Monday, May 30, 2005

Ngorat

Korang penah ngorat orang yang korang suka tak? Eleh.. jangan le kata tak penah sebab aku rasa semua orang mesti ada experience bab ni. Paling koman pun mesti korang penah jeling-jeling dan tersenyum manja ... ala-ala gorilla gatal nak mengawan pada orang yang korang admire tul tak? Best tul terkenangkan detik-detik mengorat orang yang korang admire dulu kan. Tambah lak kalau orang yang kita ngorat tu leh respon lak. Fulamak! itu jam rasa indahnya dunia ni....
Citer bab ngorat ni, aku teringat masa zaman aku sekolah menengah dulu. Masa zaman aku sekolah tingkatan dua dulu, aku ni dikira popular gak la, sebab ada rupa sikit (rupa apa lagi..rupa orang le), pendekata kira tergolong dalam golongan hensemwan gak la kat dalam sekolah tu (ni orang lain yang cakap, aku cuma ulang balik je ayat dorang...hehehe). Walaupun ada gak la awek yang admire kat aku tapi aku tak berapa layan sangat dorang tu sebab waktu tu aku tak reti ngat bab cintan-cintun nih. Mungkin gak sebab aku tak matured lagik kot waktu tuh (tak matured je tau..bukannya tak sunat jangan salah baca!). So sepanjang waktu persekolahan tu, aku pun buat muka selamba siamang je la dari waktu start masuk kelas sampai le habis kelas. Tapi bila masa kian berlalu, aku dah terpikat kat sorang awek yang berpangkat akak. Dia tu sekolah tingkatan tiga dan bangunan kelas dia memang bertentangan ngan kelas aku. Takkah itu sudah cukup menjadi syarat-syarat sah untuk aku mengorat dia? Lawa orangnya dan yang paling bestnya mata dia, hmmm pada aku memang cukup menggoda hingga mengundang rasa miang yang tak keruan dalam diri aku. Angau betul aku masa tu, hinggakan kalau tak dapat pandang dia, dapat pandang pintu kelas dia pun jadik la. Huk! Huk... sayu nya cam citer hindustan lak rasanya. Masa aku rasa dia la pompuan yang paling cantik dalam dunia hatta kalau dibandingkan ngan Aiswarya Rai sekali pun, aku rasa muka dia tengah terberak pun masih jauh lagi lawa dari Aiswarya Rai tuh. Begitu lah jadiknya.. kalau hati dah terlampau suka sangat kat orang yang kita admire tu.
Satu hari tu, aku nampak dia tengah lepak-lepak ngan kawan-kawan dia kat tepi padang sekolah. Kebetulan padang tu dekat ngan jalan raya dan aku masa tu memang nak lalu kat situ ngan basikal aku. So sambil lalu tu aku pun sempat la mempamerkan skil membuat wheelie (wheelie=bawak basikal ngan satu tayar je) ngan basikal aku. Dalam hati aku, tentu dia kagum nanti kalau tengok aku leh buat aksi cam tu. Alah masa tu tengah zaman bebudak so pemikiran pun mana le cerdik ngat. Tapi kan masa tengah best buat wheelie tu, tetiba basikal aku leh hilang kawalan. Gedebik!!! aiyohh malu wohhhh!!. .. aku tertungging macam... aiyakkk..nak citer pun malu rasanya. Lain yang aku expect, lain pulak jadiknya!! Rasa dunia ni berpusing dan gelap seketika ...
Awek tu??? huh .. apa lagi siap dia leh ketawa sakan le kat aku. Adeh... bertambah malu aku!! Sejak dari tu, dengan secara automatiknya tercancel le sudah rasa suka dan minat aku pada awek tu....segan woo.!! Kalau dulu aku suka dok kat tingkap semata-mata untuk pandang dia tapi sekarang nak tengok kat arah tingkap pun aku segan. Takut kalau-kalau dia masih ketawakan aku. So habis le dah citer bab ngorat nih??? Ohh tidak...
Tak lama lepas kejadian tu, ntah giler apa sekolah aku..boleh lak dorang lantik aku jadi pengawas. Masa tu kalau dapat jadik pengawas.. bangganya tak leh cakap la... terasa cam jadik bintang Akademi Fantasia pun ada! Glamour woo.. jadik pengawas masa tuh. Walaupun takde sekor awek pun yang mengundi secara SMS untuk aku (macam le ada hp waktu tuh?), tapi aku tau ..aku sekarang lebih glamour dari dulu. Nak dijadikan citer, suatu hari tu aku terpaksa gi kelas dia untuk berurusan ngan cikgu dia. Ya Allah segannya, aku nak gi sana..tapi aku memang dah takde pilihan lain waktu. So terpaksa le aku dengan berat hatinya terkinja-kinja naik tangga gi kelas dia.
Bila masuk je dalam kelas dia, aku rasa waktu tu...cam nak pengsan je. Ntah napa ... masa tu aku rasa lantai kelas dia tu cam lembik je. Sempat gak mata aku melirik tengok dia... adeh kemain lak dia tersengih-sengih kat aku. Tapi yang heran nya dia tak la sengih perli ke apa kat aku. Sebab sambil dia tersengih tu sempat lagi dia menjeling manja kat aku! Wah tu dah menarik... mungkin dia kagum ketokohan sifat seorang pengawas yang ada pada aku kot. Tak rugi aku buat monkeywalk (bukan catwalk ye!) kat depan dia dengan berbekalkan tali leher pengawas aku yang ntah berapa hari tak berbasuh tuh.
Lepas je selesai berurusan ceh.. berurusan konon, korporat sungguh ayat aku nih, padahal tolong kasi kunci je sebenarnya kat cikgu kelas dia. Aku pun keluar dari kelas dia dan yang paling aku tak sangka dia pun leh mintak kebenaran keluar dari cikgu kelas dia (konon nak gi tandas le ..padahal nak ngorat aku) dan pastu terus panggil aku. Sambil tersenyum dia hulurkan aku kad kecik yang bila aku buka ...tertulis di dalam nya..
BOLEH BERKENALAN??
Yes!!... tak sangka akhirnya aku berjaya menawan hati dia!!!........So sekian dulu entry aku untuk kali ni..
Nak sambung lagi ke?

