Monday, June 06, 2005

Misteri Keris Lama

Image hosted by Photobucket.com

Aku tak sangka keris lama yang selama ni tersimpan dalam rumah aku rupa-rupanya ada ceritanya yang tersendiri. Kata mak, waktu dia dan bapak mula2 kawin dulu, dorang menyewa sebuah rumah kat Gombak. Rumah tu terletak agak dekat dengan hutan dan boleh katakan jauh gak la kedudukannya dari rumah orang lain. Suatu malam lepas dah beberapa bulan dorang duduk kat rumah tu, bapak aku dapat suatu mimpi yang pelik. Dalam mimpi tu, ada sorang orang tua suruh bapak aku korek tanah kat tepi pokok betik tak jauh dari belakang rumah dorang dan tolong carikan barang yang dia simpan kat sana.

Kata mak, sebaik saja bapak bagitau pasal mimpi pelik dia tu, mak dah larang bapak jangan melayan sangat mimpi dia tu. Kata mak, mimpi tu cuma mainan tidur je dan tak perlu lah dipikirkan sangat. Bapak ikutkan je cakap mak, lagipun kawasan tempat yang orang tua cakap selalu dijadikan tempat mainan oleh budak2 kawasan perumahan tu. So kalau tempat tu ada benda ‘pelik’ gini tentu la budak2 tu dah jumpa dulu. Bila tiba waktu malam berikutnya, sekali lagi bapak bermimpi, kali ni mimpi tu cukup menakutkan. Orang tua yang bapak aku mimpikan semalam, betul2 marah sebab bapak aku tak ikut cakap dia. Dia kata kalau bapak aku tak ikut cakap dia nanti dia akan menganggu hidup bapak aku sekeluarga. Kali ni bapak aku betul2 serba-salah. Terutama sekali bila memikirkan keadaan mak yang kebetulan tengah sarat mengandungkan aku waktu tu. Nampaknya nak atau tak, dia terpaksa juga dia menurut kehendak orang tua dalam mimpi tu.

Esoknya lepas balik keje, bapak aku terus bergegas mencari cangkul dan menuju tempat yang diceritakan oleh orang tua dalam mimpi dia tu. Jenuh gak bapak aku menyangkul sekitar pokok betik tu tapi nampaknya usaha dia macam sia-sia je. Mulanya dia dah terpikir nak balik rumah je tapi bila mengenangkan kata-kata orang tua dalam mimpi dia tu, terpaksalah dia batalkan je niatnya. Tiba2 entah macam mana, bila hari dah masuk waktu maghrib, dia terasa ada suatu bunyi yang pelik sewaktu dia tengah menyangkul. Bila dia berhenti dan tengok betul2 tanah tempat dia menyangkul tu, ada satu keris lama yang panjangnya cuma sejengkal tertanam disitu.

Uzur benar nampaknya keris tu siap berkarat lagi sana-sini. Dah tu takde hulu dan sarung pulak tu. Suka betul bapak aku masa tu, maklum le dah terjumpa barang antik macam tu. Memandangkan hari dah bertambang gelap, dia terus bawak balik keris tu dan menyimpannya kat dalam almari baju. Sikit pun dia tak bagitau mak aku pasal keris tu sebab dia tau mak tentu takkan setuju dengan tindakan dia mencari benda tu. Malam tu sekali lagi bapak aku didatangi mimpi dan kali ni orang tua tu menyuruh dia mengasapkan keris tu dengan kemenyan sambil berselawat beberapa kali. Pesan orang tua tu, amalan ni perlu dibuat setiap malam Jumaat.

Besoknya, bila terkenangkan syarat2 yang diberitahu oleh orang tua tu, bapak aku mula menyedari yang dia tak boleh simpan lama2 tentang rahsia keris tu. Mak aku lah orang pertama yang diberitahu tentang rahsia keris itu dan bermula dari hari tu, setiap malam Jumaat, dah menjadi rutin bapak aku untuk mengasapkan keris tu.

Disebabkan kesibukannya berkerja, lama-kelamaan amalan itu mula ditinggalkannya. Aku pun dah berumur dua tahun waktu tu. Suatu hari masa bapak aku takda kat rumah, ada satu kejadian yang pelik berlaku dalam hidup keluarga aku. Sewaktu mak aku tengah keluar dari bilik mandi, dia terpandang ada orang tua yang sedang berdiri tercegat kat pintu dapur rumah aku. Katanya, orang tua tu yang kelihatan berpakaian sepeti pendekar melayu zaman dahulukala dan orang tua tu memandang mak aku dengan perasaan marah yang amat sangat. Oleh kerana bimbangkan keselamatan diri dia dan aku yang waktu tu masih kecik lagi, mak aku cepat2 menyambar tangan aku dan lari masuk bilik tidur serta menguncinya dari dalam. Kata mak, dia menangis ketakutan sewaktu menyembunyikan diri dengan aku dalam bilik tu. Setelah beberapa lama duduk dalam bilik tidur dan pasti orang tua tu dah takda lagi, mak pun mula memberanikan diri keluar dari bilik tidur.

