Thursday, June 30, 2005

Teka-teki

Aku dah takde idea apa lagi nak tulis untuk entry aku kali ni. Mmm apa kata kita main teka-teki lak? Tapi korang jangan le terus baca jawapannya cuba le teka dulu... baru la aci...

1. Kenape orang baru bercinta suka meraba-raba?
--Sebab cinta itu buta

2. Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
--Pintu yang ade tulis 'TARIK'

3. Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
--Pembohong...

4. Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati...'?--
--Usus

5. Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
--Kutu rambut

6. Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
-- Sbb lelaki ni kan 'buaya'

7. Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
--Dua-dua tak kenal korang...hehe

8. Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
--Tukang gali kubur

9. Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
--Tahi hidung

10. Kenape pokok kelapa selalunya ditebang?
--Mestilah kene tebang, mana ada orang leh cabut pokok kelapa

11. Kenapa Tarzan perlu pakai cawat walaupun dia dok sorang2 kat hutan?
-- sebab dia je 'ekornya' kat depan!

Pengajaran dari teka-teki nih:
Kekadang kita ni suka menyusahkan benda yang dah memang senang..kan? kan?


Wednesday, June 29, 2005

Hantu Kubur

Image hosted by Photobucket.com

Korang penah tak nengok hantu? Aku tau mesti tak ramai di antara korang yang penah berpeluang nak nengok sendiri rupa hantu.

Gambar kat atas ni ialah gambar hantu yang ditangkap oleh adik aku secara tak sengaja dengan menggunakan kamera phone bila dia drive kat kawasan tanah perkuburan yang ada kat area umah aku. Menurut katanya, dia memang takda nampak apa2 masa dia lalu kat situ dan image hantu ni cuma muncul dalam gambar ni bila dia snap pemandangan kawasan kubur tu.

Sorry le image hantu tak berapa jelas, maklum je la gambar dari kamera phone memang le cam ni. Sejak dapat tangkap gambar hantu ni, kemain sibuk adik aku tu suruh aku publishkan gambar ni dalam blogspot aku. Mungkin dia excited sangat kot, maklum la bukan senang nak nengok gambar cam ni...beb. Untuk menunaikan hasrat dia, terpaksa la aku publishkan gambar dia ni buat tatapan kawan-kawan tersayang aku nih. Fuh silap-silap gambar ni boleh jadik ibu duit woo..mau kayo pakcik dibueknyoo!!

Untuk tengok rupa hantu tu dengan lebih dekat, click kat gambar tu kalau korang berani! Jangan takut la muka hantu tu tak le menyeramkan sangat...aku gerenti! Tak caya nengok le sendiri. Haa! tunggu apa lagi? click la... jangan tak click....

Betul tak cakap aku? tak menyeramkan sangatkan rupa hantu tu? kan? kan?

Monday, June 27, 2005

Kereta Aku



Image hosted by Photobucket.com



Korang mungkin terpikir kenapa la aku letak gambar kereta kat entry aku kali ni. Untuk pengetahuan korang, ni le dia kereta kesayangan aku, yang pernah membuatkan aku terpaksa makan malam berlaukkan nasi dan kicap semata-mata nak kumpul duit untuk membeli kereta ni. Bukan le niat aku nak berlagak atau menunjuk-nunjuk, cuma aku nak berkongsi sikit cerita pasal kereta kesayangan aku ni ngan korang. Actually dah lama dah kereta ni jadi milik aku, hmm kalau tak salah dah hampir 3 tahun rasanya. Kejap je rasanya 3 tahun tu dan rasanya dah macam-macam pengalaman pahit dan manis aku dapat bersama kereta aku ni. Time hari raya fuhhh..bangga giler aku bila dapat menayang kereta aku ni kat sedara mara aku. Kemain sibuk dorang memuji, nasib baik dorang tak tau betapa keringnya poket aku bila ada kereta ni.

Aku ingat lagi waktu mula-mula aku tengok buku simpanan aku yang menunjukkan angka-angka yang membolehkan aku membeli kereta idaman aku ni. Mak aih seronok sangat masa tu, terasa dunia ni macam aku yang punya. Tak sabar gila aku hari tu, nak sambar kereta ni. Waktu aku sampai kat kedai jual kereta ni dulu, cina kedai tu macam tak nak layan je aku. Mungkin agaknya dia ingat orang Melayu yang muda macam aku, takkan mampu nak beli kereta macam ni. Imagine la aku terpaksa dok tercogok kat kedai cina jahanam tu kat sejam dan takde sorang salesman pun nak datang kat aku untuk bertanya apa tujuan aku tercegat kat kedai dorang tu. Apa dorang ingat aku ni budak salesman tepi jalan yang dok jual buku kanak-kanak tu ke??? Eee terasa nak je aku bakar kedai cina tu, tapi keinginan aku untuk memiliki kereta ni membuatkan aku terpaksa banyak bersabar masa tu. Terkejut beruk cina kedai kereta nengok duit yang aku bawak untuk bayar harga kereta ni. “Aiyo! you tak takut ke kalau ada orang mau curi duit you” itulah kata cina tu yang membuat aku tersenyum bangga. Ha baru dia tau.. agaknya mungkin selama ni dia ingat orang Melayu tak mampu nak keluarkan duit yang banyak untuk beli kereta mewah cam tu.

Image hosted by Photobucket.com



Masa mula-mula aku dapat kereta ni dulu, pantang betul kalau nengok kereta ni comot sikit. Pendekata, tak da satu habuk pun yang sempat melekat pada kereta aku, cepat je tangan aku mencuci dan mengilatkan kereta ni. Aku sentiasa pastikan kereta ni berkilat macam cermin dan kadang-kadang aku sanggup habiskan masa berjam-jam membelek-belek kereta kesayangan aku ni. Sampai ada satu hari tu, aku kena demam panas lepas dok sibuk sangat mengilatkan body kereta ni masa tengahari buta.

Image hosted by Photobucket.com



Tapi semua tu dah pun berlalu dan sekarang ni segala kenangan aku ngan kereta ni, nampaknya terpaksa la aku lupakan sebab kereta dah pun teruk accident minggu lepas. Aku ingat lagi, macam disambar petir je rasanya bila anak buah aku bagitau kereta aku yang dia pinjam tu dah accident. Masih terngiang-ngiang je lagi telinga aku dengar dia cakap “ala rosak sikit je Pak Long bukannya ada apa sangat”. Tension giler aku dibuatnya nak je aku hadiahkan pelempang bila aku tengok dia boleh buat muka selamba. Kalau ikutkan cerita dia, memang laju gamaknya dia bawak kereta aku tu sebab kebanyakan jalan yang dia gi tu hampir semuanya memang sedap kalau dapat bawak laju tambah lak kalau dapat corner sambil cecah lutut atas jalan. Kesimpulannya kereta yang accident sebab dibawak ngan laju takkan sikit rosaknya tul dak?