Wednesday, May 25, 2005

Tertido

Korang penah tak rasa mengantuk bila bawak kereta? Aku kalau bab tertido masa drive ni.. dah selalu sangat aku terkena especially kalau aku drive sorang-sorang masa long distance. Dulu aku selalu kata kat kawan-kawan aku "macam mana la ko boleh tido masa drive? takkan la mata boleh terpejam time kita patut nya kena concentrate driving" tu la ayat-ayat yang penah aku hamburkan pada kawan aku masa dia mengadu selalu tertido masa driving. Tak sangka betul aku plak leh terkena penyakit cam ni... tapi betul la kalau rasa mengantuk tu datang, mata seolah-olah dah tak terkawal lagi macam ada satu kuasa ajaib yang memaksa aku menutup mata walau sekuat mana pun aku cuba melawan balik.
Ada sekali tu tahun 2001, aku buat keje kat Shah Alam, disebabkan keje tu perlu aku siapkan dengan cepat. So nak tau apa yang aku buat? pagi Sabtu aku start buat keje sampai la petang Isnin aku tak tido. Ntah berapa puluh cawan kopi aku dah minum sebab nak tahan ngantuk punya pasal. Siap jugak la keje aku tu cuma yang tak bestnya masa nak drive balik rumah, mata aku dah mula rasa mengantuk yang amat sangat. "Takkan le nak tido kat opis orang ni??" kata aku yang mula membayangkan tilam bantal kat umah. So apa lagi .. nak tak nak aku paksakan jugak diri drive sorang-sorang dengan mata yang kuyu giler tu balik umah. Dari Shah Alam nak gi umah aku tu bukannya dekat 50km ada kot aku rasa. Nak dipendekkan cerita, masa aku tengah drive, dari highway Kesas ke highway MRR2 ntah macam mana mata aku boleh terpejam lena dengan kelajuan kereta aku 110km/j. Mau nya tak terpejam, masa drive tu rasa cam terbuai-buai je atas highway yang tak berapa rata sangat tu..mmmm tu yang lebih lena tertido tu.
"Bang!!!" bunyi kereta aku bergesel dengan divider highway tu. Teruk gak le keadaan kereta aku, habis belah kiri kereta aku remuk. Dari depan sampai le belakang. Nasib baik kereta aku cuma berlanggar ngan divider, kalau ngan lori ke? Ish.. tak sanggup aku nak jadikan muka aku ni terpampang dalam TV secara percuma! Bila dah kena cam ni, mata yang terpejam tadi terus je celik tak pejam-pejam lagik pastu bila sampai area rumah, aku terus hantar kereta gi workshop. "Aiyoh... apa macam you bawak kereta??" kata cina kedai tu bila tengok keadaan kereta yang remuk tu. "Ala ini saya punya kawan la bawak pas tu kasi accident plak.. aisey tarak guna punya kawan" bohong jangan tak bohong..takkan aku nak ngaku lak kan? "Mana kereta kamu Zani?" tanya mak aku bila tengok aku jalan kaki je balik umah. "Ala gi hantar kedai jap..kasi modified sikit" bohong lagi... kalau le dia tau cerita yang sebenarnya..mati le aku!! erkk...
