Friday, September 30, 2005

HP aku

Entry aku ari ni ditujukan pada sapa2 yang komplen pasal sms dorang lambat sampai pada aku. Actuallykan, aku sendiri pun tak tau apa punca masalah hp ni, sampai amik masa dua hari baru le aku dapat nengok msg korang. Mungkin gamaknya posmen yang antor msg korang tu datang naik unta je kot? Pulak tu bukan sorang dua yang komplen gitu. Yang aku herannya pasal apa le plak msg boss aku cepat lak sampai nyer!.. tak guna punya hp macam dia tau2 je tu msg dari boss aku.
Bukan satu je problem nyer, kekadang lak tu hp aku ni leh ter'off' lak bila aku tengah enggaged. Mak aih .. time ni aku terasa cam nak campak je hp buruk aku ni. Tak tau la apa la masalah yang menjadi problem kes hp automatik tak bertempat nih. Mungkin hp aku ni dicipta untuk golongan cacat pendengaran kot? Ntah la... Untuk pengetahuan enche2 yang cuba contact aku ni, hp yang aku pakai sekarang ni office yang punya. Dah jenuh dah aku suruh akak HR tu tukarkan. Tapi memandangkan aku ni cuma peon je gamak nyer dah tu bukannya mat salleh lak tu, so permintaan aku ni akak HR tu buat dek je la. Adeh..dah jenuh aku berpantun, bersyair, sajak bagai... suruh dia dapatkan hp tapi asyik2 jawapan dia "kejap lagi I bagi"...Tu je la jawapan dia sejak dari bulan lepas. Malas le aku nak mengamuk, yelah kita ni kan cuma peon je lagipun sebenarnya elok gak hp aku ni rosak kurang2 bila boss aku call pastu tak dapat ke, boleh la aku menyalahkan hp aku...hehehe.
Boss aku tu pun satu, kalau nak call orang tu bukan dia nak pikir hari dah malam ke, time cuti ke apa ke. Sesuka ati dia je bila dia nak call. Dah le tu benda2 yang dia selalu tanya kat aku, semuanya memerlukan aku refer file2 kat atas meja aku. Habis kalau aku tengah dok kat umah ke outstation ke cam no? Tak dapek la den nolong nyo! Ada sekali tu, time aku tengah sedap berdengkur kat umah, boss aku call dan tanya aku menda2 pelik. Dah tu nak cepat lak tu. So nak tak nak terpaksa la aku datang opis time aku tengah cuti semata-mata untuk cari benda alah yang dia nak tu. Rupa-rupanya benda tu ada atas meja dia. Walaupun aku cuma mampu tersengih2 kat dia bila tengok dia buat silap tapi dalam hati...arghhh!!! nak je aku kungfu kan pala dia tu. Bukan sorang je kat opis aku yang berperangai cam ni.
Colleague aku kat Houston tu pun sama gak. Dah tau waktu Malaysia-Houston berbeza kat 13 jam so jangan le rajin ngat talipon aku. Time dorang keje aku tido dan bila dorang tido, tu jam la waktu keje opis aku. So tak ke menyusahkan bila terpaksa wat conference call. Bayangkan la kalau pukul 2 - 3 pagi pun dorang leh call aku? Apa dia ingat aku ni operator balai bomba ke? Isk.. tapi apa nak buat, dah kebanyakan antara dorang tu semuanya boss-boss belaka, so terpaksa la aku layan gak.
Berbalik pada hp buruk aku ni, kalau korang rasa dah boring ngat nak meng'sms' atau call aku. Nanti sat lagi aku sms kan no. hp aku yang satu lagi nih. Kalau korang rasa call korang tu mesti dijawap samada aku hidup atau mati, nanti sat lagi aku gi lekatkan terus hp aku tu kat telinga cam dalam gambar kat bawah ni...ok? boleh gini?


Image hosted by Photobucket.com

P/S: Pakai talipon tin sardin lagi bagusss.... tak yah pikir pasal nak charge bateri, nak bayor bill...

Thursday, September 29, 2005

Berjoget

Berjoget elak tegang - Rais
Oleh ZALINA YAHAYA

SEREMBAN 27 Sept. - Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini menyarankan suami isteri mempraktikkan aktiviti berjoget sebagai salah satu cara membebaskan diri daripada sebarang bentuk ketegangan harian yang dihadapi. Kata beliau, joget adalah salah satu tarian tradisi Melayu yang lebih mudah berbanding tarian-tarian lain yang lebih rumit seperti tarian zapin dari Johor. ``Kita bukan nak menari dengan anak dara orang, dengan isteri kita sendiri. ``Berjoget ini mencerminkan keadaan relaks dalam diri kita,'' katanya semasa merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Bekas Polis Malaysia Negeri Sembilan di sini, hari ini.
Sementara itu, dalam konteks sama, beliau menegur sikap sebahagian besar masyarakat yang merasa malu dan segan untuk berjoget. Kata beliau, sifat mereka itu mencerminkan sifat sebenar mereka yang prejudis terhadap budaya Melayu. Beliau berkata, adalah satu yang kurang baik apabila kita gagal mempamerkan joget apabila ditanya orang asing. Sehubungan itu beliau berkata, kementeriannya juga telah meluluskan peruntukan RM50,000 kepada Persatuan Bekas Polis Malaysia peringkat pusat bagi menggalakkan seni budaya di kalangan anggota persatuan.