Lama gak aku terkebil-kebil membelek kereta aku yang dah punah tu masa gi tengok kat tempat kejadian. Rasa sebak dan terasa gak cam nak menitik airmata bila tengok lama-lama keadaan kereta tu. Beberapa hari ni, aku terus hilang mood aku nak buat keje ke apa ke bila teringat pasal kereta tu. Tak tau le aku nak huraikan rosaknya cuma setakat ni yang aku tau, kereta tu dah tak boleh jalan langsung. Dah tu kata cina repair kereta tu cakap kalau nak direpair pun kosnya memang cukup tinggi. Cam nak pengsan je rasanya bila cina tu sebut kat aku, kos yang sebenarnya pas dia sibuk tekan-tekan calculatornya. Hmm ntah bila la aku dapat ganti balik menda-menda yang rosak tu. Adehh…sakitnya jiwa aku ketika ni. Oh tuhan adalah ini satu ujian buat hambamu yang lemah ini….

P/S: Click disini kalau nak tau lebih lanjut dan tengok lebih dekat lagi keadaan kereta aku sekarang ni.

Thursday, June 23, 2005

Hantaran

Reason kenapa hantaran makin tinggi skang:-

1. Anak pompuan sorang
2. Anak pompuan sekolah tinggi 20 tingkat
3. Anak pompuan paling jambu dalam family
4. Anak pompuan kerja high post
5. Anak pompuan biasa pakai barang branded
6. Anak pompuan yang tastenya...berkajang-kajang kalau disenaraikan
7. Kakak belum kahwin; jadi kena kasi double untuk belanja kakaknya sekaligus
8. Anak pompuan yang rasa dirinya...lengkap segala-gala
9. Bapak pompuan towkay kayu balak; mak pulak bekas eksekutif

Jawapan yang selalunya diberi oleh pihak lelaki kalau hantaran melampau sangat (ni dorang bebual antara family lelaki je):-

1. "Eh! Nak meniaga anak ke pe?" Kadang tu mak bapak ok jer si anak lak lebih-lebih
2. "Kalau pandai masak ke jahit ke; satu hal jugak. Ni asik pandai mekap je."
3. "Camni bilang dorang simpan anak tu dalam store buat perhiasan."
4. "Kalau lawa macam Karisma Kapoor tu takpe jugak. Ni idung pesek macam kena lenyek je."
5. "Apa dorang ingat kita sedara Bill Gates ke?"
6. "Lupakan sudah budak pompuan tu. Nanti mak carik kan yang lebih power dari Catherine Zeta-Jones eh?"
7. "Dorang ni buat kenduri kawin ke atau nak buat konsert kat Royal Albert Hall cam Siti Nurhaliza tuh"

Kata2 dari sebelah pompuan yang lelaki ingin sangat nak dengar :-

1. "Ikut suka hatilah. Berapa yang lelaki kasi; kita ambik je. Saya tak cerewet."
2. "Takpelah. Kalau tak boleh adakan sekarang; kahwin dulu. Lepas tu bayar pelan-pelan cara instalment."
3. "Jangan bimbang. Korang cuma adakan hantaran je. Duit majlis semua kita sponsor."
4. "Pasal sekarang ni musim great sale sana sini; jadi kita ada staff discount. Korang cuma kasi 10% je."
5. "Berapa korang nak kasi, kasilah. Nak ambik free pun takpe. Anak pompuan kita ramai lagi."
6. "Apakata kalau korang ambik kakaknya sekali. Tapi hantaran tetap sama.Kira 2 for the price of 1 ler. Risaulah kakaknya tak kahwin-kahwin."

Kalau kena pulak family lelaki yang loaded makan tak abis punya; jawapannya:-

1. "Okay setuju. Kita up lagi RM10,000. Nothing much ler."
2. "Ehh sikit nyer! Camni tak nak lah. Tak sama standard dengan kita punya expectation ler."
3. "Ni hantaran kira Rupiah ke Sing dollars? Kita cuma simpan American dollars je."
4. "Kita tak kasi pakai cash ler. Korang pilih nak AMEX ke; Diners ke;boleh kata semua credit card kita ada lah."
5."Sebagai hadiah upacara masuk minang ni; kita ada siapkan kereta lambhorgini. Tu anak bujang kita tengah parking kat bawah tu."
6. "Ni korang mintak hantaran ke; mintak duit nak belikan dia selipar jepun.Murah nyer?"

Wednesday, June 22, 2005

Syukurlah

Syukurlah aku tak seglamour and sepopular Siti Nurhaliza yang mungkin susah nak garu bontot bila terasa gatal kat tengah orang ramai.

Syukurlah aku tak punya kekuatan fizikal yang luar biasa macam Superman yang terpaksa pakai spender kat luar tiapkali nak mempamerkan kehebatan kuasa luar biasanya tu.

Syukurlah aku tak sehensem Anuar Zain yang sentiasa jadi perhatian awek-awek hingga sukar sekali nak melepaskan angin perut yang mempunyai 'berbau yang sungguh tidak berperikemanusian' terutama bila dok kat dalam bas atau LRT.

Syukurlah aku tak punya kereta sport macam Ferrari yang mempunyai kelajuan yang menakjubkan kalau tak, harus le aku kena berbalas pantun ngan polis tatkala road-tax dah mampus .. *mati le Sempoii..hehehe*

Syukurlah aku tak punya pakaian mahal dan berjenama yang mampu mengamit perhatian orang lain kalau tidak, tentu susah nak betulkan spender yang tersangkut kat celah bontot bila dok lepak ngan kawan-kawan.

Syukurlah aku cuma aku....

P/S: Ni dah boring sampai tahap tak tau nak tulih apa dah ni....

Wednesday, June 15, 2005

Tensionnya!!

Tension tul aku hari ni. Ntah apa-apa la keje yang aku buat hari ni, dok sibuk tolong keje orang lain sampai keje aku sendiri pun tak terbuat.
Actually, aku bengang giler hari ni. Ni pun baru habis bertekak ngan boss aku pasal satu projek kitaorang kat Bangkok. Aku tak kisah le sangat kalau dia tak mau terima cadangan aku tapi yang buat aku tak tahan tu, ada ke patut dia guna perkataan 'idiot' kat aku. Nasib baik le dia boss aku kalau dia cuma colleague aku memang dah lama aku maki balik kat dia.
Ada la tadi benda yang memang aku tak setuju ngan proposal dia sebab awal-awal lagi aku dah dapat detect benda yang dia nak buat tu, akan mendatangkan masalah. Tapi biasa la orang kalau dah rasa diri dia pandai sangat, takkan le nak dengar cakap orang lain. So tak pe, dengan penuh sabar aku tunggu je dia buat silap. Kalau dia dah terkena esok, pegi mampus le kalau nak mintak tolong dari aku.
Bukan le niat aku nak menidakkan kepandaian dia yang memang tak berapa pandai tu, tapi at least apa la salahnya dengar cakap orang yang lebih tau pasal benda yang memang sah-sah dia tak tau. Yang aku ni pun satu, rajin sangat gi involved projek dia tu, pahal plak. Dah jadik camni baru le nak makan hati. Terasa bodoh tul aku bila tolong orang yang bodoh cam ni!
Tak pe sabar je la, tak lama lagi dia tentu akan buat silap. Tak sabar rasanya aku nak gelakkan dia dan bagi tau dia yang aku tak nak involved lagi buat keje 'bangang' ni ngan dia sebab banyak lagi keje lain yang aku kena buat. Biar padan ngan muka dia! Nyesal betul aku, mudah sangat offer diri nak tolong dia ... dah tu bila dia tak tau nak hargai pertolongan aku.. ha! kan dah terasa sakit hati cam ni. Sekarang ni bukan je dia tak tau nak hargai aku, siap leh marah aku lak ...eee...tensionnyaaaa! Pas ni jangan harap la aku nak tegur sapa lagi ngan dia. Keje yang aku buat kat opis ni pun bukannya memerlukan sangat apa-apa approval sangat dari dia melainkan kalau bab mintak cuti je.
Aku rasa mulai hari ni, aku tak nak tolong sapa-sapa lagi kat opis aku ni. Tak kira la colleague aku ke, boss ke sapa ke. Pegi mampus le dorang pas ni. Mungkin aku patut keluarkan balik perangai buruk aku yang penah aku buat kat opis lama aku dulu. Mungkin dah tiba masanya buat plan jahat, untuk memaksa boss aku 'resign' kan dirinya sendiri. Tunggu la.. hari ni dia boleh la tunjukkan power dia tapi satu hari nanti aku akan tunjukkan plak sapa diri aku yang sebenarnya. Tak mungkin dia boleh mengelak dari buat silap sepanjang karier dia kat sini? Masa tu nanti tau le aku nak buat macam mana! Grrrr!!!
No more Mr. Nice Guy..............