Satu lagi kes aku tertido ni, masa aku driving sorang-sorang tengah malam masa nak gi ke Kuantan. Tapi cerita ni ala-ala kisah seram tak menjadi ... sebabnya aku sendiri confuse dengan apa yang aku alami. Cam ni ceritanya, masa aku lalu kat jalan lama Mentakab ke Lanchang kul 12:30 malam.. ntah cam ner kat atas jalan yang sepatutnya straight tu.. tetiba aku nampak ada simpang tiga lak kat depan. Uish!!.. bila masa lak jalan Mentakab - Lanchang yang dari dulu straight ni tetiba leh ada lak simpang? Memang betul waktu tu, mata aku ngantuk dan kadang-kadang sempat gak tido-tido kambing masa drive tadi. Tapi simpang yang satu ni memang tak da setau aku, plak tu aku rasa aku tak langsung tersilap jalan sepanjang aku drive tadi! So mana datang nya simpang ni?? Dah le tu kat tepi simpang tu, siap ada kedai makan lak, meriah lak tu kedai tu. Setau aku kalau kedai-kedai makan kat tepi jalan kampung cam ni..patutnya dah lama tutup. Ni tidak, macam ada pesta lak aku tengok kat situ. Siap pasang lampu minyak tanah bebanyak..cam panjut yang selalu kita pasang time raya tu.
Makin confuse fikiran aku dalam keadaan mata aku sememangnya ngantuk waktu tu. Kelajuan kereta cuma 60-70km/j. "Gila tul apa nak buat ni? Takkan nak berhenti kat tempat yang aku sendiri tak tau kat ner ni? tengah malam lak tu" kata aku yang dah taktau nak buat apa. Penyudahnya.. aku yakin apa yang aku nampak tu semuanya tak benar dan khayalan je. Hish... kawasan ni patutnya mana ada simpang cam ni. Ntah kat mana le aku ni?. Takkan le aku nak korner kanan atau kiri, atas jalan yang memang aku tau ..straight ni? Apa lagi?? aku nekad tekan minyak dan meter kereta aku sekarang menunjukkan kelajuan 90km/j. "Tawakal je la...mudah-mudahan apa yang aku nampak ni tak betul semuanya" kata aku dalam hati sambil terus memecut kereta aku.
Alhamdullilah, memang betul sangkaan aku.. jalan tu memang jalan straight dan segala simpang, kedai, lampu yang aku nampak tadi sebenarnya memang takde! Habis apa semuanya tadi tu? ntah la tak tahu aku nak cerita..mainan mata aku yang mengantuk ni ke? atau jalan tu memang..... ish ntah le..
Moray of the story: Pandu cermat, poket selamat.....
Special note: Harap maaf tiada kesan khas (special effect) dapat dipertontonkan dalam kisah seram di atas kerana kesemua peralatan yang ada telah digunakan untuk menyiapkan cerita wayang Star Wars yang terbaru: Revenge of Sith..harap maklum!! sebarang kesulitan amatlah dikesali.

Friday, May 20, 2005

Sawadikapp

Sawadikapp!!.. tu le perkataan yang aku selalu dengar kat Bangkok dan dengan terpaksa-relanya aku mengukir senyuman sebagai membalas ucapan selamat yang sepatah haram aku tak paham tu. "Ntah apa la yang di carutkan dek malaun siam ni" bisik hati aku tiapkali dorang cakap bahasa Siam ngan aku. Sengih jangan tak sengih kang bila serius kang, orang kata kita sombong.
Hari pertama bila sampai sana, macam nak mati cari makanan. Yang membuatkan parah tu bukan apa, aku sampai sana 10:30pm so susah la nak cari makan. At last boss aku ajak lepak kat satu bar yang berdekatan ngan hotel aku. Quite ok le environment dia tapi yang tak best nya..bila bukak menu..**(^&* pork, !@#$%^ pork, semuanya pork. Adeh! penyudahnya terpaksa le aku cakap kat boss aku yang aku dah kenyang walhal macam nak giler menahan lapar. Kalau le aku tau macam ni jadiknya, dah lama aku bawak maggi dari Malaysia. Bila dah balik hotel, perut aku makin memulas sampai aku tak leh tido langsung dan bila bangun pagi esoknya mata pun merah giler.