Petikan: Utusan Malaysia - 28 November 2005

-----------------------------------------------------------------------------------------

Nak tergelak aku bila baca artikel pasal saranan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim supaya kita mempraktikkan aktiviti berjoget sebagai salah satu cara membebaskan diri daripada sebarang bentuk ketegangan harian.
Sanggup ke korang berjoget bila bergaduh laki bini? Tak sanggup aku nak bayangkan kalau mak ngan bapak aku berjoget bila dorang gaduh....isk apa punya saranan nih?
Sanggup ke korang kalau tengah time meeting ke, tetiba berselisih pendapat pastu alih2 tetiba boss korang ajak korang berjoget lak untuk meredakan ketegangan masa meeting tu? Hahaha ada ke company yang akan buat menda cam ni?
Sanggup ke korang bila rasa tension je kira hutang yang menimbun-nimbun tetiba korang berjoget lak sorang2, semata-mata untuk hilangkan tension. Joget zapin lak tu!..adeh.. cam ner gaya le rupa nyer...
Bukan la aku cuba nak berpikiran negatif pada saranan cam ni tapi berjoget? meredakan ketegangan? mencerminkan identiti rileks? isk betul ke? Tak paham tul aku ngan saranan cam nih... ada sesapa nak tolong explainkan?
P/S: Apa la nak jadi ngan Malaysiaku yang tercinta ni.

Wednesday, September 28, 2005

Kalaulah ...mungkinkah


1. Kalaulah dulu aku terima tawaran MARA untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang Robotic, agaknya apa lah keje aku sekarang ni ek? Mungkinkah gamaknya sekarang ni aku tengah dok depan mesin kat kilang?

2. Kalaulah dulu aku tak berjaya mengelakkan basikal aku dari melanggar kereta cikgu aku masa sekolah menengah dulu, mungkinkah aku akan sihat tubuh badan macam sekarang ni?

3. Kalaulah dulu aku dan awek aku kat Penang dulu tak berpisah masa tengah dok hangat bercintan-cintun, mungkinkah sekarang ni aku dah bahagia sebab dapat kawen ngan dia?

4. Kalaulah dulu aku menggatalkan diri terima tawaran dari member aku untuk keje kat Equatorial Guinea, West Africa, mungkinkan sekarang ni aku dah kaya walaupun terpaksa hidup dalam derita?

5. Kalaulah lepas ni aku ikut cakap setan yang bertenggek atas kepala aku ni supaya beli kereta baru idaman aku tu, mungkinkah aku akan dapat maintain ketebalan dompet aku lagi?

6. Kalaulah dulu aku tak berani nak ikut cakap member aku supaya join company aku sekarang ni, mungkinkah aku terus dapat bertahan keje kat company lama aku yang macam neraka tu?

7. Kalaulah dulu ex-boss aku, Mr. John Donaldson tu dah balik ke negara dia sebelum sempat dia confirmkan jawatan aku, mungkinkah aku akan kekal keje dalam company aku sekarang ni?

8. Kalaulah dulu bapak aku tak berhenti keje dari sebuah well known insurance company dan lepas tu gi jual semua tanah dia semata-mata nak buat company sendiri, mungkinkah aku sekarang ni dah bergelar anak seorang hartawan? ...cewahhh...

9. Kalaulah dulu aku belajor rajin2 masa SPM dulu, mungkinkah sekarang ni aku dah pun bergelar seorang graduan IPTA sambil tersengih2 pegang segulung kertas yang dipanggil ijazah?

10. Kalaulah dulu aku tak menjebakkan diri dalam dunia blog ni, mungkinkah aku akan dapat mengenali korang semua?

Apa pun aku bersyukur kerana dapat hidup bahagia cam sekarang ni. Cukup lah dengan apa yang aku dah ada disekeliling aku masa ni.

Tuesday, September 27, 2005

2005 Annual Dinner

Apa yang korang akan buat kalau korang dapat sesuatu yang cukup berharga tapi tak boleh korang gunakan? Actually inilah yang aku rasa bila aku gi Annual Dinner company aku kat Mandarin Oriental ari tu. Blank nyer kepala aku bila dapat menda2 cam gini. Tak cukup ngan tu, dalam Annual dinner tu gak, aku dimalukan dek MC malam tu. Nak tau sapa MC tu? Ala si Dee yang popular ngan citer Jangan Ketawa dulu tu. Nampaknya malam tu macam dia dah memang aim nak kenakan aku mungkin sebab aku antara guest yang single kot. Ye lah, di malam yang grand tu orang lain semuanya datang bercouple tapi aku? datang solo je. Jenuh gak la bersembang ngan gelas dan pinggan depan aku tatkala orang lain dok berseronok ngan couple dorang.

