan dan memburukkan lelaki. Takkan ada sudahnya sebab takde sesiapa pun yang sempurna dalam dunia ni. Sedarlah kadang-kadang sikap sendiri mungkin menjadi punca kepada masalah yang korang hadapi. Lelaki yang baik hanyalah untuk pompuan yang baik dan pompuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik. Apa yang penting kalau dah bercinta, sama-sama lah membaiki kesalahan dan kesilapan dalam diri kerana kebahagiaan yang dimimpikan tak boleh datang dari sebelah pihak je.

Asas kesejahteraan dan kebahagiaan hidup kita di dunia ini terletak pada cinta yang tulus dan ikhlas. Bukannya pada kekayaan dan kecantikan paras rupa.

Saturday, April 16, 2005

Terbang

Best nya kalau boleh terbang kan .. macam citer superman dalam TV tu, tapi takde le sampai nak pakai spender pun kat luar lak cam superman tu.Tak senonoh sungguh hero omputih nih takda idea lain ke dorang nih! Tapi kalau le aku betul-betul boleh terbang, aku teringin nak gi tempat-tempat yang pernah membawa kenangan istimewa dalam hidup aku. Ala tak le jauh tempat-tempat tu cuma dalam Malaysia je.

1. Pertama aku teringin nak gi terbang ke Jln Tengah, Bayan Baru, Penang. Nak gi rumah ex-girlfriend aku. Dialah cinta pertama aku dan dialah satu-satunya awek aku yang pertama lepas aku bersunat. Opss.. dah termasuk kategori 18sx le plak, citer aku nih. Anyway macam mana lah keadaan hidup dia sekarang ni gamaknya. Dah kawin ke belum? Dah ada anak ke belum? Masih kurus ke atau dah gemuk? Ish macam-macam benda yang aku nak tau! Kalau lah dia tau... yang aku sikit pun tak pernah melupakan dia selama ni dan kalau lah dulu, aku berpeluang bagitau dia yang aku cintakan dia. Mungkinkah keadaan akan berubah untuk selamanya? Apapun tu cerita dulu dan sekarang aku tak mengharapkan dapat bersama dengan dia lagi. Aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang dan adakah dia macam tu juga? Entah lah .. kalau lah aku berpeluang untuk tahu...

2. Kedua aku teringin nak gi terbang kat Taman Kledang, Ipoh untuk minum-minum dan lepak kat kedai mamak dengan member-member lama masa aku sekolah kat Sekolah Menengah ****toottt** (opss terpaksa dirahsiakan) . Teringin sangat aku nak jumpa Jijoy, Lan, Ally dan ramai lagi. Kami dulu adalah geng samseng taik kucing tersohor kat sekolah tu. Hisap rokok sama-sama kat belakang semak tepi padang sekolah, ponteng sama-sama semata-mata untuk main snooker kat Taman Cempaka. Kami taiko besar woo.. manyak jahat munya olang! Hahahaha..

Tapi itu dulu dan semuanya dah berlalu! Jijoy sekarang dah keje kat MAS, Lan keje kat area Pekeliling, Ally kat satu kilang kat Sg. Buloh. Aku??? Kalau la Jijoy, Lan dan Ally tau aku keje kat company minyak dan gaji aku berapa ....mesti mati-mati dorang tak caya. Antara keempat-empat kami, keputusan periksa aku le yang paling cemerlang dari bawah. Malah waktu tu aku berjaya menconteng arang pada imej sekolah aku. Tapi lepas sepuluh tahun berlalu, aku rasa aku berjaya membuktikan aku jugak boleh berjaya bukan saja setanding malah lebih dari dorang. Terima kasih pada kawan-kawan, mak bapak aku sendiri dan sedara mara yang telah menghina aku, aku rasa sebab dorang lah aku berjaya. Seronoknya kalau dapat jumpa kawan-kawan lama, banyak sangat benda yang aku nak citer pada dorang.