Hari kedua lak asyik kena gi meeting tak sudah-sudah. Yang paling kelakarnya, kekadang terasa macam itik cuba nak bercakap ngan ayam. Serba tak kena semuanya tapi satu je yang bagus pasal dorang ni walaupun aku dan dorang ada masalah bahasa tapi dorang orang siam ni very helpful dan sanggup buat keje yang aku sendiri tak sangka dorang sanggup tolong aku. Tolong tukarkan duit, tolong arrangekan transportation, etc ...baiknya dorang pada tetamu. Kalau kat Malaysia, jangan harap la aku leh terima layanan macam ni...awal-awal lagi dorang dah mencebik muka bila mintak tolong sikit.

Satu lagi yang best pasal opis aku kat Bangkok ni...awek-awek dia lahai... kalau bole aku rasa macam tak nak balik Malaysia je bila tengok dorang. Aku tak sangka awek yang selalu aku berurusan dalam telefon selama ni ..rupanya...cute giler sampai aku sering tak tentu arah menyusun ayat omputih aku yang sememangnya berterabur giler sejak azali. Memandangkan dia memang cukup cute, so terpaksa le aku cuba mengurat (ada ke ayat cam ni???). "I'm looking for Ms. *&^%%*(, do you know where she is?" itulah pembukaan teknik mengorat aku yang berbekalkan satu pertanyaan bodoh yang aku sebenarnya memang dah tau jawapannya. "Cutenya dia nih" bisik hatiku sampai aku haram ingat ntah menatang apa dia cakap sepanjang perbualan kami. Tak pe la bukan aku nak dengar sangat jawapan dia pun.
Hari ketiga lak aku terpaksa keje sampai lewat malam ngan perut yang keroncong giler. Adeh! susah tul idup kat negara orang ni but at last dapat gak makan free bila boss aku ajak. "Kesian kat Mokhzani, penat agaknya dia ni" mungkin tu lah kata hati dia lepas tengok aku concentrate menghadap PC sambil menyelak kertas-kertas atas meja, walhal aku cuma busy baca blog je sebenarnya.. bukan buat keje pun!! Sekali lagi bab makan jadik satu masalah pada aku, kali ni aku rasa aku dah betul-betul termakan benda &^%$#& tu. Ciss..hampeh betul terkena gak aku akhirnya. Tu le yang susahnya bila kena baca menu yang tulisan nya ala-ala tulisan siam gak. Adeh!! apa nak buat takkan nak samak perut kot? telan pasir? erkkk...mmm buat dek je lahhhh..
Hari keempat pagi-pagi lagi aku dah kena bangun sebab aku amik flight yang paling awal sekali. Gila per boss aku ni arrange flight time cam ni??? Apa nak buat, dah boss yang suruh..ikut je la..walaupun bagai nak giler aku sumpah seranah dia dalam hati. "Mudah-mudahan ada le awek yang dok sebelah aku" kata hatiku bila masuk dalam kapal terbang. Rupanya hampeh....ntah mana punya Mat Salleh tua tengah lepak kat situ. So aku terus je membuta sakan sampai aku tak sedar terlentok atas bahu Mat Saleh sebelah aku tu. Jahanam betull!! bila terjaga cam gitu terus segan lak aku ngan dia. Sampai je KL, jam baru kul 12:30pm so aku jenuh la aku mencari ayat untuk hasut boss aku supaya toksah datang opis... "I think its not worth for us to go to the office this afternoon, its too late anyway" kata aku kat boss dengan confidentnya..racun jangan tak racun. Akhirnya boss aku termakan gak hasutan aku..hahaha..dapat gak aku tido sepuas-puasnya kat rumah..
Oh rumah ku syurga ku.....

