Tuesday, October 25, 2005

Seven tag

Seven tag? Apa tu?? Korang taktau?

Tu le aku pun taktau tapi tak pepasal nama aku lak yang kena tagged dalam blog Tipah. Sampai sekarang aku pun tak paham, apa le dosa aku, sampai sanggup Tipah tagged aku..uwaaaaa. Tapi memandangkan aku ni pantang dicabar, berjiwa rambo walaupun berbadan cekeding..…takpe aku sahut gak cabaran Tipah tu dengan citer ‘Seven’ aku sendiri….grrrrrr!!!!!!!

Seven Weird Characters

1. Aku sebenarnya cukup pendendam orangnya. Selalunya kalau aku dah rasa sakit hati walaupun pasal benda yang orang lain anggap kecik sekalipun, aku mampu simpan dendam tu bertahun-tahun lamanya. Selalunya rasa marah dan benci aku ni, takkan aku tunjukkan pada orang yang aku dendam sampai lah masa aku dapat peluang yang betul2 baik untuk aku kenakan orang yang aku benci tu.

2. Aku paling tak suka berhutang, melainkan kalau aku dah betul2 terpaksa melakukannya. Bukan le niat aku nak berlagak bila citer benda gini. Cuma bila aku berhutang, selalunya aku teringat derita yang terpaksa bapak aku tanggung suatu masa dulu bila dia terpaksa berhutang sana-sini lepas dia ambik keputusan berenti keje dan bukak bisnes sendiri. Memang susah tul kehidupan keluarga aku masa tu. Pendekata cam citer ‘bersamamu’ kat TV3 tu. So bila dah besar gini aku seboleh2nya cuba mengelak dari berhutang ngan sesapa. Benci tul aku, bila rasa... penat2 keje cari duit, pástu duit yang kita dapat tu lak akan jadik hak orang lain tanpa kerelaan kita.

3. Aku teringin sangat nak buang sikap pendiam aku ni jauh2. Heran tul aku, kenapa la aku tak boleh jadik peramah macam orang lain dan kenapa la berat sangat aku nak bukak mulut untuk bersembang ngan orang lain. Kekadang tu dalam hati, aku teringin sangat nak beramah mesra ngan orang, ngan sedara Mara atau kenal dengan lebih rapat ngan orang2 disekliling aku dan teringin sebenarnya nak ada kawan2 yang ramai. Tapi ntah napa kekadang terasa cam mulut aku ni..bagaikan dikunci je.....hulung..hulung haya hun hak hajin hehakap hacam hawak..arghhhhh..

4. Aku benci tul dengan perangai pelik aku ni yang kekadang tu tak pandai nak menzahirkan apa yang tersimpan dalam hati aku. Geram tul aku ngan diri aku sendiri bila lain yang tersimpan dalam hati, lain pulak ucapan yang akan terkeluar dari mulut aku. Benci yang aku rasa, suka plak yang akan aku sebut. Perlu sangat ke aku sibuk2 nak jaga perasaan orang lain tanpa pikirkan perasaan aku sendiri? Ada ke orang yang berperangai camgini dalam dunia ni?

5. Masa aku kecik-kecik umur 6-7 tahun dulu, aku suka sangat kemam duit dalam mulut dan kekadang tu terus je tertelan duit tu. Aku rasa le kan, agaknya kalau di’operate’ perut aku ni, senang2 je korang leh terjumpa duit dua tiga hinggit gamaknya. Bila dah besar gini risau gak kalau ada apa2 effect dalam perut aku tapi tak pelah mungkin duit2 tu leh supply zat besi pada badan aku kot..hehee

6. Aku sendiri pun tak paham kenapa aku lebih senang dok menyendiri dari bercampur ngan orang lain. Susah tul aku rasa nak ubah perangai aku yang satu ni, sampai satu tahap ramai orang kat opis aku ni ingat aku sombong padahal aku bukan la cam gitu. Punya la suka dok menyendiri, sampaikan aku terpaksa ngaku kat kengkawan aku yang Mid Valley tu pun aku tak penah gi walaupun nama je aku ni dah lama dok kat KL nih.....hiiii maluuuuuu...***tutup muka ngan kibod***

7. Kekadang aku terasa susah tul nak terima hakikat, bilamana ramai opismate aku cakap, aku ni terlampau berhati2 sangat bila buat keputusan pasal keje opis. Aku tau dorang mungkin tak leh terima sikap aku yang tak suka buat keje yang mencabar kalau tak cukup teliti perancangannya. Ntah la, pelik sangatkah ke aku bila terlalu berhati2? Salah ke aku bersikap cam gini? Mungkin jugak pengalaman mengharungi kegagalan hidup aku dulu dah banyak mengajar aku supaya lebih berhati2 bila buat sesuatu. Tapi kenapa ada sesetengah orang masih tak leh terima niat baik aku? Adakah aku jenis terlalu memaksa, takut tanggung risiko..? Iskk...


Seven Things I Never Share With My Family

1. Walaupun aku sekarang ni dah besar panjang tapi aku masih simpan lagi rasa sedih bila mengenangkan buku komik yang penah aku lukis masa kecik2 dulu dikoyakkan dek mak aku. Katanya dia tak suka ngan hobi melukis aku tu sebab takut aku malas baca buku dan tak buat keje sekolah cam bebudak lain.

2. Bila dah besar gini baru aku tau, tulang putih yang aku nampak kat lengan aku bila aku terjatuh dari basikal BMX aku dulu, dipanggil tulang rawan. Aku ingatkan tu cuma luka biasa je sebab aku takde la rasa sakit sangat. Rupanya baru le aku tau, tulang rawan tu le yang menyokong pengerakan sendi manusia. Ee..takutnya….

3. Masa aku sekolah darjah 4 dulu,aku dah ada bisnes aku dah ada bisnes sendiri. Bisnes…jual batu kristal yang aku kutip dari tepi bukit rumah aku. Aku jual 20 sen je sebijik. Laku giler weh..ramai kengkawan aku beli batu kristal aku bila aku cakap batu tu batu berlian. Bila dah besar gini, baru le aku tau..batu tu bukannya berlian..hehehehe.. tak sangka ramai lak yang percaya ngan kelentong aku dulu.

