Monday, August 29, 2005

Mari belajar

Hari ni aku teringin nak berkongsi ilmu dengan korang semua. Walaupun aku tau benda yang aku nak ajar ni memang tak elok untuk dipraktikkan tapi at least korang boleh ambik langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan harta kesayangan korang hilang. Nak tau ilmu apa yang nak aku ajar? Iye kawan-kawan mari kita belajar CARA MENCURI KERETA!!!! Tapi sebelum tu kalau nak praktis pun buat le kat kereta sendiri, jangan lak cuba kat kereta orang, kang tak pasal-pasal korang kena tido dalam lokap lak.
Tau tak berapa lama nak bukak pintu dan mematikan alarm apa jua kereta buatan Malaysia seperti Perodua dan Proton yang tak dipasang alat-alat keselamatan tambahan atau dengan kata lain - 'standard'? Percaya tak kalau aku cakap... cuma 90 saat je! Caranya???
Memula amik pembaris panjang plastik yang biasa dijual ngan harga 30sen tu, pastu jolok pembaris tu kat tepi tingkap blah tempat duduk driver. Jolokkan pembaris tu betul-betul tepi tombol 'lock' pintu kereta sampai korang rasa pembaris tu dah terkena kat suatu 'benda' dalam pintu kereta. Pastu tekan kuat sikit dan mesti... korang boleh tengok tombol yang terkunci kat dalam tu akan naik dengan sendirinya. Senangkan?
Nak hidupkan enjin kereta?? Ooo tu mudah je... memula matikan alarm kereta dulu (alarm kereta yang dicuri tadi dah sah-sah akan berbunyi lepas pintu kereta korang dibukak). Caranya cari apa saja suis yang biasa terdapat kat bawah stereng atau dashboard kereta korang dan tekan suis tu untuk mematikan alarm kereta. Dah tu tarik segumpal wayar yang ada bawah stereng kereta tu. Pastu korang mesti akan nampak ditengah-tengah wayar tu ada satu plastik putih yang ada banyak skru atau besi di dalamnya. Tiga dari besi (dari susunan bawah) boleh menghidupkan enjin kereta kalau di sambung serentak (untuk kereta buatan perodua sahaja) . Tapi bebaik sikit sebab percikan api boleh keluar dari besi tu. Teruskan mencantum ketiga-tiga wayar tu sampai lah enjin kereta berbunyi.
Gear lock? Ooo kebanyakan tuan punya kereta kat Malaysia ni..dungu sikit bab nak mengunci gear kereta so takyah risau bab ni. Tapi kalau gear tu dah dilock masa untuk meng'hijack' kereta tu mungkin agak lama sikit dan bukan lagi 90 saat. Tak mustahil kalau nak dibukak cuma perlu tanggalkan beberapa skru kat tepi kotak gear untuk membuka casing plastiknya. Susah aku nak tunjukkan tekniknya kat sini dan caranya plak berlainan ngan jenis-jenis kereta. Anyway selalunya kalau berjaya dibukak dan boleh di'release'kan gear yang dah kena lock tu.
Stereng lock? Mmm bab stereng yang dilock ni actually tak le menjadi masalah sangat. Potong je stereng tu ngan gergaji bukannya susah pun. Stereng lak bukannya mahal sangat pun kalau nak ditukar lain, so jangan le risau.
Jadi pada sesapa yang sayangkan kereta, aku nasihatkan cara yang paling berkesan nak mengunci kereta ialah dengan mengunci kereta korang dengan kunci yang boleh lock 'brek' ngan stereng sekali. Dan kalau ada duit lebih sikit, elok le tambahkan plat besi tambahan dalam pintu kereta untuk mengelakkan pintu kereta korang senang dibukak dengan cara yang aku cakap tadi. Walaupun alat-alat tu bukan le 100% menjamin kereta korang dari dicuri tapi ianya pasti tak memudahkan kereta korang hilang sekelip mata. Susah weh nak cilok kereta yang pasang dua-dua menda ni.

Selamat mencuba!!