Friday, May 13, 2005

Ada pun entry

Haa.. ada pun entry!! Mungkin itu la yang korang cakap dalam hati bila tengok entry baru aku ni. Sori bebanyak sebab aku tak dapat nak apdet blog aku lately..adeh busy ngat aku minggu ni. Masa tengah taip blog ni pun, keje aku masih lagi terus membukit atas meja nih... alemekkk... Sampai ada masanya aku terlupa untuk menunaikan tanggungjawab pada nusa dan bangsa, iaitu meng'apdet'kan blog aku nih.
Citer baru?? Hmm dalam keadaan kepala aku yang masih mamai nih.. susah aku nak cari ilham untuk bercerita. Plak tu hari Ahad ni aku kena gi Bangkok untuk beberapa hari. Seronok?? aku tak le seronok sangat nak gi negara orang kalau boleh tak payah gi lagi bagus. Dapat gak aku menabur bakti pada tilam dan bantal kat umah aku. Lagipun sekarang ni kan dah tengah bulan, mana le ada cash money? Adeh.. nampaknya lagi sekali aku terpaksa mengharapkan bantuan 'kad plastik ajaib' aku. Moga-moga hendaknya, jin yang ada dalam kad tu masih sudi berkhidmat untuk aku.
Apa yang sonok sangat gi negara orang ni ek? Dari dulu sampai sekarang aku masih tak jumpa jawapannya. Mungkin sebab aku selalu gi negara orang untuk bekerja bukan bercuti kot. Yup! mungkin itulah jawapan yang tepat. Tak best woo kalau kena suruh gi buat keje sambil travel ni.. semua keje terpaksa disiapkan dalam keadaan kelam kabut sebab flight dah booked. Dah tu kang kalau keje kat negara orang aku selalu kena stay back kat opis, yelah masa untuk aku dok situ agak terhad jadi terpaksa le buat keje bersungguh-sungguh (konon nye la). Tapi bohong le kalau aku kata yang aku tak penah langsung cari peluang nak gi jalan-jalan. Maunya.. kekadang tu sampai tersenget dan jatuh tergolek gak serban atas kepala bila sudah tewas di goda dek syaitan. Yelah maunya tak goda kena lak banyak godaan kawan-kawan yang baikhati nak menunjuk tempat menarik kat negara dorang. tapi yang seriknya, rupanya bila dah gi berjalan, asyik aku je yang kena keluar duit. Memang tiga bintik tul dorang ni, kata aku dalam hati. Apa dorang ingat orang Malaysia kaya-kaya ke? Tapi takkan plak aku nak ngaku tak berduit lak depan dorang? So terpaksa la aku mencungkilkan sendiri bakat seorang seniman yang masih ada dalam diri aku. "I can't join you coz I not feeling well" itulah antara ayat standard yang selalu aku pakai bila diajak gi lunch sambil mempamerkan mimik muka ala-ala nak terkucil. Gamaknya teknik lakonan aku tu tentu boleh menang anugerah .Pelakon Penipu Terbaik... kalau difilemkan..hahaha!
Paling tak best lagi kalau aku tersilap budget duit bila dok negara orang ni. Penah sekali tu masa aku gi Jakarta, bila sampai airport kat sana pastu naik teksi untuk ke hotel...ntah camana aku leh tersilap bagi duit kat drebar teksi ni. Tambang yang sepatutnya cuma 30 ribu aku boleh terkasi 300 ribu kat drebar teksi tu. Ni suma pasal kes tersilap membaca angka-angka yang tertulis kat atas duit Indonesia tu. "Tima kasih pak, tima kasih pak" kata drebar teksi tu. "Baik sungguh budi bahasa drebar teksi Jakarta ni, kalau la drebar teksi Malaysia macam ni ..kan bagus" bisik hati aku yang masih tak sedar kesilapanku. Salah sapa tu drebar teksi tu tipu aku ke atau aku menipu diri sendiri? Apa pun yang pastinya bila dok sorang-sorang kat hotel, terkejut kuda aku bila tengok duit kat dompet rupa-rupanya dah nak habis. Kalau dok Malaysia tak pe la ni kat tengah-tengah negara orang leh jadik cam tu. Tak ke naya tu? Nasib la ada colleague aku kat Jakarta tu sanggup tolong kasi pinjam duit, kalau tak ...ntah apa la terjadi kat aku. Masa tu terasa sungguh cam pendatang haram...mintak -mintak duit kat orang...eeee
Anyway, Ahad ni sekali lagi aku kena memalangkan diri untuk di negara orang. Kali ni ntah apa le plak malangnya aku pun taktau. Malasnya nak gi jalan-jalan ni. Bila kena cam ni.. kekadang aku terpikir...kan bagus kalau aku keje jadik suri rumah je!

Saturday, May 07, 2005

Penyakit

Macam mana ek rasanya kalau kena dok ward hospital? Sunyi ke? Mesti boring giler gamaknya, tambah lak time takda orang melawat pastu dok lelama kat situ tapi taktau nak buat apa. Uish! tentu siksa. Sepanjang hidup aku, belum penah lagi aku habis hidup aku kat tempat macam tu.