4. Masa aku keje kat MARA dulu, tak sangka betul rupanya aku keje satu bangunan ngan kakak angkat aku waktu sekolah menengah dulu. Nyesal betul aku tak cakap kat kakak angkat aku tu , yang aku teringin nak jadik kan dia awek aku. Masa aku baru nak kasi hint2 dengan selambanya dia cakap ‘lor napa zani tak kasi tau awal2..’…aiyakk… rupanya selama ni dia pun minat gak kat aku…arghhh ruginyerr…

5. Pas sekolah dulu aku sanggup tidor atas bangku panjang kat Jeti Feri Penang semata2 nak jumpa awek pertama aku, yang aku dok sayang sangat2. Punya la rindu, sampai termimpi2 kat dia, penyudahnya tak lama pas tu baru le aku tau, yang pengorbanan aku tu tak membawa apa2 makna pada dia…huk huk huk !

6. Aku tak tau ntah setan apa yang dah masuk dalam badan dulu, sampaikan aku begitu berani jumpa dan marah kat GM tempat aku keje dulu. Walhal aku sebenarnya bukannya sorang yang berani. Alangkan staf2 lain yang lebih senior dari aku pun semua gerun ngan dia nikan plak aku. Pandai2 je marah kat big boss yang dah sah2 berpangkat besar tu. Gamaknya kalau la masih keje kat tempat yang sama dan rasa marah tu pun datang lagi, aku rasa tak sanggup nak gi jumpa dia untuk kali kedua…eeee…takutttt…

7. Masa aku buat medical check-up kat Hospital Gleneagle dulu, doktor hospital tu penah cakap yang satu hari nanti aku akan mengalami sakit sendi terutamanya pada tangan. Betul ke gitu..sebab aku takde rasa apa2 pun sekarang ? Kata boss aku yang review medical report aku tu…’alah menda gitu kadangnya bukan leh caya ngat’. Betul ke ? Cakap sapa aku nak dengar ni ?

P/S: Aiyohh..banyaknya rahsia aku dah pecah ni... Ni semua Tipah le punya pasall....eeee...malunyerrr...OFF PC! OFF HP!!! ***lariiiiiii*****

Monday, October 24, 2005

Sambutan raya tahun ini

Cam mana sambutan raya tahun ni?
Kalau korang tanya aku soklan ni.. jawapannya aku rasa dah takde apa2 lagi yang menarik untuk disambut time raya ni. Pendekata dah tua2 gini, aku dah tak excited ngat dah nak tukar baju baru ke, gi sana sini ke.. semuanya dah takde apa lagi yang best bagi aku. Yang seronok aku tengok, cuma telatah anak2 aku je. Seronok nengok dorang bersemangat ngan baju baru, kasut baru, dapat duit raya..la.. Terasa puas je dalam hati aku bila tengok dorang seronok ketawa. Dalam saat2 nak raya gini, itu je la yang dapat menghiburkan aku.
Tiap2 tahun 1 Syawal kekadang tu macam takde makna je lagi dalam hidup aku. Boring je rasa. Tambah2 lak tahun ni, tahun yang pertama dalam sejarah hidup aku kena beraya kat KL sebab bapak aku masih belum sembuh lagi dari sakit lututnya tu. So mak aku satu sekeluarga amik keputusan tak yah le balik kampung. Raya kat KL??? Apa la yang ada kat KL masa raya nanti ek? Ish tak sanggup aku bayang kan cam mana ler keadaan beraya kat KL ni. Ada ke orang nanti kat KL ni? Apa aktiviti yang nak dibuat bila beraya kat KL ni? Mana le tau kot2 dah boring sangat tinggal sorang2 je kat KL ni, mau je kang aku cuba try cipta rekod rekod dunia 'manusia paling lama dapat berbaring' kat tengah Jalan Tuanku Abdul Rahman yang selalunya sibuk tu.
Tak penah terpikir aku nak beraya kat KL ni. Uish.. ada ke makhluk yang bergelar manusia kat KL ni bila time raya nanti? Ke aku akan beraya ngan semut, kucing, lipas semua..? Adeh tentu boring giler nanti. Semalam jenuh aku pikir2 balik, apa la nak buat time raya nanti. Ntah camner aku dapat satu idea....jeng jeng..jeng.. Aku ingat nak cat rumah pas habis semayang raya nanti. Pelik kan? Time2 orang lain suma tengah sedap2 ngadap kuih raya... aku lak plan nak ngadap tong cat! erk..
Cadangan agenda sambutan raya pertama aku tahun 2005 nih
08:30 - 10:00 - Gi mesjid semayang raya
11:00 - 12:30 - Layan drama minggu ini 'mari bermahap-mahapan reramai' sambil perabihkan duit raya kat bebudak
12:30 - 02:00 - Sessi mari membuncitkan perut beramai-ramai (sambil nengok rancangan wajib time raya - circus)
02:00 - 04:00 - Dok depan pintu rumah kot2 ada orang, kucing, tenuk atau apa2 jua makhluk kat planet bumi ni yang sudi beraya kat umah aku
04:00 - 07:00 - Mula bukak tong cat dan berlatih mengecat dinding dengan mempraktikkan jurus hikmat hayunan tangan tanpa bayang.....woo...watchaaaa..!!!.
08:00 - 09:00 - Tengok berita TV3 sambil jenguk2 kat tingkap kot2 ada orang yang sudi main bungapi kat KLCC time raya untuk kasi aku nengok..(err ..ada ke orang main bungapi time raya??)
09:00 - 10:00 - Sessi makan malam sambil melunaskan tanggungjawab terhadap kuih2 raya yang dah lama aku beli.. hahaha..padan le muka korang takde kuih raya bila datang umah aku nanti.
10:00 - 11:00 - Main mercun dan bungapi yang aku beli kat pasar malam ari tu dengan menggunakan nama anak aku..tehehehe
11:00 - 12:00 - Memulakan proses penggiraan duit raya anak2 aku sambil memikirkan siapakah lagi yang boleh dijadikan mangsa kutipan ganasz duit raya dorang....huargh....huargh..huargh..
12:30 - tido

Friday, October 21, 2005

Orange



Image hosted by Photobucket.com

Inginkan notebook widescreen cenggini? Mudah je.. tekan #*15661* pada hp anda dan tunggu hingga hp anda tertulis "requesting..". Anda akan menerima 4 digit kod rahsia dan diminta mendail satu no. telefon. Dial no. yang diberi tu dan tekan 1 untuk bahasa Malaysia. selepas beberapa minit anda akan disambungkan pada operator bertugas dan tunggu hingga operator berkata "apa??? nak notebook free? nak berak pun kena bayar tau tak?" ...........tehehehehe *gelak sambil tekop mulut**

Ada orang tanya aku... Apsal nama blog aku ni Orange? Dah tu apsal lak kat header blog aku ni ada nama Mokhzani? Habis kalau dah banyak ngat nama cenggini, nak panggil aku ngan nama apa?