Friday, June 10, 2005

Fotopage aku

Rasa takde idea nak taip entry kali ni. Anyway kalau korang nak nengok
yang baru je diupdate silakanlah...




Thursday, June 09, 2005

Aku & Waktu

Image hosted by Photobucket.com



Gambar ni kalau tak salah di'snap' masa umur aku 2 tahun. Bestnya bila terkenang balik zaman budak2 dulu. Main je sana-sini. Masa tu aku la yang paling manja dalam family. Tak caya? cuba tengok kat leher aku dalam gambar ni, mak aku siap pakaikan aku rantai emas dia kat leher aku. Punya la sayangnya kat aku masa tu tapi sampai setakat umur aku 3-5 tahun je la.

Bila aku dah ada adik dan dah masuk lak sekolah rendah, naik berbirat paha aku kena cubit dan telinga aku kena tarik ngan mak aku. Nasib baik le bila dah besar, telinga aku tak panjang macam Orang Asli Sarawak tu! Garang tul mak aku dan bapak aku lak jenis pendiam. Sampai la aku dah besar cam ni, aku masih tak berapa reti nak berkomunikasi dengan family aku.... especially ngan bapak aku. Kalau aku naik kereta pastu duk sebelah dia, aku tak pandai nak mulakan sembang ngan dia. Penyudahnya sepanjang jalan kami dok senyap je.

Actually aku jealous kalau tengok orang lain rapat ngan family dorang sebab aku tak dapat nak buat macam tu. Dalam keluarga aku, aku le yang paling pendiam sekali. Walaupun masa lepak ngan kawan2, aku boleh bersembang sakan dan kadang2 jadik pak lawak dikalangan kawan2 tapi bila sampai je rumah, aku akan bertukar jadi sorang pendiam. Taktau la kenapa keadaan jadik macam ni. Mungkin agaknya sebab suatu masa dulu aku penah kecewakan keluarga aku yang begitu mengharapkan aku berjaya dalam pelajaran. Memang sejak dari tu aku bertukar jadik sorang yang pendiam sebab aku rasa malu ngan sedara-mara dan adik2. Walaupun sekarang aku dah buktikan kat dorang yang aku dah berjaya, dah beli rumah sendiri, kerja pun ngan gaji yang lumayan tapi.... entah kenapa la aku masih tak boleh buang sikap pendiam dan malu aku ngan family aku, yang kadang2 tu aku rasakan macam melampau sangat. Mungkin ingatan pada kegagalan aku dulu tu menyebabkan rasa malu dan rendah diri aku ni sukar dikikis hinggalah ke hari ini.

Jauh dihati aku sebenarnya, aku nak minta maaf pada mak bapak aku atas kesilapan yang penah aku buat dulu. Dan sebelum dorang pegi meninggalkan dunia ni, aku teringin sekali nak bagitau dorang betapa sayangnya aku pada dorang. Tapi ntah kenapa sampai sekarang mulut aku kelu dan tak mampu nak meluahkannya. Mudah-mudahan aku masih punya masa dan waktu.....

Wednesday, June 08, 2005

Pandai & bodoh

Apa la agaknya nak jadik dengan Malaysia ni. Tak paham sungguh aku bila nengok macam2 benda pelik yang kerajaan kita cuba buat. Yang tengah kecoh sekarang ni dorang nak kasi dadah dan kondom free lak. Apsal la bengap sangat dorang ni sampai leh terpikir nak buat cam tu. Nak kurangkan penyakit HIV/AIDS le tu konon tapi betul ke buat benda2 gitu boleh kurangkan HIV/AIDS? Dah kering sangat ke idea menteri2 kerajaan kita ni sampaikan benda yang bodoh macam ni pun dorang nak buat.
Alangkan dadah yang sekarang ni kena dibeli dengan harga yang mahal tu pun masih boleh menjana dan menambahkan bilangan penagih dadah dalam Malaysia ni, inikan pulak bila menatang tu bole dapat free suatu hari esok! Logiknya, akan bertambah ramai le orang hisap dadah. Dah gila ke apa kerajaan kita ni? Serupa la macam pemberian kondom tu gak, bila JAWI tangkap orang yang berzina bukan main melenting menteri2 kita tapi bila timbul gesaan nak kasi kondom free yang dah tentu menambahkan kes2 zina, takde pun dorang bising. Kemain setuju sana-sini. Menteri2 yang ada kelulusan agama pun tunduk senyap je, langsung taknak bantah apa2 takut nanti bila timbul kontrovesi kang habis le kena tarik balik title 'Menteri' dorang tu.
Dalam bab pendidikan lak, ikut sedap gigi dorang je wajibkan pelajaran tu, pelajaran ini.... Kesian aku nengok budak2 sekolah sekarang diseksa macam tu. Kena suruh belajar Bahasa Cina dan Tamil, kena belajar English untuk Sains dan Math. Mak aih sedap je dorang ni main suruh2, mentang2 le bukan dorang yang kena gi sekolah so boleh la keluarkan dasar sesedap rasa. Takut aku bayangkan, macam mana seksanya anak2 aku suatu hari esok, yang terpaksa belajar benda2 mengarut bila dorang dah bersekolah nanti. Kesian dorang terpaksa mengharungi kepayahan yang dicipta orang yang terlebih bijak nih.
Tiba bab nak mengurangkan kemalangan jalanraya lak, ikut sedap mulut je dorang nak mewajibkan pemeriksaan kenderaan kat Puspakom yang jumlah cawangannya cuma seciput je dalam Malaysia ni. Bayangkanlah betapa susahnya pakcik2 yang dok kat merata ceruk ulu kampung tu terpaksa la terhegeh2 nak gi mencari Puspakom. Tak logik sungguh idea ni sebab secara automatiknya esok akan timbul la plak macam2 cara orang nak menipu dengan usaha Kerajaan yang hangat2 tadi kambing nih. Penyudahnya, balik la kita ke zaman asal. Zaman dimana tak yah dibuat pemeriksaan kenderaan. Tak caya? gi le tengok berapa ramai orang leh menipu untuk renew lesen GDL kat JPJ tu. Kaya giler beb penipu2 kat situ...beratus ringgit leh dapat sehari bila jual surat pemeriksaan kesihatan yang diwajibkan untuk setiap pemohonan renew GDL nih.
Ni le padahnya bila ramai sangat orang yang mengaku dirinya pandai, diberi kuasa untuk buat keputusan. Percaya tak, orang yang pandai2 ni kalau dikumpulkan dalam satu kumpulan, pastu disuruh buat satu keputusan nescaya ada dapatlah suatu keputusan yang bodoh. Orang yang bodoh lak kalau dikumpulkan, mungkin boleh buat keputusan yang pandai, yang jauh lebih baik dari orang yang cerdik-pandai tu tadi! Sedar atau tidak, kadang2 kelulusan akademi yang kita ada hanyalah sekeping 'kertas' yang tak ada makna apa2, yang tak dapat mengajar kita erti kemanusian dan kehidupan.
Oleh itu, takyah le penat2 belajar pandai2 sangat sebab ia takkan memberhentikan kita dari buat perkara yang bodoh! Hish! kalau la aku leh berhujah macam ni masa boss paksa aku gi training tadi.. kan bagus. Ni tidak, aku cuma mampu terkulat2 dan terkebil2 je bila boss aku buat keputusan yang aku 100% tak setuju tu!. Ahhh!! tensionnyaaa......