3. Ok lah dah penat berangan jumpa orang, sekarang tiba la masanya aku nak menyendiri ngan insan yang aku sayang lak. Kali ni nak gi lepak kat Stesen Keretapi Ipoh tempat kami selalu dating dulu. Almaklum lah, dulu jantan hampeh dan tak berduit cam aku... mana mampu nak bawak nengok-nengok wayang, makan-makan tu semua. Lagipun duniawi tu semua dan melalaikan kita ...ish kita tak bleh wooo!!!..hahahahaha....dah macam ustaz lak aku. Teringin sangat aku nak gi ke Stesen Keretapi tu .. best nya kalau dapat bersembang dan mengimbau kembali kenangan manis kat tempat tu. Dapat duduk-duduk kejap pun jadik lah.

Best tul kalau dapat terbang kan. Rasa bebas cam burung je... eh jap tapi kalau nak terbang kena tau arah mana nak gi kan? Halamak!!! .. mana le aku tau nak tuju ke mana? !!! Errr cam gini.. nampak gayanya terpaksa le naik kereta gak..dan hmmm ...ntah bebila le aku dapat peluang nak gi tempat-tempat yang aku dah sebutkan tadi!


Friday, April 15, 2005

Rokok Oh Rokok

Selama ini kita mungkin telah banyak disajikan dengan citer-citer tentang keburukan merokok. Ya! ini memang dapat dilihat dimana-mana hatta di kotak rokok itu sendiri. Namun pernahkah kita bertanya pada perokok-perokok ini (jangan tanya aku walaupun aku merokok) apakah sebab, musabab, roti kebab ... mereka meneruskan tabiat merokok ini walaupun ia tidak mendatangkan faedah. Kita ikuti temu bual selanjutnya yang dilakukan terhadap orang ramai di sekitar ibukota.

1. Menurut En. Lamin, seorang penjual VCD haram yang ditemui ketika sedang bertenggek di atas pokok ketapang untuk menyembunyikan diri dari pihak berkuasa berkata "Den raso lah kan, rokok ni sebona nyo dia ado raso lomak-lomak masin sikit. Sobab tu la orang suko ... abang ado rokok? bak sebatang!"

2. Bagi Makcik Timah, seorang suri rumah yang sempat ditemui ketika sedang melakukan 'sessi mari mengumpat' bersama jiran-jirannya di luar halaman rumahnya pula berkata ... "Makcik memang tak tahan betui la ngan bau rokok ni,..orang yang hisap rokok ni .. depa sebenaq nya..soronok sangat dapat tengok asap berkepui-kepui ja.. amboi megah sangat bila buat lagu tu. Ha nengok anak makcik kiah ..had rumah sebelah mesjid tu .. anak dara dia, hari tu makcik nengok...." - maaf temu bual ini terpaksa dipendekkan kerana penulis sudah tak tahan lagi dengan air liur makcik Timah yang tersembur-sembur tanpa dapat ditepis lagi.

3. Berlainan pula dengan En. Lim Ah Tat, seorang perompak tersohor di ibukota yang ditemui ketika sedang mengaru-garu kepala sewaktu cuba membuka mangga pintu sebuah bank terkemuka berkata "Alo kawan! lu aaa.. isap rokok ka..talak isap ka sama saja tau ka? Lu ingat kalo lu talak isap itu rokok, muleh kaya ka? Muleh pakai keleta besat-besat?..itu baju cantik-cantik?..*^&^$#!@.. Itu pasai wa kasi lompak ini bank. Alo kawan! wa sulah tolong kasi jawap lu punya soalan aa, sekarang lu pulak tolong sama wa muleh ka?..kasi tengok sana, itu polis ala mali ka talak"

Begitulah pendapat orang ramai mengenai rokok atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Cigarato Glasias Defiante. Suatu nama yang hanya diketahui selepas penemuan buku lama terbitan DBP yang dipercayai ditinggalkan oleh pedagang Sepanyol yang singgah di Tanah Melayu, semata-mata untuk membeli petai dari orang asli di Kampung Sg. Cincin, Gombak.