Ok lah untuk menghuru-harakan keadaan yang dah sememangnya huru hara ni bior le aku terangkan semuanya. Yang sebenor nyer.. Orange tu memang le bukan nama aku. Takkan ada nyer dibuat dek orang nak bubuh nama 'Mohd Orange' dalam kad pengenalan. Orange tu sebenarnya adalah nama PC aku kat umah. PC yang selalu aku pakai untuk update blog aku. Kalau dulu Orange tu yang cuma sebuah PC desktop, sekarang ni dia dah ada 'adik' baru... sila tengok gambo atas ni ** paste gambo tu dengan berlagak nyer**.

So kalau korang nak panggil aku kat blog ni Orange ke apa.. tu sukati korang le. Tapi kalau jumpa aku kat luar, kalau boleh, jangan le panggil aku ngan nama Orange ni. Ish malunyer aku nanti... Orange?? hmmm ...ish cam orang tua tak sedor diri je kan? Korang panggil le aku...Zani ke baru le ...elok sikit bunyinyer.

Aku pun tak tau napa le aku suka sangat ngan nama Orange ni. Kalau korang nak tau, kat rumah aku habis semua barang komputer aku..semuanya aku lekat dengan nama Orange. Dari printer sampai le digital camera, keyboard semua. Sedara mara aku semuanya datang tau kalau nampak nama Orange ni kat mana2 barang komputer so secara automatiknya dorang leh tau..barang tu aku yang punya...yaaaa aku yang punya! bukan Ahmad Albab yang punya.

P/S: Agaknya dalam 99 jenis yang ada dalam dunia ni.. aku ni termasuk dalam kategori gila apa ek?

Thursday, October 20, 2005

Computer virus

Aku sebenarnya tak sangka satu hari nanti aku akan bekerja dalam bidang IT nih. Aku ingat lagi dulu lepas aku isi borang pendaftaran untuk belajar dalam bidang IT ni, terasa semuanya macam susah je. Maklum la aku bukannya datang dari keluarga yang berada. Family aku nak belikan PC semata-mata untuk aku belajar IT? Memang benda ni tak penah terpikir langsung dalam kepala aku. Tapi aku tak penah salahkan family aku sebab aku tau dimana tahap kemampuan dorang. Nak beli PC masa zaman aku belajar dulu, memang cukup mahal, tak lah macam sekarang senang2 boleh dibeli pakai pinjaman ke, credit card ke apa ke. Aku cakap pada diri aku, tak pe lah kalau dorang tak mampu dan aku sendiri pun kalau boleh tak mau family aku bersusah payah semata-mata untuk aku. Bagi aku, cukup lah kalau dorang leh bagi sokongan pada aku. Itupun aku rasa dah lebih dari bagus.

Waktu memula belajar IT dulu, memang aku tak nafikan semuanya begitu asing pada aku. Tengok keyboard je dah cukup mengerunkan aku. “Banyaknya button yang nak kena tekan, cam belajar bawak kapal terbang je” begitu kata hati aku dulu. Bayangkan la button ‘Enter’ pun aku tak tau apa fungsinya, macam mana nak buat assignment atau programming yang pelik2 nanti?.

Aku tak penah lupa pengalaman pertama aku masa mula2 belajar word processing yang agak popular masa tu. Kalau tak salah aku, namanya ‘Word Star 6.0’. Masa tu aku terpegun tengok orang lain menaip. “Cekapnya dorang ni, sedangkan aku? Usahkan nak taip, suis PC tu pun aku tak tau kat mana. Isk boleh ke otak aku yang lembap ni belajar menda2 gini? Habis le aku…” gitu lah yang memula aku rasa dulu. Semuanya sukar dan mustahil je aku rasa. Kekadang rasa menyesal pun ada ngan keputusan aku nak belajar IT nih.

Tapi semua tanggapan aku pada dunia IT ni berubah tak lama lepas tu. Suatu hari masa aku ngan member aku tengah minum kat kedai mamak, aku terdengar member2 aku bercerita pasal computer game yang dorang minat. Masa tu aku tak berapa paham menda2 yang dorang sembangkan. Banyak perkataan yang pelik aku dengar dari mulut dorang tapi aku rasa berminat nak tau menda yang dorang sembangkan. So aku tanya la kat salah sorang member aku “Dee ‘delete’ tu apa?”. Aku tak sangka soalan yang aku tanya tu adalah soalan bodoh pada mata dorang. Dee pun cakap “ko ni apa la bodoh sangat, tu pun ko tak tau ke?”. Aku rasa cukup terhina ngan perkataan ‘bodoh’ yang Dee lemparkan pada aku. Terasa kecik je pengetahuan IT aku ni kalau dibandingkan dengan dorang. Mentang2 le aku bukan datang dari keluarga berada tapi aku aku tak dapat buat apa2. Aku cuma mampu tersengih macam kerang busuk je untuk menyembunyikan perasaan aku.

Sejak dari itu, aku berazam untuk membuktikan pada member2 aku yang aku boleh berjaya dan menandingi dorang dalam pelajaran. Tak cukup dengan tu, aku juga mula menyimpan dendam untuk mengenakan dorang balik. Itu lah aku, agak pendendam orangnya tapi aku tak penah tunjukkan pada dorang rasa marah aku sebab aku ni bukanlah jenis orang yang suka marah. Aku tak penah lupa mengintai setiap peluang untuk memastikan dendam aku pada dorang terbalas. Sikitpun dorang tak penah menyangka yang aku dah menyimpan rasa benci pada dorang sebab kekadang tu kitaorang selalu buat assignment sesama dan ada masanya kami keluar lepak kat KL pun sesama.