Tuesday, June 07, 2005

Ular

Image hosted by Photobucket.com



Kali ni aku tak nak citer pasal mimpi lagi dah. Cukup la tu buat entry pasal kisah seram ke, misteri ke atau apa2 je yang suspicious. Nanti kalau tak kena gaya ramai lak yang cuba baca entry aku bermula dari ending nya sebab takut kena tipu.... (tak gitu Sempoii??)..hihihi.

Sebagaimana gelinya korang tengok menatang kat atas ni, macam tu gak le yang rasa geli aku bila hampir tiap2 tahun kebelakangan ni asyik aku terjumpa ngan menatang ni.... macam la takda menatang lain.

Tahun lepas masa musim kampung aku banjir. Aku penah terpijak menatang ni masa aku cuba ikut jalan short-cut dalam hutan untuk gi ke rumah atuk aku. Nasib baik ke aku ngan menatang ni sama2 terkejut so masing2 lari le. Tapi peristiwa ni tak le menakutkan aku sangat, sebab tahun yang sebelumnya lagi le haru..

Ada sekali tu lepas aku baru dari Carrefour, aku dah nampak menatang ni dok betul2 kat luar depan pintu rumah aku. Mungkin sebab rumah aku masa tu dekat ngan kawasan semak so mungkin le menatang ni nak beramah-mesra ngan aku le kot, kunjung-mengunjung bagai. Aku ingat tu 'benda' yang aku nampak ni mungkin ular getah yang selalu bebudak dok main tu, so aku tak le heran sangat. Kebetulan budak2 area rumah aku ni pun lain macam sikit, orang dah kunci pintu pagar pun, dorang siap leh selamba je bukak dan main kat dalam kawasan rumah orang. So tu le yang aku tak berapa heran ngat nengok menatang ni. Ingat mainan getah ke. ..macam yang budak2 tu selalu main.

Tapi ntah macam mana, dia aku nengok dekat2... apsal le berkilat semacam je ular getah ni. Rupa2 nya tu dia pun menaikkan tedung nya bila nampak aku dok dekat. Cis.. terkejut beruk aku nengok bila 'benda' yang aku ingat getah tadi tu rupanya hidup. Aku sempat cuba pukul ngan batang kayu cuba nak pukul, tapi cam biasa pukulan aku tu haram kena. So ular tadi dok berlingkar kat luar rumah tu, dengan segala hormatnya dan tanpa segala silu masuk ke dalam rumah aku melalui celah pintu. Lagi le aku mati kutu, aku cari kata dalam rumah langsung tak nampak kelibat dia. Macam2 benda aku dah buat dan akhirnya terpaksa le aku tawakal je. Tapi dalam tawakal pun, hari tu aku tak leh tido malam. Takut weh.. kang dibuatnya aku tengah terbongkang tido, tetiba lak mentang ni masuk dalam kain dah tu dipatuknya 'dotdotdot' ke .... ha..mau golap maso dopan den! Disebabkan takut punya pasal, malam tu memang aku tak leh tido langsung walau seminit pun . Ingat nak tido dalam kereta tapi disebabkan tak tahan panas dok dalam kereta lelama terpaksa la aku pindah dok dalam rumah balik. Nasib baik le aku tak jumpa menatang tu lagi walaupun dekat seminggu tu aku tak leh tido lena.

Yang paling expert bab melawan menatang ni, atuk aku la. Masa aku dok kat kampung waktu kecik2 dulu, kemain banyak menatang ni dan cara dia bunuh menatang ni pun agak unik sikit. Kalau jumpa menatang ni, memula dia akan berdiri depan ular tu. Pastu dia akan 'bersembang' dulu . Cam gini le dia selalu cakap "kalau kamu bukan ular kamu pegi le dari sini dan jangan kacau anak cucu aku tapi kalau aku memang ular, kamu dok le situ". Aku rasa la kan, atuk aku buat macam ni sebab dia tak mo bunuh 'makhluk halus' yang cuba menyamar jadik ular. Kalau ular tu masih 'stay' kat sini, atuk aku pun akan amik kain batik yang basah dan bentangkan atas badan ular tu. Tujuan dia buat cam tu ialah untuk menambah beban atas kepala ular tu supaya ular tu tak leh naikkan tedungnya bila dia marah. Tapi taktik ni kejap je menjadiknya, pas tu kena la cepat2 pukul ular tu ngan kayu ke, buluh ke, kalau dapat buluh kuning lagi le cantik.. tentu mengeletek ular tu. Bila mati je ular tu, dia terus tanam ulat tu dan baca ntah apa2 ayat yang sampai sekarang aku sendiri pun tak tau. Masa aku kecik dulu, kalau aku tanya mesti dia jawap "saja tunggu ular tu tido", muka dia pun macam nak taknak je kasi tau aku.

Selain dari bunuh, ada gak cara lain yang atuk penah ajar aku untuk halau ular atau apa2 je binatang buas lain termasuk le anjing. Ayat yang diajar tu senang dan pendek je tapi nak mempraktikkan nya yang susah sikit sebab ayat ni kena dibaca sambil kita 'bertentang mata' ngan menatang yang kita takut tu. Aku sendiri pun tak confident nak buat mulanya, tapi aku dah cuba praktikan masa aku gi zoo. Menjadik!! bila aku try pada sekor ular king cobra dalam zoo tu. Selalunya menatang buas tu akan beralah bila bertentang mata dan pegi meninggalkan kita tanpa perlu disergah. Nak tau ayat apa tu? Ala ni ayat yang korang mungkin selalu sebut dalam semayang. Kalau taktau..nanti dalam comment box esok aku kasitau, tu pun kalau ada yang berminat la.. nak belajar.