Image hosted by Photobucket.com

Aku terkejut gak bila si Dee tetiba muncul belakang aku. Actually aku memang dah terasa cam aku akan di kenakan so aku pun cepat2 nak capai hp kekononnya tengah busy jawab call le nih. Last2 belum sempat aku nak capai hp, tetiba terdengar lak sore "Hai darling, are you single tonite? Can I come to room? You pay 1000 bath ok?" tanya si Dee tu sambil hulur mic kat mulut aku. "Err...." tergamam giler aku dibuatnya. Muka aku? toksah nak cakap la..habis merah padam sebab tak tau nak buat apa. "Ala abang nikan saje jual mahal tau.." balas Dee dengan sore jantan garau nya bila nengok aku senyap je tak kata apa2. Guest yang lain, jangan cakap la habis satu dewan pakat gelakkan aku..adeh.. tak pasal2 aku lak yang terkena..eeeiiiii!!!...malu nyer!!!!.....
Tapi malam tu kira berbaloi gak la, sebab aku banyak hadiah lucky draw yang aku menang. Cuma hampir semua hadiah tu tak membawa sebarang makna untuk aku. Malam tu aku dapat rantai mas, brooch mas dan yang paling grand sekali pakej percutian 3 hari 2 malam kat Berjaya Langkawi Beach & Spa Resort..termasuk return ticket, airport transfer bagai...Wahhh.! macam tak caya je aku bila naik atas pentas amik hadiah tu. Terpinga-pinga aku dibuatnya dan blank kejap pala otak aku bila dengar dorang annouce nama aku. "Eh ko dah menang la" kata member yang pelik tengok aku tak bangun2 dari kerusi bila nama aku disebut.
Bila aku naik atas pentas, sekali lagi Dee mengenakan aku bila aku dok berdiri sebelah dia. "Congratulation honey, do you need any drink?" katanya sambil mengeselkan *tooot* nyer kat muka aku. Huk aloh.. sekali lagi habis satu dewan gelakkan aku. Aduhai apa le malangnya nasib aku ni...asyik dikenakan je malam ni...uwaaa!!!. Memang si Dee tinggi giler orangnya. So bila aku berdiri sebelah dia ..apa lagi memang betul2 tepat le muka aku menghadap 'anu' nya tu.. aduhh... Kalau pompuan yang menggeselkan *ttoot* tu kira best le gak *opsss terpecah lobang lak*, ini spesis tiruan eeeii...gelinya...

Image hosted by Photobucket.com

Siot je dorang kan, semua pakat gelakkan aku. Terpaksa le aku gelak gak untuk cover malu..huhuhu

Balik je dari annual dinner tu, pala aku masih lagi dok pikirkan apa la aku nak buat ngan hadiah2 yang aku menang tu? Kalau orang lain, dok sonok dapat air-cond, TV, hp dan macam2 lagi. Aku lak.. masih blur ngan hadiah yang aku dapat nih. Malam tu bila aku on the way nak balik umah, aku berhenti jap kat tepi jalan dan merenung kat hadiah2 yang tak membawa apa2 makna pada aku.

Penyudahnya rantai ngan brooch tu aku sedekah kan kat mak aku dan voucher pakej percutian tu aku simpan dulu, mana le tau kot2 ada rezeki nak gi Langkawi ke walaupun aku sebenarnya amat malas nak jalan2. Alangkan kena gi outstation kat Jakarta, Houston dan Bangkok yang 100% disponsor company pun aku selalu kasi macam2 alasan tak nak gi. Ini kan pulak menda2 cam ni. Yelah nanti kalau dah gi ke Langkawi tu takkan nak dok kat hotel je kan, mesti nak gak jalan2 kat sana. Hmm ntah la.. pala aku masih lagi blank buat masa ni dan tunggu je apa yang akan terjadi. Kalau bonus aku tahun ni menarik, so mungkin aku akan consider nak gi... tapi ngan sapa ek?? Arghhh!!...blank nyer.....

Friday, September 23, 2005

Pak sedara aku

Suatu petang bila aku dok bersembang ngan pak sedara aku masa gi beraya kat umah dia.

Pak sedara aku: Kamu keje apa sekarang?
Aku: Keje Data Controller

Pak sedara aku: Data Controller? Control mesin ke?
Aku: Takde la kena control mesin. Cuma control atau jaga data je

Pak sedara aku: Jaga data?? Macam jaga bank ke? Dema kasi senapang le kat kamu ek?
Aku: Takde la cam tu. Keje ni ada kena mengena ngan IT sikit sebab banyak data disimpan dalam komputer

Pak sedara aku: Ooo macam tu kamu ni terrer le pasal IT ni yek?
Aku: Nak kata terrer IT tu pun tak gak sebab kekadang bukannya keje depan komputer pun

Pak sedara aku: Habis tu kalau keje bukan selalu dok depan komputer bukan le IT namanya. Dah tu macam mana kamu jaga data tu?
Aku: Ala tengok2 kan data dalam internet je.

Pak sedara aku: Data apa yang kamu tengok tu?
Aku: Data orang buat keje korek telaga minyak ..

Pak sedara aku: Ooo keje ngan syarikat minyak le ni yea ek?. Cam tu selalu la kamu gi pelantar minyak ek?
Aku: Dulu ade le gak tapi sekarang takde dah..