Korang tentu heran apsal la aku dok merepek pasal ward hospital lak ni. Actually bukan apa, sejak 2 3 hari ni badan aku rasa panas semacam dah tu lak ada bintik-bintik pelik nampak macam tumbuh kat tangan, kaki, badan dan sekitar area mulut. Makan pun aku dah takde selera, badan lak rasa lesu semacam je. Apa kena badan aku ni?

Semalam aku dah gak gi Hospital Selayang, kata doktor demam pelik yang aku alami ni masih lagi diperingkat awal dan masih susah nak diketahui penyakitnya. Tapi dia ada cakap tanda-tanda penyakit yang ada pada aku ni lebih kepada suatu penyakit yang tak berapa sedap aku dengar. Sebabnya kata doktor tu kalau dah teruk sangat mungkin aku akan dikenakan kuarantin kat hospital tu. Pas tu dia kasi aku ubat demam ngan ubat mulut dulu then kata dia kalau sampai tahap aku takleh makan, dia mintak aku datang hospital balik. Lebih pelik lagi doktor tu suruh aku isi borang untuk declare penyakit berjangkit. Uish! seram giler aku, serius sangat ke penyakit aku ni?

Pas balik dari hospital tu ada gak aku surf internet cari apa-apa info pasal penyakit pelik aku ni. Sah le, terang-terang semua tanda-tanda yang ada pada aku menunjukkan aku dah kena wabak penyakit kaki dan mulut. Adeh! bila aku bagitau kat mak aku, terus je dia suruh gi ke suatu klinik specialist yang dia kenal kat KL ni. Since penyakit aku ni belum sampai tahap serius dan doktor hospital pun suruh aku cuba makan ubat dulu, so aku pun tak le ada niat sangat nak gi ke klinik tu.

Tadi mak aku telefon aku lagi, marah betul dia bila tau aku tak gi lagi klinik tu. Aku cakap tunggu le dulu aku cuba makan ubat yang aku dapat dari Hospital Selayang tu. Terus je dia bebelkan aku..adeh! Napa susah ngat nak gi klinik la..*&^%$$@#. Arghhhh! terpaksa le aku senyap dan merelakan telinga aku disumbat ngan leteran dia. Ish..sabar je la...

Actually aku malas nak cuti atau amik MC 2 3 minggu akan datang ni sebab keje aku tengah menimbun dan berduyun-duyun menunggu kat opis tu. Dah tu tak lama lagi aku kena gi meeting kat Bangkok so kang kalau kena gi dok kat hospital ke apa ke..alahai tak dapek la den nak merayap! Tapi ntah le, kalau dah teruk sangat kang, kalau kena gak masuk ward hospital, hmm ward pun ward la.

Ya Allah ya tuhanku, mudah-mudahan ada le nurse yang cun kalau aku kena masuk ward aku tu nanti. eh! silap .... mudah-mudahan aku dijauhkan dari sebarang penyakit. Aminnn

Friday, May 06, 2005

Keje & Blog

Ntah napa makin lama aku rasa makin malas nak apdet blog aku yang hidup segan mati tak mau nih. Aku rasa semua ni mungkin sebab aku makin hari makin busy ngan keje-keje kat opis ni. Adeh!!.. minggu depan lak mungkin tambah payah aku nak apdet blog aku ni sebab seminggu aku kena concentrate melayan dan buat keje ngan colleague aku yang datang dari Jakarta.
Idea lak makin hari makin kering..sampai aku sendiri rasa dah taktau nak tulis apa kat blog ni. Kekadang aku rasa macam semua benda aku dah citer dalam blog aku ... so habis tu untuk next entry mmm apa lak nak ditulis? Takda modal le jawapnya. Aduhai ...!! buat keje pun dah sakit kepala nak cari ilham untuk apdet blog pun lagi menambahkan sakit kepala.
Untuk pengetahuan korang, selalunya idea aku nak apdet blog ni...biasanya akan datang tengah malam. Time mata dah kuyu dan mulut dah menguap-guap, time tu la datang lak idea nak tulis. Adeh!!!.. kalau aku rajin, aku bangun le balik. On kan PC pastu merepek le macam-macam tapi kalau datang malasnya, terus je aku setia berkhidmat pada tilam dan bantal.
Kekadang rasa boring gak tulis blog ni. Korang tak penah rasa cam tu ke? Kekadang tu aku rasa ..cam merepek je buat keje apdet blog ni. Dah le tulis pun ntah apa-apa, aku sendiri pun kekadang naik tak paham apa yang aku tulis. Hmm mungkin tu petanda aku dah makin tua? Tua kah aku? Anyway mungkin pada masa akan datang aku takkan excited ngat nak buat advance entry macam dulu sebab keje kat opis ni dah makin berlonggok beb... banyak giler kalau disuruh gajah sekalipun settlekan keje aku ni, aku ingat ngan gajah tu pun bleh mati. Apatah lagi aku yang kedi, cute, comel, handsome, macho (ceh sempat lak promotekan diri sendiri) hehehe.
Aku nak keje lebih tekun dan berdedikasi. Tak mo lah rileks-rileks lagi, surf website ntah apa-apa, kuar isap rokok, kuar minum suma. Uikk! banyak rupanya benda tak berpekdah yang aku dah buat time opis hour selama ni? Patut le tak siap-siap keje aku!!. Tak leh jadik ni, aku mesti mula berubah!! mesti lebih productive!! mesti lebih tekun!! mesti lebih bersemangat!! Pendekata aku takkan jadi macam sekarang lagi. 100% lain le kata orang.
Alamak dah lebih kul 5:00 aisey... nak balik la esok je la sambung keje. Dok opis lelama kat opis ni pun bukannya boleh siap pun keje tu. Hehehehe.....