P/S: Sori pada sesapa yang tak paham baca entry aku kali nih, kepala hotak aku memang tengah meraban masa nih!

Thursday, April 14, 2005

Kereta idaman

Honda Civic Hybrid

Korang penah berangan-angan nak memiliki sebuah kereta idaman? Bohong le kalau tak penah berangan macam ni. Anyway, inilah kereta idaman aku selama ini. Tiapkali aku terpandang kereta ni dengan secara automatic aku akan berangan. Berangan duduk didalamnya dan berangan memandunya dengan laju sambil meng'hon' anak makcik nasi lemak yang cute kat depan opis aku tu. Ada beberapa sebab kenapa kereta ni berjaya menggoda dan mencairkan iman aku yang seteguh Tembok China nih. Antaranya penggunaan minyak kereta ni sangat mengagumkan kerana ia menggunakan teknologi Hybrid (petrol & elektrik) dan kereta ini juga mampu aku miliki. Tapi bukan la sekarang aku nak beli kereta ni, sebab ongkosnya masih belum cukup pak! Dan aku takkan jual 'kuda tua' aku yang sekarang ni semata-mata nak beli kereta ni. Sayang woo .. boleh gak bagi kat anak bini aku bila dah tua esok. Walaupun dah lama, tapi kereta lama aku tu masih ok lagi, takat nak cantas kereta lumba F1 Michael Schumaker yang dah accident .. anytime je tu beb! Hahaha..

Penah sekali aku cuba usha kereta idaman aku ni masa dealer Honda buat exhibition kat Ampang Park tak lama dulu. "Berapa harga kereta ni yea?" tanyaku sambil seluk poket bagi mempamerkan ciri-ciri ahli korporat yang berjaya. "Murah je bang cuma RM 1xx,xxx je!" jawap salesman tu dengan muka yang cukup selamba dan langsung takde rasa berdosa kerana membuatkan aku hampir pengsan mendengar jawapannya. "Ooo takde mahal sangat ek!" balasku sambil terus mengenggam duit RM2.00, satu-satunya duit yang ada dalam poket aku!

Walaupun untuk membeli kereta tu memerlukan duit yang banyak, tapi aku takkan berputus asa aku demi cinta pandang pertamaku padanya. Aku tau ada diantara korang yang mungkin tak setuju dengan cadangan aku nak beli kereta ni tapi apa nak buat, cintaku padanya tetap kan bersatu. Oh my Honda Civic Hybrid darling.. pyar tumse kartehu (ni cakap hindustan la, kalau ditranslatekan maknanya I LOVE U)

Wednesday, April 13, 2005

Banyaknya keje

Kekadang aku naik buntu bila pikirkan macam mana le nak buat keje kat opis ni yang bertimbun-timbun tak siap. Makin lama makin berlonggok dan tak tentu arah jadinya. Aku penah gak cakap kat supervisor aku, tolong lah consider permohonan aku untuk dapatkan sorang assistant tapi dengan wajah, senyuman dan tonasi suara yang cukup menyakinkan ngalahkan taukeh skim cepat kaya, dia menyuruh aku supaya lebih bijak mengatur masa untuk menyiapkan kertas kerja aku yang dah setinggi bangunan KLCC tu. "Work smart" le kata omputih, walhal aku rasa kalau dibagi kat hantu raya ke, jin tanah ke hatta pontianak harum sundal malam sekalipun, suruh buat keje aku ni...for sure takkan habis nya.

Dah le tu kat opis ni aku 'dipaksa' menjawat 2 jawatan sekaligus. Adui .. kekadang nak pengsan rasanya bila terpaksa terkejar2 sana-sini. Bila aku ceritakan kat supervisor aku plak, ayat2 seperti "I understand your situation but let discuss this later on, cause I'm quite busy right now" adalah merupakan ayat yang standard bagi dia. Seolah-olah macam dia dah ada satu skrip yang khas untuk menepis segala permintaan aku. Tak tau la setakat mana tahap kesabaran aku ni boleh bertahan. Arghhh...sakitnya kepala... Kalau la aku tau dr dulu (sebelum dapat keje ni) macam ni keadaannya, elok la aku gi carik keje lain.. cat langit ke, gosok gigi rimau ke, kira bulu beruang ke...bla.bla..bla..