Pak sedara aku: Tapi amenda data yang kamu jaga sampai nak kena main control2 lak ni?
Aku: Err??? ** terus buat2 pick up call dari hp aku yang dah lama habih bateri & blah dari situ**

Moral of the story:
Next time tolong la jangan tanya apa keje aku sebab aku sendiri pun tak tau nak describe apa sebenarnya keje aku ni... Uwaaa!!!! Benci tul aku kalau kena soalan pasal keje aku.. dah jenuh aku cari terjemahan dalam kamus tapi masih tak jumpa gak makna jawatan aku ni. Yang selalu orang ingat Data Controller - Pengawal Data = Jaga?? boley?? huhuhuhuhu

P/S: Masih tengah pikir cara nak elakkan soalan ni bila beraya kat umah orang

Wednesday, September 21, 2005

Bila dah tua esok

Korang penah terpikir tak apa la keje yang korang buat bila dah tua nanti? Maksud aku bila korang dah masuk alam 'pencen' la. Penah tak korang imagine semua tu waktu korang dah tua esok? Masa tu kalau yang dah ada anak2 mungkin ada tinggal berdua je laki bini, kalau dah ada cucu mungkin time raya je anak cucu korang balik. Penah tak korang berangan kehidupan korang waktu?
Jangan tergelak kalau aku cakap, aku sebenarnya teringin nak jadik JAGA SEKOLAH!! ..** aku dah agak dah musti ada yang tergelak punyer *** hahaha. JAGA SEKOLAH?? Iye.. jaga sekolah itulah kerjaya impian aku waktu aku dah tua esok. Aku bayangkan keje cam tu rilek je situation nyer. Takde tension2 cam keje aku sekarang ni and most important keje tu cam senang je. Sesuai sangat le ngan aku gamaknya.
Gaji?? aisey tak nyah la gaji bebanyak..masa tu aku rasa duit aku dah cukup banyak dah pun. Kalau kureng pun, mungkin untuk bayo bil api & air je. So dari takde keje nak buat & dari asyik dok umah je, aku rasa baik le aku cari keje yang senang & rileks sikit. Dapat lepas makan pakai sikit2 pun cukup le.
Aku tingin sebenarnya bila dah tua esok, nak beli tanah untuk buat rumah. Kalau bole aku nak buat rumah yang sebijik macam rumah kampung atok aku. Pastu bela ayam ke & bagi makan ayam petang2.. (ciss.. ada hati nak bela ayam, pegang ayam pun takut!) Uish bestnya kalau dapat dok kat kampung kan. Aku rasa kat KL ni dah takde apa sangat yang menarik nyer. Nak lepak kat KLCC, Bukit Bintang segala.. aku rasa aku dah terlalu tua untuk itu. Kekadang nak gi jejalan pun, aku rasa segan je takut terserempak ngan sedara-mara. Kot la nampak ngan cam aku ni orang tua yang tak sedar diri. Nak gi melepak kat tempat2 gitu lagi..isk!
Kalau orang lain dok sibuk ngat nak tukar2 keta yang lagi besor, tapi aku sebenarnya lebih selesa kalau dapat naik basikal je, pastu bawak gi jalan pusing2 kampung. Betul weh.. kalau boleh sekarang ni gak aku nak beli basikal tapi memandangkan aku sekarang dok kat umah burung merpati, so nampaknya gaya terpaksa je la aku padamkan niat aku tu. Takkan aku nak beli basikal & pastu nak pikul lak basikal turun naik tangga. Teringat aku masa aku kecik2 dulu waktu umur aku 3-4 tahun, atok aku selalu bawak aku dok dalam raga besar belakang basikal tua dia. Best weh, terasa cam Maharaja India naik gajah lak...terhuyung-hayang dalam bakul yang besar bila dok atas basikal tu.
Taktau le napa aku tingin sangat nak buat semua ni. Mungkin betul le cam member2 aku selalu cakap. Aku ni 'kampung' sangat orangnya. Pakai baju pun ala kadar tak reti yang men'yemat', nak gi tempat2 yang orang selalu rasa excited pun aku tak mo, isk.. kampung sangat ke aku??

Friday, September 16, 2005

Tengah laut

Image hosted by Photobucket.com

Kalau korang nak tau, dulu aku penah keje kat atas kapal pengorek minyak nih. Nama kapal ni Ocean Rover #133. Bukan le niat kau nak berbangga ke apa.. cuma saja je nak bercerita sikit pasal pengalaman aku hidup atas benda alah nih.

Best sangat ke idup tengah laut nih? Untuk orang yang tak penah gi.. memang le excited beruk. Maklumlah dapat tengok laut, udara segar... tapi bagi aku yang dah selalu nih, bila kena suruh gi tempat cam gini, terasa cam kena hukum penjara je rasanya. Buhsan weih!!! takde menda yang best.... kiri, kanan, atas bawah semuanya laut.. kat atas je langit. Dah tu semuanya pekerja tempat jahanam ni .. jantan belaka. Adeh..tersiksa batin dibuatnya...sob! sob! sob!.. Lepas berminggu2 aku dok sini, balik je ke darat.. mata aku mesti cam jakun bila nengok pompuan. Maklum le dah lama tak dapat nengok 'makhluk ciptaan tuhan' yang satu tu. Hatta makcik tua tukang sapu kat heli base pun mampu membuatkan aku menoleh 2X!!.. Sebijik kan cam iklan syampu rambut cam korang selalu nengok dalam TV tuh. Ish!..ish Astagfirullah.. apa nak jadik ngan aku nih..** gi tobat sambil cari ketayap**

Takde hiburan atau apa2 aktiviti menarik ke atas laut nih? Menda2 cam tu memang le ada. Tapi tak le best sangat. Cam tengok TV.. satu2nya channel yang ada cuma astro je. Dah tu kalau ada memana2 mangkuk hayun yang pegang remote, sesuka hati dia je tekan channel mana dia nak. Cam la bapak dia ada share dalam kapal ni. Ada le gak dorang pasang DVD ke apa.. tapi kebanyakannya suma citer lama. Maklumlah kat tengah laut gini bukannya ada apek yang bukak kedai DVD beb!. So kena paksa la diri nengok je la apa citer yang ada.