Sepanjang aku belajar, nasib seolah2 menyebelahi diri aku, akhirnya aku berjaya menandingi dorang dalam pelajaran dan muncul antara salah sorang pelajar terbaik kat tempat aku belajar. Tapi itu masih tak cukup bagi aku. Aku masih mahukan sesuatu yang lebih untuk 'mengajar' member2 aku. Aku nak dorang menderita dan menelan penghinaan yang penah dorang lemparkan pada aku dulu. Dendam aku masih cukup berakhir terutamanya pada Dee.

Satu hari ada sorang member aku, memperkenalkan aku pada software anti-virus. Menarik tul software tu aku rasa dan berminggu2 masa aku habiskan untuk mempelajariya. Macam2 benda aku belajar dan matlamat aku cuma satu, aku nak mencipta computer virus aku sendiri supaya aku dapat melaksanakan niat jahat aku pada member2 aku. Untuk mencapai matlamat aku yang satu ni, aku sanggup menghabiskan masa berjam2 kat computer lab untuk menghasilkan virus aku inginkan. Aku cakap kat lecturer aku, yang aku nak stay back untuk buat assignment yang dia bagi dan dia tak penah sikit pun curiga pada aku sebab masa tu aku adalah diantara pelajar terbaik dalam kelas.

Mungkin korang pun takkan percaya aku katakan, akhirnya aku berjaya mencipta computer virus aku sendiri. Mungkin jugak korang anggap aku ni cuma merepek je bila bercerita pasal benda gini. Tapi sebelum korang kata apa2, biarlah aku bagitau memang tak mustahil nak buat computer virus ni dan kejap lagi aku akan tunjukkan kat korang macam mana aku leh buat computer virus tu.

Lepas je aku dah berjaya mencipta computer virus tu, dah tentu mangsa aku adalah member2 aku sendiri. Dee adalah salah sorang darinya. Aku teringat lagi dulu, macam mana sukanya dia bila aku bagi satu ‘latest computer game’ yang dah terselit didalamnya computer virus aku. Sikit pun Dee tak menyangka, aku berniat nak kenakan dia dan lepas tu pun, tak de sorang pun member aku mensyaki aku lah punca assignment dorang boleh terpadam dengan sendirinya dari PC dorang. Dorang betul2 tak tau bila dorang install je game tu ke dalam pc dorang, sebenarnya dorang 'copy' virus aku sekali! Memang aku sangat2 berpuas hati dengan hasil computer virus aku, terutama sekali bila virus tu dapat memadam assignment yang sepatutnya dorang hantar hari tu.

Itulah benda jahat yang penah aku buat masa aku belajar dulu. Bila dendam dah terbit dalam diri aku, aku akan pastikan takkan ada satu benda pun yang dapat menghalang diri aku. Aku jugak akan berusaha 110% untuk dapatkan apa yang aku nak. Tambah plak kalau sebelum tu orang dah pandang rendah pada kebolehan aku. Kalau korang nak tau, ini lah cara aku buat computer virus aku.
- Fungsi utama untuk virus ni, adalah untuk delete file2 tertentu dalam PC. Korang boleh specify file apa yang korang nak delete dalam batch file tu. Mungkin korang rasa file yang terpadam tu boleh di’recover’ balik…kan? Jawapannya tak, aku dah masukkan command ‘wipe’ untuk memastikan file tu dah terpadam buat selama-lamanya.

- Korang tau tak, setiap character yang korang taip ada ASCII code nya sendiri termasuk la spacebar. Jadi untuk membuat suatu computer virus, filename yang sesuai untuk virus, tentunya adalah spacebar. Kenapa mesti spacebar? Jawapannya ialah spacebar adalah character yang tak nampak dan bila kita gunanya, orang takkan perasan atau syak computer dorang ada virus. Apakah ASCII code untuk spacebar? Tekan CTRL …. (opss sori tak boleh bagitau)

- Virus aku dibuat dari pada batch file ( .bat). Kat dalam batch file ni, semua DOS command untuk delete file akan di’execute’kan tanpa dapat dikesan atau dipaparkan pada skrin computer. Kenapa? Jawapannya ialah setiap command yang aku guna, semuanya didahului dengan command @echo off.

- Akhir sekali virus ni aku akan patchkan kat dalam satu computer start-up file yang dipanggil AUTOEXEC.BAT. Walaupun aku dah patchkan virus ni, korang takkan perasan sebarang perubahan pada start-up file korang sebab macam yang aku cakap tadi sebab filename virus aku adalah spacebar.Untuk memastikan virus aku ni tak dapat dipadamkan dengan mudah, aku selalunya akan set attribute dia jadik hidden dan read only.

- Virus ini jugak takkan dapat dikesan oleh mana2 anti virus masa zaman aku belajar dulu. Ni disebabkan virus ni diperbuat dari batch file. Suatu file yang dikira sebagai ‘valid editable file’ atau dengan kata lain sama macam file MS Word, Excel yang selalu korang taip dalam PC korang.

- Virus ini hanya berkesan kalau digunakan ngan MS Windows 95 & MS Windows 98 & MS Windows NT sebab kedua2 operating systems ni banyak bergantung pada AUTOEXEC.BAT masa proses start-up nya.Kalau virus ni dimasukkan dalam PC, memang susah nak disyak kehadirannya sebab dia tak menunjukkan apa2 tanda melainkan korang akan rasa skrin PC korang blank lebih lama masa start-up dan PC korang jugak agak lembab dari biasa. Sebenarnya PC korang tu bukannya lembap, cuma masa tu virus aku tengah buat background processing yang tak dapat dilihat pada skrin PC.

P/S: Sebenarnya taklah canggih sangat virus ciptaan aku ni, tapi bayangkan la apa yang akan terjadi kalau file korang takde dalam PC disaat korang amat memerlukannya!.




Wednesday, October 19, 2005

Terima kasih

Sebenarnya sampai sekarang aku masih tak percaya yang aku dah ada blog aku sendiri. Memula dulu aku cukup kagum bila tengok blog orang lain. Cantik je aku tengok dorang decorate blog dorang. Kagum betul aku nengok dorang buat macam2 banner yang lawa2, Kreatif betul dorang ni dan bermula dari situ lah aku mula menyimpan hasrat nak buat blog sendiri macam dorang. Tak sangka akhirnya aku mampu memiliki blog aku ni walaupun tak secanggih dan secantik macam blog orang lain.