Bila bapak aku dah balik, mak terus ceritakan tentang kejadian tu. Macam-macam perasaan yang menghantui fikiran bapak aku setelah mengetahui peristiwa yang tak diingini tu. Mendengarkan cerita mak, bapak tau, ini semua tentu ada kaitan dengan keris lama tu kerana dia sudah lama tidak melakukan amalan yang sepatutnya dia lakukan. Baginya orang tua yang datang ke rumah kami tu, mungkin orang yang sama yang datang dalam mimpinya dan kedatangannya iitu mungkin untuk memberi amaran kepada keluarga kami. Agak lama fikirannya berkecamuk memikirkan kejadian itu dan akhirnya dia membuat keputusan untuk membawa keris tu pulang ke kampung. Sampai di kampung, atuk nasihatkan dia supaya berjaga2 kerana keris tu sebenarnya ada penunggunya. Sedikit sebanyak, timbul rasa menyesal di hati bapak kerana menyimpan’benda’ yang boleh menggangu keselamatan keluarganya. Menurut datuk lagi, beberapa amalan tertentu perlu dibuat supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diingini yang mungkin mendatangkan bencana pada kami sekeluarga. Ada beberapa ayat quran tertentu yang perlu dibaca dan keris tu mestilah dibalut dengan kain kuning yang dijampi khas, sepanjang ia berada dibawah jagaan bapak aku. Mendengarkan syarat2 yang dinyatakan atuk aku tu tak lah seberat mana, maka bapak aku pun sanggup menunaikannya dan meneruskan hasrat untuk menyimpan keris lama tu. Semenjak dari hari tu keluarga kami pun tidak diganggu lagi dan keris tu tersimpan dengan baik dibawah jagaan bapak aku.

Tahun berganti tahun dan bulan berganti bulan, aku pun dah meningkat dewasa. Namun sejarah keris tu terus menjadi rahsia dalam keluarga aku. Malah aku sendiri pun tak pernah tahu tentang kewujudan keris misteri tu hinggalah pada satu hari aku terjumpa bungkusan pelik berwarna kuning masa nak mencari ubat bapak aku dalam almari dia. Terkejut betul bila aku bukak bungkusan tu dan dapati ada tersimpan satu keris lama didalamnya. Meremang bulu roma aku ketika mula menyentuh keris tu dan tambah menghairankan aku, keris tu seolah-olah berbau hanyir macam darah serta kain kuning yang menyelimuti keris tu seolah-olah ada tompok2 yang menyerupai darah. Pelik sugguh aku bila membelek keris tapi timbul plak rasa minat untuk menyimpannya. Rasa bangga mula terbit dalam hati aku sebab cerita2 tentang keajaiban barang2 lama ni selalu aku terbaca dalam majalah. Tentu keris ni berharga, kalau takkan la bapak menyembunyikannya dari pengetahuan aku. “Mungkin keris sakti kot nih?. Baik aku simpan mana le tau, aku dapat tengok sendiri keajaiban yang ada pada keris nih” begitulah bisik hati aku yang nakal ni tanpa mengetahui sejarah hitam yang pernah menghantui keluarga aku dan bencana yang sudah sedia menantiku.

Lepas kemas2 kan balik almari bapak aku supaya tak menampakkan sangat ada ‘benda’ yang dah hilang, keris lama tu pun terus je aku ambik dan letakkan dalam laci bilik aku. Bila hari dah hampir larut malam dan orang lain semua dah tido, aku pun memulakan ‘operasi’ dengan keris tu. Terasa semacam ada semangat yang cukup ganjil bila kali pertama aku memegang keris tu. Terasa seolah-olah aku dibawa ke satu alam lain yang tak pernah aku lalui selama ini. Meremang bulu roma aku dan dalam masa yang sama entah kenapa aku mula rasa marah pada sesuatu yang aku sendiri tak pasti apa dia.. Dalam keadaan separuh sedar waktu tu, tiba2 tangan aku mula membuka bunga2 silat yang sebelum ni tak pernah aku pelajari selama ni. Sukar untuk aku diceritakan apa sebenarnya yang terjadi waktu tu. Cuma yang pasti lama-kelamaan aku dah hilang kawalan dan mula tak ingat apa-apa. Mungkinkah ini tandanya aku dah dirasuk makhluk halus seperti yang selalu terjadi pada orang kena hysteria? Lepas pada tu aku tak ingat dan tak tau apa lagi yang terjadi masa tu. Sedar2 je esoknya hari dah nak masuk tengahari, satu tingkap rumah aku dah pecah sampai serpihan kaca bertaburan atas lantai dan kaki aku pulak rasa pedih dah berdarah. Bila tengok je keadaan bilik aku dah berselerak macam tu, aku terus kemaskan bilik aku dan keris tu cepat-cepat aku sorok kan kat dalam laci almari aku.