Takde rasa mabuk laut ke dok tengah laut nih? Tengok le keadaan dan musim cuaca masa datang ke sini. Kalau dibuatnya kapal ni tengah ditunda atau laut tengah agak bergelora. Alamat terkena mabuk laut le jawapnya..kalau dah datang penyakit mabuk laut, alamatnya kena telan ubat tido le jawapnya. Masa memula aku keje dulu kat sini, penah gak la 2 hari aku tak leh bangun tapi bila dah masuk hari ke 3, aku dah mula dapat biasa gak diri. Lembik giler aku dibuatnya. Nak balas dendam punya pasal, bila balik je kat opis, aku pun claim le overtime giler2..konon2 banyak buat keje le masa kat atas laut tu. Padahal membute je keje aku! sebab masa pala aku tengah layan mabuk laut. Ha padan muka kompeni aku, tu lah sapa suruh hantor aku kat tengah laut!

Nak gi cam ner kat tengah laut nih? Selalunya dorang hantar orang pakai helicopter. Kalau dapat heli yang tua alamat berjanggut le nak sampai sini. Heli tu plak bukannya well maintain ngat. Tiapkali aku naik heli, macam2 bau ada....kalau tak bau minyak, mesti ada bau asap. Patut le pun heli kat Malaysia ni selalu terjunam! Panas nak mampus lak tu dok dalam heli tu. Dah tu plak kalau nak balik, kekadang tu heli ni bukan datang on-time. Tengok gak la keadaan cuaca cam ner. Kalau dibuatnya musim hujan. Alamat takde flight le jawapnya. Adeh tensen betuii...Kekadang tu keje aku atas ni, 2 hari je leh siap tapi nak nunggu heli yang bengong nih.. terpaksa le aku dok merengkok kat sini 2 3 hari lagi.

Apa benda yang paling membosankan atas laut nih? Benda yang paling benci aku nak buat ialah nak gi attend meeting & fire drill. Dok kat tempat cam nih, dalam satu hari kena attend meeting 4 kali sehari. Pastu kena inform kat rig superitendent apa keje yang kita tengah buat. Adeh buhsannya! Tapi suma ni actually untuk kebaikan kita gak sebab keje kat tempat gini memang bahaya sikit. Ada sekali hari tu, aku tak attend meeting, pastu bila aku buat keje, tetiba kena simbah air dari tingkat atas. Memang *&^%$# betul. Rupanya orang kat tingkat atas tu tengah cuci heli pad, so aku yang kat bawah ni ..basah kuyup le. Tak guna tul, nasib baik tak jadik apa2. Lagi satu, kalau kena buat fire drill, selalu nya dorang buat tak tentu masa. Tapi selalunya waktu pepagi buta la. Time orang tengah sesedap terkangkang tido tetiba lak dikejutkan ngan bunyi siren yang kuat gila babi, dah tu kena pakai life-jacket dan gi tempat life-boat. Bohsan sungguh..time gini..memang terasa cam dok dalam penjara! Arghhh...

Takkan takde menda2 yang best kat tempat ni? Bagi aku satu2nya menda yang best ialah bab MAKAN. Tang ni memang best sebab makan dia sama cam hotel 5 star. Korang leh buat cam cafe tu bapak korang yang punya. Makan le apa yang korang nak. Masa memula dulu aku segan gak nak amik air kotak besar, air-krim ... ingat menda cam tu VIP punya. Tapi bila aku nengok orang lain selamba kodok je sapu menda tu...so pun next time siap bawak beg lagi ..bubuh bebanyak dalam beg dan bawak balik ke kabin aku. Masa memula keje dulu, aku kemaruk sikit.. macam2 aku bedal tapi bila balik terasa pening giler je. Rupanya baru aku tau, ada makanan yang first-timer tak leh makan. Contohnya coklat dan aiskrim. Dua menda ni memang senang mengundang mabuk laut menyinggah ke kepala aku yang bergeliga nih.

Tapi sekarang semua pengalaman tu dah pun berlalu. Sekarang ni keje aku dah tak memerlukan aku gi tempat lahanat tu lagi. Sekarang ni keje aku banyak memerlukan aku dok opis dan tengok report orang lain yang buat keje kat tengah laut tuh. Fuh sekali dengar cam bagus je keje aku ni kan. Tapi kenyataannya aku sebenarnya, masih lagik kuli orang... .sob! sob!

Hah! tunggu apa lagi keje2... kojo! jang kojo! jangan ekau dok monong depan PC ni jo!!!