Memang aku ngaku aku ni bukan la pandai sangat nak decorate blog ni sebab tu la korang nengok blog simple je. Tu sebab le blog aku ni cam padang jarak padang tekukur cam baru lepas kena taufan Rita je. Tapi takpe decoration tu pada aku tak le penting sangat. Apa yang lebih penting ialah aku dapat luahkan isihati dan bercerita tentang diri aku untuk tatapan korang dan generasi keluarga aku pada masa akan datang melalui blog aku.

Memang tak dapat aku nafikan kekadang tu aku ni bukanlah pandai sangat nak mengarang dan menyusun bahasa dalam blog aku. Menaip pun kekadang aku asyik tersilap je, dah le.. ayat pun kekadang tertunggang langgang. Itulah aku, memang banyak kelemahan penulisan aku dan tak salah kalau aku katakan aku memang tak berbakat langsung bab menyusun ayat ni. Sori le yea kalau korang rasa ada diantara ayat2 aku yang membuatkan korang tersinggung atau mungkin marah dan tak bersetuju dengan pendapat atau pandangan yang aku utarakan.

Apapun sebenarnya hari ni aku teringin menjadikan entry hari special sikit dari yang selalu. Kali ni aku nak mengucapkan ribuan terima kasih pada korang yang sudi menjenguk dan membaca blog aku ni. Tak sangka dalam keadaan aku yang selalu kekurangan idea dan gaya penulisan yang asyik salah dan kelam kabut, masih ada gak pembaca blog yang sudi datang ke blog aku ni. Terima kasih pada Sempoii, Masy, Din TKD, Edryna, Nonie, Zak zak, Akuro, Tipahvogue, Akira dan termasuk lah semua invisble visitor yang namanya takde di sini. Terima kasih pada korang semua kerana telah sudi menyerikan blog aku ni dengan komen2 korang.

TERIMA KASIH SEMUAAA….OHHH LIHAT LAH DOHNIYA…HUK..HUK..HUK

P/S: Untuk menghargai korang semua, actually aku tingin nak buat poll dan hadiahnya (hadiah utama la) pun aku dah belikan sikit2. Mostly barang komputer la i.e. Wireless Keyboard/Mouse, MP3 Player, etc. Takde le mahal ngat hadiahnya, tiap2 satu hadiah tu cuma RM150 ke bawah je harganya..(aku pun sengkek gak weih..) Tapi aku ingat nak tunggu dulu la, kot2 jumlah pembaca blog aku ni boleh bertambah sikit masa lagi. Masa tu baru le best nak buat poll nanti. Kalau tak kang, senang sangat le korang leh menang…kan? Tak best la gitu sebab tak adventure dan tak meriah competition nya. Ada sesapa leh kasi idea?
Tak pun mana lagi best? Nak buat poll ke atau buat teka gambar? Ala teka gambar cam yang penah dorang buat dalam kuiz kat TV tu. Aku tangkap gambar dan klu korang teka la ramai2, tu gambar apa.? **mati le korang jangan harap la aku nak kasi gambar yang senang untuk diteka..heheheh**. Kita buat competion ni selama 2 minggu (ada lebih kurang 10 gambar la gitu) dan bila dah tamat, kita tengok le sapa yang bayak teka bngan betul dia le menang. ok gini?

Tuesday, October 18, 2005

Rumah baru

Kekadang aku rasa kejap tul masa berlalu, sekarang ni tau2 je dah masuk 2 tahun aku dok rumah aku sekarang ni. Teringat aku 2 tahun yang lepas, bulan October macam nilah aku amik keputusan untuk pindah ke apartment baru aku, apartment yang aku dok sekarang ni. Sebenarnya sebelum aku pindah kesini aku ada dengar cerita2 yang agak menyeramkan penah yang diceritakan dek bapak aku dan beberapa lagi kawan aku yang lain. Macam2 la dorang cerita, ada yang nampak bayang orang takde kepala la, nampak bayang putih dok merayau2 la..ish memacam lagi citer aku dengar. Tapi semua tu tak penah sikit pun mengubah keputusan aku nak memulakan hidup di rumah baru aku sebab bagi aku rumah tu memang cantik dan kawasan perumahan tu memang strategik, senang la aku nak gi keje kalau dok situ.

Dua tahun yang lepas, dalam bulan October gini la waktu orang lain semua tengah sibuk nak balik kampung masa awal cuti sekolah, aku amik keputusan untuk pindah dan mula tinggal kat rumah baru aku ni. Aku ada cadang nak balik kampung cam dorang tapi aku ingat nak balik lambat sikit sebab cuti aku masa tu dah tak berapa banyak lagi. Waktu memula aku dok rumah baru ni, memang tak ramai pun orang pindah ke apartment ni, maklum la kawasan perumahan aku tu masih lagi baru. Waktu aku dah pindah tu pun, seingat aku tak sampai pun 5 buah keluarga yang duduk area block apartment aku ni.

Suatu malam, lebih kurang pukul 10 malam, masa wife ngan anak aku dah lena tido, aku terdengar bunyi riuh orang mengalihkan perabot kat tingkat atas rumah aku. Terasa cam ada pesta je kat tingkat atas rumah aku ni. Setau aku, waktu tu rumah kat tingkat atas aku ni memang tengah kosong lagi sebab tuan rumahnya belum pindah lagi. Memula tu aku ingatkan mungkin le gamaknya jiran baru aku ni amik keputusan nak pindah awal ke sini cam aku, so aku tak kisah le sangat bunyi bising gitu. Tapi bila dah lepas tengah malam bunyi riuh tu makin menjadi2 plak. Kalau sebelum tu cuma ada bunyi orang mengalihkan perabot tapi sekarang dah ada plak bunyi orang tumbuk lesung batu dan bunyi budak2 main guli kat rumah atas apartment aku ni. Sapa plak yang sibuk masak sampai tumbuk lesung batu lewat malam gini? Korang tau je la cam mana bunyi orang tumbuk lesung batu kat umah bertingkat gini. “Buk..buk..” punya la bingit giler bunyinya, sampai hilang sabar aku dibuatnya. Yang tambah peliknya, bunyi tu plak macam ikut je kat mana aku pegi. Kalau aku dok kat dapur, bunyi tu makin kuat kat dapur, kalau ruang tamu bunyi tu pun macam mengikut je aku ke ruang tamu. Aku terpikir gak orang rumah atas ni nak main2 ke ngan aku?