Monday, June 06, 2005

Misteri Keris Lama

Image hosted by Photobucket.com

Aku tak sangka keris lama yang selama ni tersimpan dalam rumah aku rupa-rupanya ada ceritanya yang tersendiri. Kata mak, waktu dia dan bapak mula2 kawin dulu, dorang menyewa sebuah rumah kat Gombak. Rumah tu terletak agak dekat dengan hutan dan boleh katakan jauh gak la kedudukannya dari rumah orang lain. Suatu malam lepas dah beberapa bulan dorang duduk kat rumah tu, bapak aku dapat suatu mimpi yang pelik. Dalam mimpi tu, ada sorang orang tua suruh bapak aku korek tanah kat tepi pokok betik tak jauh dari belakang rumah dorang dan tolong carikan barang yang dia simpan kat sana.

Kata mak, sebaik saja bapak bagitau pasal mimpi pelik dia tu, mak dah larang bapak jangan melayan sangat mimpi dia tu. Kata mak, mimpi tu cuma mainan tidur je dan tak perlu lah dipikirkan sangat. Bapak ikutkan je cakap mak, lagipun kawasan tempat yang orang tua cakap selalu dijadikan tempat mainan oleh budak2 kawasan perumahan tu. So kalau tempat tu ada benda ‘pelik’ gini tentu la budak2 tu dah jumpa dulu. Bila tiba waktu malam berikutnya, sekali lagi bapak bermimpi, kali ni mimpi tu cukup menakutkan. Orang tua yang bapak aku mimpikan semalam, betul2 marah sebab bapak aku tak ikut cakap dia. Dia kata kalau bapak aku tak ikut cakap dia nanti dia akan menganggu hidup bapak aku sekeluarga. Kali ni bapak aku betul2 serba-salah. Terutama sekali bila memikirkan keadaan mak yang kebetulan tengah sarat mengandungkan aku waktu tu. Nampaknya nak atau tak, dia terpaksa juga dia menurut kehendak orang tua dalam mimpi tu.

Esoknya lepas balik keje, bapak aku terus bergegas mencari cangkul dan menuju tempat yang diceritakan oleh orang tua dalam mimpi dia tu. Jenuh gak bapak aku menyangkul sekitar pokok betik tu tapi nampaknya usaha dia macam sia-sia je. Mulanya dia dah terpikir nak balik rumah je tapi bila mengenangkan kata-kata orang tua dalam mimpi dia tu, terpaksalah dia batalkan je niatnya. Tiba2 entah macam mana, bila hari dah masuk waktu maghrib, dia terasa ada suatu bunyi yang pelik sewaktu dia tengah menyangkul. Bila dia berhenti dan tengok betul2 tanah tempat dia menyangkul tu, ada satu keris lama yang panjangnya cuma sejengkal tertanam disitu.

Uzur benar nampaknya keris tu siap berkarat lagi sana-sini. Dah tu takde hulu dan sarung pulak tu. Suka betul bapak aku masa tu, maklum le dah terjumpa barang antik macam tu. Memandangkan hari dah bertambang gelap, dia terus bawak balik keris tu dan menyimpannya kat dalam almari baju. Sikit pun dia tak bagitau mak aku pasal keris tu sebab dia tau mak tentu takkan setuju dengan tindakan dia mencari benda tu. Malam tu sekali lagi bapak aku didatangi mimpi dan kali ni orang tua tu menyuruh dia mengasapkan keris tu dengan kemenyan sambil berselawat beberapa kali. Pesan orang tua tu, amalan ni perlu dibuat setiap malam Jumaat.

Besoknya, bila terkenangkan syarat2 yang diberitahu oleh orang tua tu, bapak aku mula menyedari yang dia tak boleh simpan lama2 tentang rahsia keris tu. Mak aku lah orang pertama yang diberitahu tentang rahsia keris itu dan bermula dari hari tu, setiap malam Jumaat, dah menjadi rutin bapak aku untuk mengasapkan keris tu.

Disebabkan kesibukannya berkerja, lama-kelamaan amalan itu mula ditinggalkannya. Aku pun dah berumur dua tahun waktu tu. Suatu hari masa bapak aku takda kat rumah, ada satu kejadian yang pelik berlaku dalam hidup keluarga aku. Sewaktu mak aku tengah keluar dari bilik mandi, dia terpandang ada orang tua yang sedang berdiri tercegat kat pintu dapur rumah aku. Katanya, orang tua tu yang kelihatan berpakaian sepeti pendekar melayu zaman dahulukala dan orang tua tu memandang mak aku dengan perasaan marah yang amat sangat. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri dia dan aku yang waktu tu masih kecik lagi, mak aku cepat2 menyambar tangan aku dan lari masuk bilik tidur serta menguncinya dari dalam. Kata mak, dia menangis ketakutan sewaktu menyembunyikan diri dengan aku dalam bilik tu. Setelah beberapa lama duduk dalam bilik tidur dan pasti orang tua tu dah takda lagi, mak pun mula memberanikan diri keluar dari bilik tidur.

Bila bapak aku dah balik, mak terus ceritakan tentang kejadian tu. Macam-macam perasaan yang menghantui fikiran bapak aku setelah mengetahui peristiwa yang tak diingini tu. Mendengarkan cerita mak, bapak tau, ini semua tentu ada kaitan dengan keris lama tu kerana dia sudah lama tidak melakukan amalan yang sepatutnya dia lakukan. Baginya orang tua yang datang ke rumah kami tu, mungkin orang yang sama yang datang dalam mimpinya dan kedatangannya iitu mungkin untuk memberi amaran kepada keluarga kami. Agak lama fikirannya berkecamuk memikirkan kejadian itu dan akhirnya dia membuat keputusan untuk membawa keris tu pulang ke kampung. Sampai di kampung, atuk nasihatkan dia supaya berjaga2 kerana keris tu sebenarnya ada penunggunya. Sedikit sebanyak, timbul rasa menyesal di hati bapak kerana menyimpan’benda’ yang boleh menggangu keselamatan keluarganya. Menurut datuk lagi, beberapa amalan tertentu perlu dibuat supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini yang mungkin mendatangkan bencana pada kami sekeluarga. Ada beberapa ayat quran tertentu yang perlu dibaca dan keris tu mestilah dibalut dengan kain kuning yang dijampi khas, sepanjang ia berada dibawah jagaan bapak aku. Mendengarkan syarat2 yang dinyatakan atuk aku tu tak lah seberat mana, maka bapak aku pun sanggup menunaikannya dan meneruskan hasrat untuk menyimpan keris lama tu. Semenjak dari hari tu keluarga kami pun tidak diganggu lagi dan keris tu tersimpan dengan baik dibawah jagaan bapak aku.

Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, aku pun dah meningkat dewasa. Namun sejarah keris tu terus menjadi rahsia dalam keluarga aku. Malah aku sendiri pun tak pernah tahu tentang kewujudan keris misteri tu hinggalah pada satu hari aku terjumpa bungkusan pelik berwarna kuning masa nak mencari ubat bapak aku dalam almari dia. Terkejut betul bila aku bukak bungkusan tu dan dapati ada tersimpan satu keris lama didalamnya. Meremang bulu roma aku ketika mula menyentuh keris tu dan tambah menghairankan aku, keris tu seolah-olah berbau hanyir macam darah serta kain kuning yang menyelimuti keris tu seolah-olah ada tompok2 yang menyerupai darah. Pelik sugguh aku bila membelek keris tapi timbul plak rasa minat untuk menyimpannya. Rasa bangga mula terbit dalam hati aku sebab cerita2 tentang keajaiban barang2 lama ni selalu aku terbaca dalam majalah. Tentu keris ni berharga, kalau takkan la bapak menyembunyikannya dari pengetahuan aku. “Mungkin keris sakti kot nih?. Baik aku simpan mana le tau, aku dapat tengok sendiri keajaiban yang ada pada keris nih” begitulah bisik hati aku yang nakal ni tanpa mengetahui sejarah hitam yang pernah menghantui keluarga aku dan bencana yang sudah sedia menantiku.