Tuesday, September 13, 2005

Makcik aku

Tak sangka betul aku bila dengar makcik (adik mak aku) & pakcik aku yang selama ni nampak cam pasangan bahagia je, rupa-rupanya dah kat 2 bulan bercerai. Kata mak ni suma sebab pakcik aku tu dah ada 'spare part' baru. Tambah tak sangka pakcik sanggup tinggalkan makcik aku tu dengan semua 5 orang anak dia yang masih kecik tu. Ish..ish.. apa nak jadik dengan dunia ni. Kesian betul aku nengok makcik aku tu, dah le gaji tak seberapa, macam mana nak tanggung 5 orang lagi anak-anak dia. Uish..kalau nak diikutkan mau gila agaknya makcik dibuatnya.
Apalah nasib makcik aku sampai gitu jadik nya. Memang aku terkilan sangat sebab dari kecik dulu aku memang rapat ngan makcik aku tuh. Teringat masa aku sekolah darjah 6 dulu, punyalah nak sangat pensil mechanical (atau dulu orang cakap pensil "picit-picit"), makcik aku le satu-satunya orang yang sanggup belikan untuk aku. Memang sayang makcik kat aku. Walaupun aku hanya dapat pensil tu lepas beriya-iya belajor sampai dapat no. 1 tapi pemberian dia tu memang cukup bermakna bagi aku. Maklum le masa tu hidup keluarga aku bukannya mewah ngat waktu tu. Kang kalau mintak bapak aku belikan, alamat pelempang le yang aku dapat.
Minggu lepas aku ada gak pegi umah makcik aku. Saja le nak nengok kehidupan dia lepas dah bercerai ni. Kesian pulak aku nengok dia dan anak-anak dia sekadar mampu makan sardin ngan ikan kering je. Tak macam waktu dia masih bersama pakcik, mewah je makanan dorang. "Zani tak nak makan ke?" pelawa makcik. "Tak pe lah dah kenyang, dah makan dah kat umah tadi" kata aku yang sebenarnya memang tengah lapor giler. Tak sanggup pulak aku nak join bila tengok lauk-lauk dia tu. "Tak pelah memang bukan rezeki aku nak makan kat sini" bisik hati aku sambil menahan perut, jangan bagi makcik aku terdengar perut aku tengah berbunyi laporrrr tuh...erkk..
Bila aku bersembang ngan makcik aku, nampaknya dia masih macam dulu peramah dan periang orangnya. Tapi aku boleh nampak jelas dari redup matanya yang kekadang seolah-olah menceritakan keperitan hidup dia. Matanya seakan-akan masih tak dapat menutup derita yang sedang dia alami. Kekadang nampak gak dia lebih suka termenung dan seakan malu nak berhadapan dengan orang lain walaupun dengan anak sedara dia sendiri cam aku ni. Mungkin dia sendiri masih tak dapat terima hakikat yang dia sekarang dah ditinggalkan keseorangan. Anak-anak dia plak aku nengok makin menjadi-jadi nakalnya, seolah-olah hati dorang cam memberontak dengan apa yang dah terjadi. Masih aku ingat lagi, bilamana mulut aku leh tercabul lak tanya "Kim abah mana?"...Alamak waktu tu aku memang betul-betul terlupa yang makcik aku dah bercerai. Sedih aku nengok Hakim, anak makcik aku yang berumur 5 tahun tu cuma mampu menunduk kepala dan murung je memandang ke lantai tanpa menjawab sepatah perkataan bila aku tanya soalan bodoh tu. Mungkin dia jugak sedih nasibnya tak sebaik budak-budak lain yang masih punya insan bernama 'bapa'. Aduh..rasa bersalah plak aku yang gatal sangat mulut gi tanya soalan cam tu.
Sebenarnya aku cukup kagum melihat ketabahan kaum pompuan macam makcik aku ni. Memang takbik hormat tul aku nengok dia yang masih mampu membesarkan keluarga dia walaupun dia sendiri dalam kesusahan. Memang betul kata mak aku, "kasih seorang ibu dapat menyinari kegelapan hidup anak-anaknya tapi kasih sepuluh orang anak belum tentu akan dapat menerangi dan membahagiakan hati seorang ibu". Kalau lah aku duduk ditempat makcik aku gamaknya, ish mau je aku terjun dari bangunan Petronas KLCC tuh. Bagi aku kecekalan hati seorang pompuan memang takde tolok bandingannya. Walaupun lelaki selalu digambarkan sebagai kaum yang kuat tapi bagi aku, kekuatan dan kecekalan hati kaum pompuan sebenarnya jauh lebih hebat dari itu.
Teringat dulu masa kecik-kecik dulu, sikit pun aku taknak tolong mak aku buat keje rumah. Huh!! dasar pemalas!! Hah bila dah besar ni, ambik kau!! basuh kain 2 baldi pun dah terasa penat. Masa ni le baru terpikir huk aloh.. kuat betul kederat mak aku dulu rupanya. Bukan senang rupanya nak buat keje rumah gini. Tu le dulu masa kecik-kecik kemain rileks je bila orang tua buat keje, bila dah besar gini baru la terasa. Hah.. padan muka aku! Jadi pada sesapa yang masih malas nak basuh kain tu, apa kata korang beli washing-machine aku? Aku sebenarnya teringin nak beli washing machine baru tapi ingat nak tunggu le dulu kot2 ada buyer yang berminat nak beli washing machine lama aku. RM250 cash ok?

Thursday, September 08, 2005

Soalan Pelik

Hmm aku rasa tak tau apa aku nak tulis ari ni jadik apakata kita pikirkan jawapan untuk soalan pelik yang aku tuliskan kat bawah ni.