Berdetik gak dalam hati aku “kurang ajar tul orang atas ni, memekak lak memalam buta gini”, terus je pastu aku pakai baju dan terus gi naik tingkat atas apartment aku. Meluap2 rasanya aku nak gi ‘serang’ rumah orang atas aku ni tapi yang peliknya bila aku sampai je, aku tengok pintu rumah tu berkunci. Dah tu bila aku intai bawah pintu, rumah tu gelap gelita rupanya dan takde sebarang bunyi pun dari dalam rumah tu. Tak puas hati lagi ngan keadaan tu, aku pun turun bawah dan tengok dari luar block aku. Sah! memang rumah tu gelap gelita dan takde tanda2 ada orang dok situ. Takde langsir, takde lemari ke apa, pendekata takde satu apa tanda pun rumah atas apartment aku tu diduduki orang!. Aku cuba gak gi nengok kat parking lot area block aku kot2 ada kereta tuan rumah atas tu tapi yang aku nampak cuma kereta aku je yang ada kat parking lot malam tu. Bila dah gini tetiba meremang je bulu roma aku. Aku mula teringat kata2 bapak aku “rumah kamu tu keras Zani sebab dekat ngan kuil hindu, jangan harus le kamu bawak anak kamu keluar rumah memalam”. Gitu le pesan bapak aku masa memula aku pindah dulu. Masa ni, tetiba je aku terasa seram yang amat sangat. Risau beb kot2 bertembung lak ngan makhluk2 pelik pas ni kang. Dah le malam tu gelap gelita, touch light lak aku tak bawak. Lekas2 je kaki aku melangkah balik terus ke rumah aku.

Rupanya ‘gangguan’ tu tak habis takat situ je. Bila aku sampai rumah, aku terdengar bunyi anak aku nangis dalam bilik tido dia. Lain macam sungguh bunyi dia nangis. Sedaya upaya dia menjerit macam dirasuk je. Jenuh aku bagi susu, masukkan dalam buaian tapi takde tanda2 langsung dia nak diam. Bayangkan la dia leh nangis sampai satu masa hilang terus suaranya. Panik giler aku waktu tu. Aku pun terus kejutkan wife aku dan suruh dia tengok kan anak aku. Buntu tul kepala aku dibuatnya. Bila aku tanya kat anak aku “Ayie nak apa ni”, dia tak jawab pun pertanyaan aku cuma tangan dia je menunjuk2 ke arah pintu sliding rumah aku. Baru le aku perasan, dia mungkin dah ternampak sesuatu yang aku tak leh nampak! Sesuatu yang mungkin menakutkan!

Bila dah panik gini, baru aku teringat akak yang jadik baby-sitter anak aku tu boleh ngubatkan penyakit budak kecik cam ni. So terus je aku ajak wife aku bawak anak aku gi rumah baby-sitter aku tu. Segan gak mulanya nak gi rumah dia pastu nak kejutkan dia memalam buta ni. Dah tentu le dia ngan familynya tengah nyenyak tido waktu gini. Tapi apa nak buat, terpaksa gak aku tebalkan muka minta tolong pada akak tu tengokkan anak aku sebab dah takde tempat lain lagi aku nak gi. Nasib baik le dia tak kisah sangat ngan aku. Mungkin sebab dia pun sayang agaknya ngan anak aku ni cam anak dia sendiri. Lepas je dia jampi sikit kat ubun2 anak aku, baru le anak tido. Sian aku nengok anak aku tu, dia dah macam keletihan yang amat sangat lepas beberapa jam nangis tak berenti2. Akak tu cakap “Ada ‘benda’ dah usik dia ni, hang ada kuaq malam kot? Ada la benda yang mai ikut hang balik rumah nih”. Seram je aku dengar ayat akak tu.

Balik dari rumah akak tu, aku terus gi rumah mak aku yang terletak tak berapa jauh dari situ dan amik keputusan untuk terus tido je kat sana. Bila wife aku tanya kenapa aku tak terus je balik ke rumah? Cepat je aku bagi alasan yang aku dah ngantuk dan malas nak drive lagi jauh2. Sampai le sekarang, dia tak tau apa sebenarnya yang dah menimpa keluarga kami pada malam tu.

.

Image hosted by Photobucket.com

Ni le kawasan perumahan yang aku duduk sekarang. Tapi waktu malamnya kadang tu tak menjanjikan kedamaian seperti diwaktu siangnya.

P/S: Alo-alo incik!... jangan cuba baca dari bawah..pi..pi..scroll atas balik!!!...tehehehe...


Monday, October 17, 2005

Apakah normal..

Apakah normal kalau masa kita tengah dok mengelamun sorang2, tetiba kita dapat lihat gambaran satu peristiwa yang akan terjadi (tak kira la yang baik atau buruk) pada kita atau orang2 yang kita kenal dalam hidup kita?. Tapi kita sendiri tak tatau bila ia akan terjadi cuma bila peristiwa tu dah pun berlalu kita akan tertanya pada diri sendiri dan kata "eh cam penah lalui je peristiwa ni tapi bila ya?
Apakah normal kalau tiapkali akan berlakunya benda buruk, telinga kita berdesing ngan kuat dan kekadang kedengaran macam sesorang tengah berbisik kat kita dalam bahasa yang kita tak paham?
Apakah normal bila kita selalu mimpikan seseorang yang dah lama meninggal dunia, pastu dalam mimpi tu orang tu panggil kita datang kat dia seolah cuba menceritakan sesuatu pada kita?
P/S: Atau aku kah yang tak berada di dunia nyata? Aku kah yang masih lagi tak berhenti bermimpi?