Lepas kemas2 kan balik almari bapak aku supaya tak menampakkan sangat ada ‘benda’ yang dah hilang, keris lama tu pun terus je aku ambik dan letakkan dalam laci bilik aku. Bila hari dah hampir larut malam dan orang lain semua dah tido, aku pun memulakan ‘operasi’ dengan keris tu. Terasa semacam ada semangat yang cukup ganjil bila kali pertama aku memegang keris tu. Terasa seolah-olah aku dibawa ke satu alam lain yang tak pernah aku lalui selama ini. Meremang bulu roma aku dan dalam masa yang sama entah kenapa aku mula rasa marah pada sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa dia.. Dalam keadaan separuh sedar waktu tu, tiba2 tangan aku mula membuka bunga2 silat yang sebelum ni tak pernah aku pelajari selama ni. Sukar untuk aku diceritakan apa sebenarnya yang terjadi waktu tu. Cuma yang pasti lama-kelamaan aku dah hilang kawalan dan mula tak ingat apa-apa. Mungkinkah ini tandanya aku dah dirasuk makhluk halus seperti yang selalu terjadi pada orang kena hysteria? Lepas pada tu aku tak ingat dan tak tau apa lagi yang terjadi masa tu. Sedar2 je esoknya hari dah nak masuk tengahari, satu tingkap rumah aku dah pecah sampai serpihan kaca bertaburan atas lantai dan kaki aku pulak rasa pedih dah berdarah. Bila tengok je keadaan bilik aku dah berselerak macam tu, aku terus kemaskan bilik aku dan keris tu cepat-cepat aku sorok kan kat dalam laci almari aku.

Bila aku nak gi bilik air, mak aku tanya kenapa ada bunyi suara aku macam meracau dan bersilat je dalam bilik aku pastu ada lak bunyi kaca pecah. Jenuh dia dan bapak aku terjerit-jerit panggil nama aku tapi aku tak jawap apa-apa dan pintu bilik aku terkunci lak dari dalam. Belum habis dorang bercerita, lekas je aku mencelah “alah.. takda apa-apa mak tak yah le risau” untuk menyembunyikan segala peristiwa misteri yang terjadi pada aku semalam. Mak aku mula menunjukkan rasa tak puas hati dengan jawapan aku dan bapak aku lak mula menjeling tajam pada aku seolah-olah mensyaki aku cuba menyembunyikan sesuatu. “Tak kan la dia dah tahu aku dah ambik keris tu?” kata hati aku yang mula resah dangan jelingannya itu dan terus cepat2 beredar dari situ. Lepas pakai baju untuk keluar rumah jap, aku sempat memeriksa dan memastikan keris tu tersorok dengan baik di tempatnya.

Balik je ke rumah, keris tu la yang mula2 aku jenguk dulu. Lega rasanya melihatkan dia masih berada ditempatnya. Risau aku kalau2 bapak aku dapat menghidu kehilangan keris dia ni. Malam tu, aku belek2 lagi keris tu, rasa seronok betul bila aku tengok lama2 keris tu tanpa langsung aku sedari apa terjadi semalam. “Apalah agaknya sejarah keris ni? Mungkinkah keris ni milik seorang pahlawan terkenal Melayu dahulukala?” bisik hatiku sambil tersenyum sorang diri. Terselit rasa bangga dalam diri aku kalau lah betul2 dapat memiliki keris yang dahulunya dimiliki pahlawan Melayu. Hari sudah larut malam dan mata aku mula rasa mengantuk. So aku pun tido atas katil dan keris tu aku selit kan bawah bantal aku. Bila dah tutup semua lampu, yang peliknya entah kenapa mata aku tak pulak mengantuk walaupun sebelum aku dah menguap-guap. Aku mula pejam2 mata dan paksakan jugak mata aku ni tido.

Masa aku tengah dok terkebil-kebil baru cuba nak tido, alangkah terkejutnya aku, bila perasan ada susuk tubuh manusia yang berpakaian dan bertanjak macam seorang pendekar Melayu lama berdiri tercegat betul-betul di hujung katil aku. Ganjil sungguh cara dia pakaian dan tak mungkin ada lagi pakaian macam tu zaman sekarang ni Tergamam betul aku masa tu bila melihat ‘tetamu yang tak diundang itu’. Dari cahaya kelam lampu jalan yang menerangi bilik aku waktu tu, aku dapat melihat dengan jelas mata dan mukanya yang seolah-olah menahan marah yang meluap-luap pada aku. Dia menghulurkan tangannya pada aku seolah-olah meminta aku memulangkan sesuatu yang menjadi miliknya. Disaat itu aku mula terpikirkan tentang keris lama yang aku selitkan kat bawah bantal tadi. Aku cuba menjerit dan bangun dari katil tapi perasaan takut yang menguasai aku waktu membuatkan badan aku tak langsung mampu untuk bergerak dan mulut aku juga tak mampu untuk bersuara. Aku terkaku tanpa dapat melakukan apa-apa!. Lembaga tadi tu terus bergerak dan cuba menerkam ke arah aku. Waktu begini aku cuma dapat memejamkan mata kerana aku tak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi seterusnya.

Terasa tangan kasarnya menyentuh tubuh aku, dan dengan suara sungguh kasar, lembaga tu menyergah “Bangun Zani! Bangun! kamu tak keje ke hari ni?? Dah pukul 8 dah ni”…...Huh??? Eh ni macam suara mak aku je?? Lor baru aku tau rupanya aku cume bermimpi je …hek eleh!!!!! Sorry le kawan-kawan, buat penat je korang baca entry aku hari ni…..hihihi..

Saturday, June 04, 2005

Aku & Blog - Part III

Tak sangka tul sejak Sempoi buat promotion untuk blog aku sempena dengan kedatangan musim 'Berkhatan Beramai-ramai Waktu Cuti Sekolah' ni, kemain banyak new visitors datang ke blog aku. Selamat datang aku ucapkan pada orang2 baru yang tak penah jenguk blog aku.

Untuk pengetahuan korang, sebenarnya ada satu lagi blog yang seakan sama namanya dengan blog aku. Kalau URL blog aku
http://my-orange...... blog mamat yang sorang lagi tu pun nama dia macam tu gak. Tapi sebelum aku bagitau nama blog yang satu lagi tu, biarlah le aku sexplain sikit kat korang dulu, yang aku dan tuan punya blog lagi satu tu, takda kaitan langsung samada bau2 bacang mahupun bau2 kentut. Blog dia tu dia lain sikit pesennya sebab dia jenis 2 alam nyer manusia dan aku plak tak macam tu. Jangan le korang salah anggap plak, aku dan dia ...tak sama. Aku terpaksa citerkan pasal persamaan nama blog ni sebab ada orang yang dah confused dan dia ingat kami ni orang yang sama....eee...