1. Kenapa taufan selalu dinamakan dengan nama pompuan? Adakah kerana pompuan selalu panas baran dari lelaki?

2. Kenapa iklan jam kat TV atau newpaper selalu tunjuk kul 10:10 dan bukannya waktu lain?

3. Kenapa butang baju kemeja pompuan blah kiri & butang baju lelaki blah kanan? Adakah baju kemeja jugak mempunyai jantinanya sendiri?

4. Kenapa sesetengah orang yg selalu tensen tapi alih2 badan dia makin berisi lak? Patutnya kalau selalu tensen & pening kepala dah tentu le takde mood nak makan? Ni terbalik pulak jadiknya. --->soalan ni ditujukan khas untuk enche Sempoii & tipahvogue

5. Kenapa kalau pakai jam tangan musti kena pakai kat tangan kiri? Walaupun kita tau tangan kiri le yang selalu digunakan untuk men'cebok' anu bila dah melepas...?

Soalan yg aku rasa paling pelik dari segala yang pelik ialah:-

6. Kenapa aku bleh terbeli CD Mawi ari tu walaupun aku bukanlah minat ngat ngan dia?---> Uwaaaa habis duit aku...!!!

Wednesday, September 07, 2005

Spital

Korang penah pikir tak cam ner le keadaan korang bila dah tua esok? Especially time dah berumur dan badan asyik sakit2, dah tu kena lak datang penyakit jantung ke, kencing manis ke atau ntah apa2 lagi. Ish cam ner le nak jaga diri kita esok, bila dah tua nanti ek? Kalau ada anak2 pun, boleh ke kita mengharap anak2? Yelah dalam dunia sekarang ni budak2 nya bukan lagi macam dulu, yang selalu ikut cakap orang tua2. Kang tersilap sikit maunya..dimaki hamunnya kita yang dah tua nih. Sikit pun tak de rasa hormat pada orang tua yang dah membesarkan dia.
Aku terpikir pasal semua ni .. bila aku hantar bapak aku gi spital tadi. Ala bukan la sakit apa, cuma sakit lutut je. Itu pun dah dekat 2 minggu dia sakit, baru la hari ni dia nak gi spital. Masa kat spital tu syahdu je aku nengok bapak aku yang terpaksa berjalan terhenjut2 kat tengah2 orang ramai tadi. Mungkin ke esok, aku pun aku jadik macam ni? Mau ke anak2 tolong pimpin tangan aku bila aku sakit cam ni esok? Ish macam2 yang aku pikir saat tu...
Memula masa aku dapat call dari mak aku semalam mintak tolong hantar bapak aku gi spital tu .. aku rasa cam serba salah pun ada. Sebabnya hari ni aku sepatutnya attend satu important meeting kat tempat keje aku yang dah lama aku organize kan. Takkan le aku nak cancelkan? Adeh!! parah.. biol jap pala otak aku. At the same time takkan le plak aku nak kata "tak boleh" kat mak aku??? Arghh!!.. Sudahnya nak tak nak, aku paksakan jugak diri aku gi hantar bapak aku ke spital tu. Tak pe lah dalam berpuluh2 tahun aku hidup ni, bukan selalu aku dapat habiskan masa ngan bapak aku kat spital cam ni. Dengan berat hatinya jugak, aku terpaksa SMS kat boss aku..cakap aku tak dapat attend meeting tu. Nasib baik le dia ok sikit pagi ni.
Sampai ke kat spital tadi, mak datuk punya la ramai orang dok queue. Aku ingatkan bapak aku sorang je la yang jalan terhenjut2 rupanya baru aku tau, ramai lagi orang dlm Malaysia yang jalan cam tu. Muda-muda lagi lak tu. Eh korang jaga le kaki korang tu bebaik, siksanya aku nengok orang2 yg nasibnya cam ni. Dah tu bila aku amik no. giliran, dapat lak no. 54!!! Punya le lama aku ngan bapak aku kena tunggu...adeh. Kalau le aku tau nasib aku cam ni, dah lama aku bawak tilam bantal dari rumah. Mau je aku buat muka selamba kodok gi baring atas lantai spital tu. Lama weh aku kena tunggu giliran sambil berdiri. Nak je aku suruh doktor spital tu inspect lutut aku sekali, kot2 dah ada tulang yang tercabut ke longgar ke apa ke ..sebab kena nunggu sambil berdiri lama ngat!
At last, bila no. giliran bapak aku dipanggil dan doktor dah check bapak aku, baru le aku tau..rupanya doktor cakap tulang lutut bapak aku nih dah haus sebab dah tak de pelincir lagi. So kena la ambik ubat untuk tambah pelincir sikit kat tulang rawan lutut dia. Lor baru aku tau rupanya lutut pun ada pakai pelincir gak ke? Aku ingatkan enjin kereta je yang pakai pelincir. Nasib baik le mulut aku tak gatal bertanya kat doktor tu.."Ni tiap berapa km kena servis ni.. doktor?". Kalau tidak, sesia kena lempang ngan doktor tu. Apa pun, sian gak aku nengok bapak aku dah jadik cam gitu. Dah banyak minggu dah ..dia tak leh gi keje dan drive kereta sejak dia sakit cam tu.
Dah tu ubat yang doktor tu suruh beli lak, mahal le plak harganya. Imagine satu botol, 50 biji dah kat RM70.00. Mak aih..buat daripada apa ubat ni? Petrol ke? Tapi nak tak nak, bapak aku punya pasal terpaksa aku 'meringankan wallet' aku dan bila aku bukak je wallet sakti aku tu...aiseymen!! ngam2 je duit yang ada dalam wallet aku tu!! Argh!! Hmm terpaksa la buat muka 'macho dan kaya' kat nurse tu walaupun berat je rasa hati nak hulurkan satu2nya duit yang ada dalam wallet aku tu. Nasib baik le nurse tu lawa kira berbaloi gak la aku kasi duit tu, kalau tak jangan harap le aku nak beli ubat tu kat situ. Tak pelah bukan selalu aku dapat berkorban untuk bapak aku cam ni.
Aku harap biarlah dia dapat merasa kasih sayang anak dia ni selagi masih ada waktu untuknya di dunia ini. Ndaknya biarlah Allah jadikan anak2 aku pun esok dapat berkorban untuk aku macam mana yang aku dah buat untuk atuknya..AMIN!