Friday, October 14, 2005

Keje IT

Ada orang kata kalau nak berjaya kena ada pelajaran atau certification. Betul ke statement ni? Ntah la lain orang mungkin lain pendapatnya. Aku terpikir balik pasal benda ni bila aku minum kat kedai mamak ngan member aku semalam. Actually, mamat ni baru je habis buat master dalam bidang IT lepas dia berenti keje 2 tahun yang lepas. So semalam masa kami berjumpa, dia merungut la kat aku pasal susah ngat nak cari keje sekarang ni. Dalam pada masa yang sama dia heran macam mana le aku senang2 leh dapat keje lak dengan kelulusan yang pada dia tak lah seberapa ngat.
So bila aku dengar cam tu, aku pun kasi le sikit nasihat kat dia. Nasihat ni mungkin jugak berguna untuk korang yang rasa terror ngat mencanggihkan blog pastu berangan tak hengat nak keje dalam bidang IT le konon2 nak jadi engineer le, system analyst ntah apa2 lagik. Bukan le aku nak tunjuk pandai, tapi sebagai orang yang dah berpengalaman keje dalam bahagian IT ngan company cam MARA, ESSO dan yang terbaru HESS, plak tu penah mengendalikan 2 buah projek IT kat oversea dan penah handle benda2 cam VSAT Satellite, Beacon, PABX, Radio AUX, aku rasa mungkin pengalaman aku boleh dijadikan panduan untuk korang yang mungkin berminat nak menceburkan diri dalam bidang IT.
Dulu aku pun macam orang lain gak, tak berapa konfiden je nak cari keje dalam bidang IT ni. Yelah macam member aku cakap la, kelulusan aku pun bukan apa le sangat. Tapi aku penah dengar kata2 sorang tokeh cina kedai IT kat Imbi Plaza yang cakap " You aa kalu mau keje dalam ini IT aa, you munya master ke phd ke diploma ke, you punya certification tu aa macam orang mau pigi berak kena bawak kertas tisu tandas ooo. Actually, tak payah bawak itu tisu pun takpe sebab boleh pakai air jugak". Aku pun tatau apa maksud cina tu, tapi aku rasa mungkin air tu dia dimaksudkan sebagai pengalaman dan tisu tu plak sebagai kelulusan akademi le kot.
Aku sendiri pun memula susah gak nak caya kata2 cina tu. Iye la keje dalam bidang IT ni kan kena tau pasal teknologi terbaru la, pastu ntah apa2 software ngan hardware yang pelik2..ish memula tu cam susah je aku bayangkan. Tapi sekarang lepas dah beberapa tahun aku keje, baru le aku caya kata2 cina tu dulu. Yup kelulusan akademi bukan le penting ngat...sebab yang penting sangat2 dalam bidang IT ialah mesti PANDAI KELENTONG. Iyaa.. itu lebih penting dari segala kelulusan akademi yang korang ada. Kenapa lak mesti pandai kelentong? Sebabnya dalam bidang IT terutama yang melibatkan hardware ke, software ke, atau repair barang sana-sini, korang suma takkan boleh bagi jawapan yang tepat bila orang tanya punca masalah menda yang rosak tu. Takde sesapa pun dalam dunia ni, boleh bagi jawapan yang tepat untuk soalan gini kalau korang blum tengok dan cari punca kerosakan menda tu.
Disebabkan tiap2 kes gini ada 1001 penjelasan tersendiri, bermakna ada 1001 cara gak la korang leh kelentong orang lain atau end-user atau boss korang sendiri. Tapi kalau nak kelentong pun kena ada le caranya. Muka dan percakapan tu kena la kasi nampak confident sikit dan yang mustahak kalau ada orang ngadu masalah komputer ke apa ke kat korang, kena la buat2 prihatin dan peka ngan masalah yang dorang komplen. So baru le orang leh caya korang nyer kelentong tu nanti. Pendekata kena buat2 muka cam 'pendengar setia' atau bersikap 'analytical sikit' walaupun sebenarnya korang memang menyampah giler nak layan masalah yang orang komplen tu sampai ada rasa nak stapler je mulutnya. Memang kena buat gini, sebab selalunya orang yang komplen tu dia berada dalam keadaan marah. Kalau korang pun 'bengis' gak so bermakna ni dah jadik kes 'api lawan ngan api'. Jadi cara yang terbaik nak kasi lekas dorang tutup mulut ialah buat le cara yang aku cakap tadi. Mesti dorang lega bila dah lepaskan marah dia dan korang lak jangan le amik hati kalau orang marah2. Buat2 le muka poyo ke selamba ke.. just rileks kan diri tu jangan gelabah. Pastu pandai2 korang le nak atasi masalah orang tu camner...rasa takleh handle, tabur le macam2 alasan ke apa, tak pun bantai je reka2 cerita..mesti dorang caya nyer tapi jangan le buat selalu kang termakan diri sendiri lak.
Orang melayu kita ni terutamanya tak berapa pandai ngat skil yang aku sebutkan tadi sebabnya orang melayu kita ni kekadang tu ego sikit, dah tu kekadang bodoh sombong. Baru tau sikit je pasal menda2 canggih..tapi dia punya cerita macam le dia tau segala-galanya. Dah tu harapkan certification je tapi takde kesungguhan untuk teroka benda2 baru yang berkaitan jugak ngan IT. Dorang ni lebih suka dok tang situ je. Pasal tu le kita tak maju sampai sekarang dan pasal tu la kalau ada apa2 benda atau teknologi baru.. balik2 muka cina je yang selalu nampak.....siannnnn orang melayu kita. Aku teringat kata2 India, tokeh kedai PC yang aku penah keje dulu..katanya "sepandai mana pun kita dalam bidang IT ni, tu semua baru macam setitik air di tengah lautan sebab bidang IT ni terlalu luas untuk kita teroka"
P/S: Pas makan sahur tadi tak sempat nak minum air, dah tekak rasa tercekik. cam ada bola bowling je tersangkut kat dalam tekak nih...erkkk...

Thursday, October 13, 2005

Aku & waktu (Part 2)

Macam yang penah aku bagitau dulu, blog aku ni bukan je aku jadikan tempat bercerita malah kalau boleh aku nak buat lebih dari tu. Suatu hari nanti, kalau anak2 aku dah besar, aku nak dorang boleh search dan akhirnya access blog ni supaya dorang dapat mengenal tentang sejarah dan cerita pahit manis abah dorang membesarkan dorang.