Ok la dah le tu citer pasal blog mamat tu. Biarlah dia ngan dunianya. Walaupun aku sedikit kagum ngan ke'terror'an dia buat blog tapi tak semestinya aku nak ikut jadik macam dia....hish..hish. Aku tengok ramai gak diantara korang yang kreatif bila buat blog..terutama tang banner yang korang selalu letak kat atas blog tu. Cantik je aku rasa. Ada gak la yang blognya walaupun simple tapi cukup menarik dan kemas. Contohnya macam
blog sempoi walaupun memang sempoi dengan hanya berbekalkan background kain batik jawa yang selalu orang buat untuk selimutkan jenazah tu ***erk..habis le aku ni kang!!**.. tapi blog dia nampak classic dan tenang je bila dibaca. Tak macam blog aku, yang aku rasakan kosong macam padang jarak padang tekukur. Maklumlah la masa buat blog ni dulu aku cuma spend masa 2 jam je ngadap pc. Kejap je kan??? Alah apa susahnya, sebelum buat blog ni, aku dah copy siap-siap orang lain nyer 'coding' yang aku dapat dari blog dorang, pastu aku paste je la kat blog aku....opsss...terpecah lobang lak....***tekop mulut**




Friday, June 03, 2005

Ex-boss aku




Image hosted by Photobucket.com


Tentu korang heran pasal lak ada gambar Mat Salleh dalam blog aku ni...tul dak? Actually ni le bekas boss aku, John Donaldson... yang baru je meninggal. Yup! ...meninggalkan department aku February lalu setelah di transfer ke negara asal dia, UK. Aku buat entry pasal dia sebab aku rasa aku patut menghargai segala jasa dia yang pernah offer aku keje kat tempat keje aku sekarang ni.
Selain dari tu, aku rasa sepanjang hidup aku, dia le satu2 boss yang paling best di dunia. Open minded, sporting, blablabla... ntah apa2 lagi ntah semuanya ada pada dia. Mana tak bestnya, just imagine, dia boleh pesan kat aku dan colleague aku yang supaya jangan keje kuat2, jangan selalu stay-back kat opis dan hidup ni kena banyak kan berehat. Tak ke gila tu??? Mana nak dapat boss cam ni dalam dunia?? Tu belum lagi time dia tengok expenses claim aku, yang pada dia kalau luar biasa sikitnya... siap dia leh suruh adjust kasi up sikit. Aku??? Uish kena le ikut cakap boss... takkan nak durhaka lak..... especially kalau bab easy money cam ni...ish takkan aku nak menolak rezeki lak...hehe.
Tapi aku rasa dia buat cam tu pada aku dan colleague aku mungkin ada sebabnya. Yang paling nyata, kami department IT keje kekadang tu keje tak ikut jam terutama pada zaman kesultanan dia. Weekend, public holiday, kekadang tu takda sebarang makna pada kami. Bukan apa, kat opis aku ni segala tok-nenek system yang ada disini semuanya di'operate' dari HQ kat Houston sana. Kekadang kalau dorang sana nak buat meeting ke, maintenance ke, sesuka mak bapak dia je suruh aku dan team aku stay-back. Dorang tu tak pikirkan langsung perbezaan time-zone antara Asia-US. Bukan kejap weh.. 13 jam kita berbeza waktu dengan US tu. Memandangkan dorang kat sana tu kebanyakannya boss2 besar, so terpaksa le kami disini mem'peon'kan diri dan mengangguk-angguk je .. ikut je la amenda yang HQ aku tu nak. Walaupun dalam hati meluap-luap rasa nak maki. Kekadang tu aku rasa beruk yang keje panjat kelapa jauh lebih baik nasibnya dari aku.
Sometime aku tak leh tahan gak keadaan keje cam ni dan ada gak la beberapa kali aku hantar email yang dilengkapi peluru berpandu pada boss aku ni sebagai membantah arahan keje yang dia bagi. Tapi boss aku ni rileks je, walaupun kekadang keadaan agak tegang. Nasib baik dia ni jenis manusia yang tak menyimpan dendam dan agak mudah terima pendapat orang. Aku tanya korang.. kalau korang bertekak ngan boss selalunya apa yang kesudahannya? Tentu ending yang tak bestkan! Tapi boss aku ni lain sikit, dia leh siap belanja makan lak aku ngan team aku tiapkali ada isu hangat diantara kami. Pelikkan! Tu le aku dulu pun rasa cam tu ... tapi lelama baru aku paham napa dia buat cam tu. Rupanya dia mahukan wujudkan teamwork yang baik diantara kami, yelah nanti kalau orang2 bawahan dia buat spoil, dia gak yang tak leh naik pangkat... pandai auta tul boss aku ni. Tak kisah le apa pun prinsip hidup dia, yang penting perut aku kenyang dan gambar ni pun memang diambil waktu tengah lunch kat Mandarin Hotel KLCC. Ntah apa nama mencarut restoran cina dalam tu..aku pun dah tak ingat dah. Mahal je lebih, dah tu tak sedap langsung.
Satu lagi, aku tengok boss aku ni mirip atuk aku...tang gigi la ..bukan tang muka. Kekadang waktu ada discussion ngan dia, aku selalu terlupa apa yang dia cakap dek kerana leka sangat tengok gigi dia yang macam gigi atuk aku tu. Hahaha.. sian tul dia selalu kena ulang balik amenda yang dia cakap bila aku tak concentrate masa discussion. Ada gak aku terpikir "Dia ni kalau pakai kopiah, sah2 memang macam atuk aku". Pastu mulalah aku teringat balik kehidupan aku kat kampung masa kecik2 dulu. Sudahnya bila dia perasan dan tegur aku...mula la aku mengelabah... adeh.!!!
Anyway sekarang boss aku ni dah takda tapi aku betul2 enjoy keje bawah dia dulu. Memang pemikiran Mat Saleh ni jauh berbeza dari kita.