Thursday, September 01, 2005

Putus asa

Pelik bila aku tengok budak2 U sekarang yang cepat sangat putus asa dan selalu menyalahkan orang lain terutama kerajaan kalau tak dapat keje atau tak berjaya dalam hidup dorang macam yang diimpikan. Bagi aku, orang yang dikira terpelajar macam dorang tu tak sepatutnya bersikap mudah putus asa macam tu. Untuk kebaikan kita bersama biarlah aku ceritakan sikit pasal suatu ‘kisah benar’ ni sebagai pengajaran pada sesapa yang rasa putus asa dalam hidup ini.

Apa yang korang nak buat kalau korang selama ni jadik satu2 nya harapan dalam keluarga untuk hidup berjaya dalam pelajaran dan mengubah nasib keluarga yang susah, tetiba alih2 korang mencipta suatu kegagalan yang cukup memalukan?

Takut? Rendah diri?..mungkin itu yang mula2 akan bersarang dalam pikiran. Itu jugak lah yang pernah alami oleh sorang budak 10 tahun yang lalu. Bila family dia..hantar dia ke sekolah asrama yang boleh dikatakan terbaik dalam Negeri Perak tetiba at the end of the day dia boleh FAIL SPM !!!

Tak tahan kena sindir ? rasa hidup dah tak guna ? cakap lah apa saja.. tuhan je la yang tahu apa yang terkandung dalam pikirannya masa tu. Tak dapat nak diceritakan betapa siksanya menahan tiap derita yang mendatang dan kutukan yang dilemparkan padanya. Sudahlah familynya sendiri memulaukan dia, perempuan yang dia paling sayang selama ni pulak tergamak tinggalkannya! Takde ayat dapat dia huraikan betapa payahnya bila terpaksa mengutip balik sisa kekuatan yang masih ada dalam dirinya untuk menanam azam agar dapat mengubah hidupnya supaya berjaya macam orang lain.

Namun kita manusia hanya mampu merancang dan segalanya ditentukan tuhan. Baginya kegagalan yang dia tempuhi memang banyak mengajarnya menjadi insan yang lebih baik. Kegagalan itu jugak yang banyak mengajar erti ketabahan dan kesabaran. Dalam umur yang masih muda, dia terpaksa bekerja untuk menampung kos pembelajarannya sendiri. Tiapkali cemuhan, kutukan, sindiran yang diterimanya menjadikan dia semakin obsess untuk berjaya dalam hidup dan pelajaran. Dia sanggup buat keje apa saja untuk memastikan dia akan berjaya mengubah nasib hidupnya dan seterusnya membuktikan pada family dia especially pada mak dia. Dia nak buktikan pada maknya yang dia ni bukannya anak sial sepertimana yang pernah digelarkan padanya dulu.

Banyak pengalaman perit yang terpaksa dia tempuhi untuk menjadikan impian aku suatu kenyataan. Tau tak korang betapa perit bekerja jadik kuli dengan hanya bergaji RM 120.00 aje di bandar seperti KL ni dan pada masa yang sama terpaksa tanggung kos belajar? Sukar nak digambarkan kepedihan hidup dia masa tu dan hanya airmata je yang menjadi peneman setianya. Hanya tuhan je yang tau macam mana siksanya.

Sekarang 10 tahun dah pun berlalu, segala susah payah hidupnya dulu, kini sudahpun terbalas. Budak yang satu ketika dulu pernah menjadi cemuhan keluarga, sindiran jiran dan kutukan kawan-kawannya sendiri, kini dah pun dapat mencapai kejayaan seperti yang diimpikannya. Dia sudahpun memegang jawatan penting yang merangkumi keseluruhan Asia Tenggara dalam sebuah syarikat minyak multinasional beribu pejabat di Amerika Syarikat. Dan untuk pengetahuan korang semua budak itu jugak adalah penulis dan pemilik blog ini.

Oleh itu kalau korang rasa hidup korang bermasalah jangan le cepat putus asa sebab sikap macam tu takkan dapat mengubah apa2. Ingatlah hidup kita ini takkan berubah kalau kita sendiri tak cuba mengubahnya.



Mokhzani Mohd Ariffin
Regional Data Controller – SE Asia
Amereda Hess Corp.