Penah gak aku cuba berfikiran positif dan membuang rasa tak puas hati aku tu tapi kejap je la, pas tu bila setan dah bertenggek atas kepala, hilang le semuanya. Mmm ...ntah la apa nak jadi ngan aku ni. Mudah-mudahan aku masih terus dapat bertahan dan hendaknya ditemukan oleh yang Maha Esa jalan penyelesaian untuk masalah aku yang satu nih. Amin

Tuesday, April 12, 2005

Pendiam

Aku sebenarnya tatau apa sebabnya aku teringin sangat nak tulis blog nih. Aku rasa aku bukannya ada apa-apa benda yang nak diceritakan pun. Mungkin aku berpendapat macam ni sebab aku ni sebenarnya agak pendiam orangnya.

Yeap, memang aku tak banyak cakap ngan orang lain dan aku rasa communication skill aku bila bercakap ngan orang lain memang tak dinafikan teruk giler. Aku tak pandai nak tarik perhatian orang, nak memulakan perbualan dengan orang dan kadang-kadang aku cepat rasa segan terutama dengan orang yang baru aku kenal.

Kalau dengan pompuan kat opis lak, aku lebih suka bersembang pasal kerja dari yang lain. Bukan le niat aku nak memuji diri, cuma macam aku cakap tadi... communication skill aku memang teruk dan kalau aku bersuara pun mungkin aku akan terlepas cakap atau terlaser mulut ngan dorang. Aku tak pandai nak jadi peramah dan aku tak pandai nak berpura-pura berlakon konon-konon macam la caring sangat ngan pompuan nih. Mungkin sebab tu aku takda ramai kawan. Kalau sekolah dulu pun cam tu.. dengar citer, aku dulu dah ada peminatnya, tapi disebabkan perangai aku yang buat selamba kering ni agaknya, mungkin dorang semua bosan kot! Ntah la.. aku lebih senang menyendiri dalam dunia aku sendiri.. Tidak memerlukan perhatian dan tidak mahu diperhatikan. Biar ku sendiri macam tajuk lagu nyanyian kumpulan May tu...

Monday, April 11, 2005

My first entry

Berkat hasil gatal tangan yang tak berkurap ni, akhirnya tercapai jugak hasrat aku nak buat blog baru. Terima kasih pada orang yang selama ni banyak memberi sokongan dan dorongan iaitu diri aku sendiri, yang telah sudi menyumbangkan idea bangang dan bengap hingga blog ni nampak simple sangat, macam la tukang tulisnya tak cukup jari je.

Ucapan jutaan terima kasih juga aku panjatkan pada yang Maha Esa, semoga aku dimurahkan dan dikurniakan olehNya rezeki yang bertimbun-timbun, berkoyan-koyan, berlori-lori untuk aku bayo bil TMnet PC aku pasni yang semestinya mampu membuatkan CEO Telekom tersengih-sengih bangga dapat melicinkan poket orang macam aku.

Pada sesapa yang telah melawat blog aku ni, terima kasih bebanyak le aku ucapkan. Sudi jugak korang melawat blog aku yang tak ubah macam padang jarak padang tekukur ni. Terharu sungguh aku diatas sokongan korang tu (walaupun aku memang dah tau korang tak de sokong aku pun, tapi nak sedapkan hati sendiri, terpaksa la aku cakap cam ni). Insyallah akan datang, aku akan cuba buat improvement apa2 yang patut untuk blog yang kosong giler macam baru lepas dibom pesawat pejuang Amerika Syarikat ini.

Sekian, terima kasih