Thursday, June 02, 2005

Aku & Blog - Part II

Aku sebenarnya tak penah terpikir pun untuk memiliki suatu website yang bernama blog ni. Walaupun aku memang graduate bidang IT yang dulunya sentiasa dikelilingi segala macam 'barang lembik' (software) dan 'barang keras' (hardware), tapi semua tu sikit pun tak pernah menyemarakkan semangat aku untuk gi jauh dalam bidang yang aku study ni. Ntah la terasa malas je rasanya nak explore benda-benda baru...cam memeningkan je aku rasa.
Tapi semua tu sekarang dah berubah, sejak aku mula mengenali dunia blog ni. Aku tertarik tengok blog orang lain. Kagum betul aku bila tengok macam2 benda dorang letak dalam blog dorang. Tak macam aku yang pemalas nak try benda-benda baru walaupun dah memang study dalam bidang IT. Dek kerana terlalu excited sangat nengok blog orang, so akhirnya aku pun cuba gak la buat blog sendiri. Nak tengok gak ada lagi ke skill IT aku yang dah lama aku tinggalkan ni. Tak sangka bakat berkarat aku ni...masih ada lagi.
Kawan cyber? sejak terjebak dalam kancah blog-memblog ni, tak banyak ngat kawan yang aku dapat (malah boleh dikatakan takde sorang kawan pun aku dapat) Sebabnya aku tak pandai nak meramahkan diri nak tegur-tegur orang. Tapi aku tak kisah kalau takde kawan sebab memang dah perangai aku, aku lebih suka hidup menyendiri macam ni...jauh dari orang lain. Pun begitu melalui blog .. aku cuba menembusi 'dinding' yang aku bina selama ni. Sebab tu lah nama blog aku 'The Other Side of Mokhzani' . Nama yang aku pilih sebagai tema, yang aku harapkan dapat mengubah segala pendirian dan pandangan aku terhadap kehidupan.
Dengan blog ini aku cuba mengambil sikap yang sama sekali berlawanan dengan sikap sebenar aku. Aku cuba berkomunikasi dengan bercerita tentang cerita2 yang aku rasa menarik untuk dikongsi bersama kawan2 baru aku. Dan dengan blog ini juga aku cuba luahkan rasa hati dan perasaan yang terbuku dalam hati, yang sebenarnya takkan aku kongsi dengan sesiapa dalam kehidupan sebenar aku. Hanya melalui blog akan aku singkap segala rahsia hidup aku! Moga yang baik dapat kita sama-sama kita jadikan teladan dan yang sebaliknya dapat kita sama-sama jadikan sempadan kerana langit takkan selalunya cerah.
P/S: Entry ini aku buat khas untuk Sempoii yang sudi membuat promosi sempena Perayaan Cuti Sekolah untuk blog aku ni. Tima kasih Sempoi...oooh lihat duniaaa....hek!hek!hek!...***menangis sambil buat aksi pegang trofi*** .. Untuk membalas jasa ko Sempoii , AAA MALI MALI ALIK-ALIK. INCE-INCE, LATUK-LATUK, ABANG-ABANG, KASI CLICK Sempoii PUNYA BLOG. ALA HANTU PUNYA CELITA, JALAN-JALAN PUNYA CELITA, KASI TENGOK DULU...ALIK, INCE, LATUK, ABANG.... AAA MALI-MALI ... ANGKAT 1 LAPAT FREE 10...

Wednesday, June 01, 2005

Masa kecik-kecik

Adeh! busy giler aku hari ni...keje keje keje... sampai bebila pun tak habis. Kekadang tu aku terpikir gak keje aku ni, gamaknya sama le macam buat keje kira bulu beruang sebab keje aku ni takkan siap sampai bebila. Baru nak buat yang itu, dah lak datang yang ini..mak aih..macam ni bila nak habis?. Tu belum kira kalau aku terpaksa gi outstation atau bercuti ke..lagi le bertimbun keje aku atas meja ni. Kalau korang nak tau, kat opis aku ni, senang je kalau korang nak cam meja aku. Cari le sapa yang mejanya cam tongkang pecah, ha tu meja aku le tu. Sah la memang tak dapat dinafikan lagi. Kalau le aku boleh kembali ke zaman budak-budak dulu kan best! Main sana main sini.....tak yah nak pikir soal keje yang sentiasa berlambak-lambak.
Cerita pasal zaman budak-budak dulu, aku suka membayangkan kehidupan aku kat kampung, rumah atuk aku le tu. Lama betul aku dibesarkan kat sana, sejak dari lahir sampai le nak masuk sekolah. Sayang tul atuk kat aku sampai mak aku cakap, atuk aku dulu siap menangis le bila mak bawak aku balik ke Kuala Lumpur. Memang masa aku kecik2 dulu aku manja ngan atuk. Tapi kalau aku buat jahat, rotan tu tetap kena gak, terutama time ngaji... Confirm la akan berbirat tangan atau paha aku..adeh! Pun begitu aku tetap sayangkan atuk aku sebab kalau dia bawak aku gi pekan, mesti dia akan belikan macam-macam untuk aku. Tapi yang tak bestnya kalau dia bawak aku gi gunting rambut, alahai balik dari kedai gunting rambut tu terus berambut komando le aku....waaaaaa! Sampai aku sekolah darjah lima pun, dia suka bawak aku gi gunting rambut ngan pesen yang aku tak suka tu. Tensen tul, habis hilang kehenseman aku dibuatnya. Habis lari semua secret admire aku kat sekolah dulu...(banyak woo secret admire aku masa seolah rendah dulu....hehe). Sampai sekarang aku tak leh lupakan orang tua yang selalu men'komando'kan rambut kebanggaan aku ni.
Tapikan masa kecik2 ada satu hobi yang aku selalu buat masa kat kampung, yang tak penah aku citerkan kat orang selama ni. Dulu atuk tu ada simpan senapang patah kat bilik tidur dia. Selalu la aku tengok dia gunakan senapang tu untuk tembak tupai, biawak dan memacam lagi le menatang yang ada kat kampung aku tu. Kuat woo bunyi senapang tu ... bukannya Peng! Peng! cam dalam citer polis yang sungguh bersopan santun dalam drama Gerak Khas tuh. Start dari situ, aku admire sungguh senapang tu. Kalau atuk aku takda kat umah, mesti aku akan pegi bilik dia dan main2 ngan senapang tu. Aku tau atuk selalu letak senapang tu kat bawah tilam. Excited betul aku kalau dapat pegang senapang tu. Bukan setakat pegang je... kekadang siap masukkan sekali peluru penabur dalam senapang tu. Pas tu kemain eksyen depan cermin buat2 cam askar dalam citer perang yang selalu aku nengok dalam TV. Nasib baik le waktu tu aku tak bodoh sangat nak tarik trigger senapang tu kalau tak dah tentu ada yang mati kena tembak.
Tak habis lagi ngan senapang tu, aku leh plak bukak peluru penabur tu sebab nak tengok benda kat dalam dia. Menarik nampaknya peluru tu sebab badan dia dibuat daripada plastik, pastu ada penutup besi di atasnya. Ooo rupanya dalam peluru tu ada benda biji-biji kecik .. cam biji sawi. Tambah excited le aku waktu tu, siap aku leh curi lagi satu peluru hidup pastu bila balik KL, aku siap tunjuk kat kawan-kawan sekolah. "Tengok ni aku ada peluru senapang... canggihhh" tu le ayat aku pada kawan2. Bangga gile aku waktu tu bila tengok kawan2 aku kagum ngan peluru yang aku bawak tu. Gila tul! kalau le peluru tu kena panas ke, terjatuh ke, tak pepasal je dia leh meletup!. Lama gak la peluru tu ada dalam simpanan aku, tapi bila dah lama kelamaan aku sendiri pun dah tak ingat kat mana aku simpan peluru tu.
Aku cuma terpikir citer kan balik bab senapang tu sebab bila senapang arwah atuk aku tu nak dibuat harta pusaka (yang sepatutnya diturun dan didaftarkan atas nama pak sedara aku). Dia sibuk merungut apsal le senapang tu dah rosak padahal dah lama tak gunakan! Kalau le dia tau sapa punya keje tuh....hehehehe...
P/S: Citer pasal ngorat tu nampak gaya kena postpone dulu la...produser dah tak cukup budget nak menerbitkan citer tuh.