Bila aku nak gi bilik air, mak aku tanya kenapa ada bunyi suara aku macam meracau dan bersilat je dalam bilik aku pastu ada lak bunyi kaca pecah. Jenuh dia dan bapak aku terjerit-jerit panggil nama aku tapi aku tak jawap apa-apa dan pintu bilik aku terkunci lak dari dalam. Belum habis dorang bercerita, lekas je aku mencelah “alah.. takda apa-apa mak tak yah le risau” untuk menyembunyikan segala peristiwa misteri yang terjadi pada aku semalam. Mak aku mula menunjukkan rasa tak puas hati dengan jawapan aku dan bapak aku lak mula menjeling tajam pada aku seolah-olah mensyaki aku cuba menyembunyikan sesuatu. “Tak kan la dia dah tahu aku dah ambik keris tu?” kata hati aku yang mula resah dangan jelingannya itu dan terus cepat2 beredar dari situ. Lepas pakai baju untuk keluar rumah jap, aku sempat memeriksa dan memastikan keris tu tersorok dengan baik di tempatnya.

Balik je ke rumah, keris tu la yang mula2 aku jenguk dulu. Lega rasanya melihatkan dia masih berada ditempatnya. Risau aku kalau2 bapak aku dapat menghidu kehilangan keris dia ni. Malam tu, aku belek2 lagi keris tu, rasa seronok betul bila aku tengok lama2 keris tu tanpa langsung aku sedari apa terjadi semalam. “Apalah agaknya sejarah keris ni? Mungkinkah keris ni milik seorang pahlawan terkenal Melayu dahulukala?” bisik hatiku sambil tersenyum sorang diri. Terselit rasa bangga dalam diri aku kalau lah betul2 dapat memiliki keris yang dahulunya dimiliki pahlawan Melayu. Hari sudah larut malam dan mata aku mula rasa mengantuk. So aku pun tido atas katil dan keris tu aku selit kan bawah bantal aku. Bila dah tutup semua lampu, yang peliknya entah kenapa mata aku tak pulak mengantuk walaupun sebelum aku dah menguap-guap. Aku mula pejam2 mata dan paksakan jugak mata aku ni tido.

Masa aku tengah dok terkebil-kebil baru cuba nak tido, alangkah terkejutnya aku, bila perasan ada susuk tubuh manusia yang berpakaian dan bertanjak macam seorang pendekar Melayu lama berdiri tercegat betul-betul di hujung katil aku. Ganjil sungguh cara dia pakaian dan tak mungkin ada lagi pakaian macam tu zaman sekarang ni Tergamam betul aku masa tu bila melihat ‘tetamu yang tak diundang itu’. Dari cahaya kelam lampu jalan yang menerangi bilik aku waktu tu, aku dapat melihat dengan jelas mata dan mukanya yang seolah-olah menahan marah yang meluap-luap pada aku. Dia menghulurkan tangannya pada aku seolah-olah meminta aku memulangkan sesuatu yang menjadi miliknya. Disaat itu aku mula terpikirkan tentang keris lama yang aku selitkan kat bawah bantal tadi. Aku cuba menjerit dan bangun dari katil tapi perasaan takut yang menguasai aku waktu membuatkan badan aku tak langsung mampu untuk bergerak dan mulut aku juga tak mampu untuk bersuara. Aku terkaku tanpa dapat melakukan apa-apa!. Lembaga tadi tu terus bergerak dan cuba menerkam ke arah aku. Waktu begini aku cuma dapat memejamkan mata kerana aku tak sanggup membayangkan apa yang akan terjadi seterusnya.

Terasa tangan kasarnya menyentuh tubuh aku, dan dengan suara sungguh kasar, lembaga tu menyergah “Bangun Zani! Bangun! kamu tak keje ke hari ni?? Dah pukul 8 dah ni”…...Huh??? Eh ni macam suara mak aku je?? Lor baru aku tau rupanya aku cume bermimpi je …hek eleh!!!!! Sorry le kawan-kawan, buat penat je korang baca entry aku hari ni…..hihihi..