Thursday, May 05, 2005

Kalaulah

Kekadang masa aku dok runsing pikir soal keje atau pasal kehidupan aku ni..aku teringat pasal cerita sorang ustaz masa aku sekolah dulu.

Suatu hari ada le sorang orang kaya ni datang ke kampung naik kereta Mercedes mewah dengan drebarnya. Tiba-tiba bila kereta dia lalu je dekat satu sawah padi, disuruhnya drebar keretanya tu berhenti. Lepas tu dia pun terus mengelamun tengok sawah padi dan mata dia terpaku nengok sorang petani tua yang tengah sibut menanam padi. Pastu dia pun cakap dalam hati: -

"Kalau le aku dapat hidup macam petani tu..kan bagus. Rileks je buat keje ..tak yah pikir hutang rumah, hutang kereta, hutang company, saham rugi. Tak yah pikir nak meeting sana..meeting sini. Buat keje pun tenang je. Kalau le dapat hidup tanam sawah padi cam gini tentu hidup aku aman bahagia walaupun tak kaya".

Ntah cam ner petani yang tengah dok sibuk tanam padi tadi tu pun perasan ada orang dalam kereta Mercedes tengah tengok dia. Dia pun tengok la Mercedes sambil dalam hati dia berkata:-

"Kalau le aku dapat hidup mewah macam orang kaya tu kan bagus. Tentu rumah nya besar, duit nya pun banyak. Tak payah le aku hidup berlumpur dan buat keje tanam padi cam ni. Hasil nya pun tak le seberapa sangat. Kalau le tuhan bagi aku hidup macam orang kaya tu tentu seronok hidup aku"

Pelik kan kita ni? Jarang betul kita berasa cukup dan bersyukur dengan nikmat yang dah tuhan bagi. Tamaknya kita bila mengumpul harta dan sibuk betul nak mencari keseronokan yang kita sangka boleh membahagiakan hidup kita yang singkat ini.

Pengajaran entry ni:
"Kalau le korang tak baca entry merepek aku time keje cam gini, tentu dah lama dah leh siap keje korang...hehehe"