Tuesday, August 23, 2005

I'm back

"Akhirnya berpijak juga tuan hamba ke tanah hamba" begitulah kata hati aku bila flight aku sampai Malaysia ni sambil **feeling-feeling cam M Nasir yang tengah menggatal pegang pipi Tiara Jacquelina** . Bohsan woo dok lelama kat negara orang ni. Dua minggu aku dok kat Bangkok ari tu rasa macam orang giler je. Sana sini tak habis 'kun kap kun kap' ...adeh deritanya jiwa. Takde satu pun yang aku paham amenda dorang cakap.
Sunyi betul rasanya kat Bangkok tu. Tak tau aku apa aktiviti nak buat pas balik keje dah le dok sorang2 plak tu. Asyik la dok memerap je kat hotel sambil nengok TV yang ntah apa disembangkan dek orang Siam tu ..aku sendiri pun tak tau. Nganga je la nengok ..apa nak buat? dah itu je yang ada. Nak nengok DVD kang, bukannya aku minat sangat ngan menda2 cam gitu. Tambah2 lak kalau aku terbeli DVD yang ada gambar 'kepala orang'. Musti bengkak je hati rasanya...terbayang2 muka tukang jual DVD tu yang tentunya tersengih2 banyak ...pakcik kayo..pakcik kayo...arghhhhh
Rindu betul nak makan masakan Malaysia. Walaupun kat Bangkok ni masakannya memang terkenal sedapnya tapi ntah apa pasal aku lebih teringin nak makan lauk dari negara sendiri. Kat Bangkok tu, ntah apa yang masuk dalam perut aku sendiri pun dah tak tau dan tak kisah dah... Memula sampai tu takut le gak kot2 termakan 'ba alif baya' tapi bila dah lelama mmm lantak la..Terpikir gak aku, cam ner le gamak nya nak samak perut pasni?? Haruskah aku telan pasir??? Aish mana ada orang buat cam tu kan?? Ala korang toksah le risau aku rasa ..aku belum lagi makan menda2 cam yang korang bayangkan. Masih waras lagi otak aku yang lembab ni..
Paling tak guna tul... masa aku last day kat Bangkok ni, boleh plak building management opis Bangkok buat Fire Drilling lak? Tak pepasal kena turun tangga dari tingkat 27 ke ground floor!! Sontoloyo betul la dorang ni. Mengigil gila kaki aku pas Fire Drilling nih. Balik je kat Malaysia ni, terus je aku mintak mak aku panggil kawan dia yang pandai mengurut tuh. Adeh bila makcik tu urutkan aku, terasa cam nak menjerit dibuatnya.. sakit weh!! Ada sekali tu aku rasa cam nak sepak je makcik tu. Tak sangka betul sekurus2 makcik tu, boleh pulak dia mengurut sambil mencengkam betis aku yang sakit tu. Tapi apa nak buat, untuk menjaga 'kelakian' aku terpaksa aku senyum dalam tangisan. Tobat la pas ni aku takkan gi mengurut lagi.
Bila dah lama dok negara orang ni, baru le aku terasa bertuah dan seronoknya dok kat Malaysia ni. Rindunya aku pada rumah aku yang dah sekian lama bersepah tu. Benda pertama yang aku buat bila sampai je rumah ialah..... letak kepala atas bantal sambil pasang CD bunyi hujan yang aku pernah recordkan dulu. Sedap weh....rupa-rupanya dalam banyak2 tempat dalam dunia ni....atas katil umah aku gak yang sedapppp...zzzzzz

Tuesday, August 09, 2005

Harap maaf

Dukacita dimaklumkan bahawa tuan punya blog ni tak dapat nak apdet blognya buat sementara waktu sebab dia sebenarnya dah lama tak de kat opis, rumah, dalam kereta, atas lemari, bawah katil bla..bla... hatta kat Malaysia sekalipun.

So pada yang rajin membaca blog aku ni, bawak-bawak le bersabor. Jangan le ada lak diantara korang yang gile meroyan, kena sawan, tunjuk perasaan kat tengah jalan atau buat apa-apa yang sewaktu dengan nya. Kalau ada masa nanti aku paste kan gambar2 menarik aku kat negeri orang ni untuk menjeleskan korang...ek..ek...so sabor le bebanyak.

Sawadee kapp...

Mokhzani
Central World Tower
999/9 Rama I Road, Patumwan
Bangkok 10330