Wednesday, May 04, 2005

Malapetaka

Aku sebenarnya hari ni aku malas nak apdet blog aku (aik kan tengah apdet nih) sebab aku rasa aku dah sampai tahap taktau apa nak tulis (lorr tengah tulis le nih) .. semuanya sebab dok lama ngat dok bercuti kat Temerloh dan pastu melantak ikan bakar sampai tak hengat dunia... mungkin sebab banyak kolestrol tersesat masuk dalam otak gamaknya...so lembab le sikit aku apdet blog minggu ni.
Cuma satu je la citer yang best yang boleh aku kongsi sesama korang. Ni pun taktau le aku citer ni boleh dikategori kan citer apa ...ntah seram ke, lawak ke, sukahati korang la tafsirkan macam mana.
Masa aku tengah dok lepak kat Temerloh hari tu, ada le member aku dok citer kejadian pelik yang berlaku yang hospital yang baru dibina kat Temerloh tu. Katanya sekarang orang kat situ dah heboh pasal kejadian bayi yang baru lahir yang sempat bercakap dan memberi amaran pasal malapetaka yang akan melanda dunia pada 25hb. Lepas je habis bercakap bayi tu pun terus meninggal dunia.
Jangan tanya aku 25hb tu bulan apa? bulan islam ke? masihi ke? cina ke? Tu semua aku pun taktau. Aku sendiri pun sekarang ni tengah terkebil-kebil sorang-sorang ....bila dengar citer ni. Leh caya ke semua ni? Antara nak caya pun ada, tak caya pun ada..ntah la....sama banyak je rasanya. Bukan le aku nak menolak kekuasaan tuhan tapi maklum le citer mulut nih... ntah mungkin ada yang menokok tambah ke ...taktau le aku.
Tapikan kalau nak diikutkan logiknya, mungkin boleh jadik gak benda ni sebab hampir 11 buah gunung berapi di Indonesia dah pun kembali aktif termasuk la 'anak' kepada gunung Krakatau. Gunung yang terkenal dengan letupan gunung berapi terkuat di dunia tu yang sekaligus merubah cuaca dunia dan peta Indonesia itu sendiri. Pendekata pada aku, malapetaka yang 'bayi' tu kata... bukan la mustahil kalau betul-betul nak berlaku.
Terpulang le kat korang nak percaya ke tak .. citer ni. Aku pun dengar citer dari orang gak. Kalau dorang tu menipu secara automatiknya korang pun tertipu la..hehehe. Tapi dalam keadaan macam sekarang ni bukan nya tak boleh terjadi tu semua dan tanda-tandanya pun dah ada di luar sana. So tak yah le aku nak pandai-pandai kasi nasihat..sendiri mau ingat le apa nak buat kalau tak nak mati dalam kesesatan.
Pesanan penaja: "Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri"

Tuesday, May 03, 2005

Rahsia Lelaki

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Walau setebal mana solekan yang dikenakan oleh lelaki, beliau tetap lelaki. Begitu juga, walau sejantan mana pun lagak seorang wanita, beliau tetap wanita. Ramai wanita menganggap lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Bagi kaum wanita, jangan anda sesekali berpendapat setelah anda hidup bersama lelaki bertahun-tahun lamanya, anda sudah 100% dapat memahami isihatinya. Berikut dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami mereka dalam menjalinkan sebuah perhubungan.

Hidup lelaki lebih mudah
Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu lelaki sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk kiasan oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan
Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu
Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti. Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks
Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memang sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki
Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaannya, mungkin wanita itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya. Jika dia pada kebiasaanya suka membaca tetapi tidak melakukannya, mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain
Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maxima serta hanya kepada individu yang tertentu sahaja. Itu pun mungkin hanya setengah saja yang akan diceritakannya.

Lelaki pentingkan kejujuran
Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan rahsia-rahsia rumahtangganya.
P/S: Aku postkan entry ni sebab wordingnya macam terkena je batang hidung aku....adeh!! - Nak buat camner?akukan Jantan Pemalu SeMalaya...

Monday, May 02, 2005

Keje

Seronok ke gamaknya kalau keje bergaji besar pas tu dapat gi jalan sambil wat keje kat pelantar minyak dan negara-negara lain kat dunia ni?

Pandangan orang

Kata ex-opis mate aku: "Wah beruntung le cam tu"

Kata mak aku: "Selalu ke kamu jalan-jalan"

Kata bapak aku: "Banyak duit nak pakai tu! Ada elaun ke"

Kata kawan aku: "Wah nanti boleh la aku gi sekali pastu kita jalan-jalan kat sana"

Kata jiran aku: "Fuhyo best tu ... ada keje kosong lagi tak, kat tempat tu?"


Keluhan aku

Bila disuruh gi oversea: "Boss, keje hari tu pun tak siap lagi ..I think kita postpone dulu trip tu"

Bila terpacak kat ATM nengok duit gaji: "Mmm berapa lama la leh tahan duit ni?"

Bila sampai kat negara orang: "Penatnya, kalau la aku leh tido kat umah time nih"

Bila time meeting kat oversea: "Adakah aku dah mensia-siakan diri aku ..datang dari jauh untuk tengok muka badigol suod nih"

Bila dah hujung bulan: "Alamak..bila nak dapat duit claim, dah tinggal duit besi je nih...!!"

Best ke hidup cam ni? Apa pun bersyukur lah dengan keje yang korang buat.... sebab hidup tak semestinya indah sebagaimana yang di impikan!


Sunday, May 01, 2005

My Favourite Pictures

Angah


Angah & Ajit

Ajit