Bagi aku terlalu banyak cerita dalam blog ni yang boleh dikongsi bersama. Memang aku tak nafikan dalam blog aku ni, aku lebih banyak bercerita tentang sejarah hidup aku masa kat kampung, zaman sekolah, masa keje. Takkan ada nyer kat blog aku ni, cerita pasal AF3 ke apa ke sebab tu bukan la cara aku. Tapi iye lah kalau takat bercerita je takde gambar, tentu boring gak kan. So untuk entry kali ni aku akan bercerita sikit...again pasal sejarah hidup aku dan aku sertakan beberapa gambar yang menarik (pada aku la) untuk korang.

Image hosted by Photobucket.com

Untuk pengetahuan korang, ini le rumah kampung atuk aku yang selalu aku citer dalam blog ni. Suka ati korang le nak cakap lawa ke buruk ke tapi yang pastinya rumah ini memang amat bermakna pada aku. Di sini le tempat aku main masa kecik2 dulu dan di sini gak la tersimpan segala kenangan manis aku ngan arwah atuk aku. Banyak kenangan leh diimbas balik setiap kali aku tengok gambar ni dan jangan tak caya aku leh pandang gambar ni berjam2 lamanya. Gambar ni mungkin diambil sekitar tahun 1986 - 1987. Kalau tak salah tengah sambut hari raya kot waktu tu. Toksah le korang cari aku dalam gambar ni sebab dah memang sah aku takde dalam gambar tuuu....

Image hosted by Photobucket.com

Korang tentu tertanya2, macam mana la rupa atuk aku yang selalu aku ceritakan tu? Jeng..jeng..jeng ni le rupa atuk aku dan opah aku lak yang tengah dok berdiri kat hujung tu. Sapa yang tengah tu? oo tu le makcik aku yang juga penah aku ceritakan dalam blog ni. Akhir sekali yang lagi sorang tu sepupu aku, merangkap musuh ketat aku masa kecik2 dulu. Mana aku?? mmm dah tentu le yang tengah cuba nak lari tu. Nasib baik le atuk sempat pegang aku masa tu kalau tak tentu aku dah takde dalam gambar ni. Gambar ni diambil masa kat airport subang sekitar tahun 1976 - 1977. Amenda dorang buat kat airport ni? oo yang itu ..patik kurang periksa la tuanku..

Image hosted by Photobucket.com

Ni ialah gambar aku ngan mak aku masa kat suatu taman bunga kat penang. Comey tak aku? alo..alo..incik, exkiss me... sila pandang kat atas..tuu..tuu..yang tengah didukung tu..ha tu le aku..bukan yang tengah amik buah kat bawah tu. Gambar ni memang sangat bermakna pada aku sebab waktu tu family aku dok kat taiping dan kereta yang ada dalam gambar ni ialah kereta yang pertama sekali bapak aku pakai sebelum dia berjaya mencatat namanya sebagai orang yang paling rajin tukar kereta dalam Malaysia ni. Waktu ni bapak aku masih berkeje lagi sebagai pengurus besar syarikat insuran MAA cawangan taiping. Hai napa la dia gi berenti dulu, kalau tak dah tentu dapat tempias sikit2... jadi anak tan sri ke datuk ke...ahaks.. hehehe..

Image hosted by Photobucket.com

Pada korang2 suma, sekarang tiba lah masa nya aku umumkan inilah dia rupa wife aku yang sebenarnya. Kenapa dia tunduk? oo masa tu mungkin tengah salam ngan sesapa kot. Gambar ni diambil masa majlis akad nikah aku. Tengah mengigil ooo aku masa tu.. rasa nak terkencing, sakit perut segala ..semua ada. gambar ni memang amat bermakna pada aku sebab masa aku tengok muka wife aku waktu ni, hati aku rasa amat tersentuh sebab waktu tu baru aku tersedar aku dah ada tanggungjawab baru pada dia. Kalau dulu aku hidup sorang, takde sapa pun yang kisah nak gi mati ke apa ke... tapi sekarang, semua tu dah berlalu dengan kehadiran orang 'baru' ni. Yup orang dalam gambar memang sungguh bermakna pada aku kerana kehadiran dia dah banyak menyedarkan dan mengubah tanggapan aku tentang kehidupan aku di dunia ni...aikk..cam ner lak leh kuar ayat jiwang karat ni ...tehehe

Wednesday, October 12, 2005

Bingung

Sejak kebelakangan ni, aku bingung bila pikirkan masalah yang sentiasa dok berlegar-legar dalam kepala aku ni dan sekarang ni aku lebih suka habiskan masa aku ngan dok termenung sorang2. Runsing tul aku sampaikan ada satu hari tu aku tak sedar, bila mandi aku tersapu ‘facial scrub’ atas kepala..huhuhu!. Untuk pengetahuan korang benda2 ni la yang aku tengah runsing kan sangat sekarang ni:-

Sambung belajar
Aku terpikir pasal saranan boss aku yang mintak aku sambung belajar lagi. Kata dia, aku ni ada potensi untuk lebih maju lagi dalam karier baru aku sekarang ni tapi untuk pegi lebih jauh lagi, dia kata aku patut dah ada qualification yang bersesuaian dengan karier aku. Aku rasa aku tau apa niat dia yang sebenarnya. Dah tentu dia nak aku handle responsibility yang lebih besar lagi masa akan datang, pastu dia tentu akan lambakkan segala masalah keje dia kat aku. Aku tak kisah pun nak buat tu suma sebab tu dah memang pun jadik keje aku sekarang. Dia cakap company aku ni bebila masa je boleh sponsor aku dan dia sendiri sanggup approvekan permohonan aku, asal saja aku sanggup sambung belajar lagi.
Sambung belajar?? Dalam usia yang lanjut nih? Boleh ke aku? Mampu ke aku nak menyelak2 buku lagi sekarang ni? Nak baca buku tebal2? Ish ada ke masa ke nak study, nak buat keje opis lagi, family lagi? Isk.. buntunya kepala aku. Ntah napa bila pikir pasal bab sambung belajar ni, tetiba aku rasa tak yakin dengan kemampuan diri aku sendiri. Tatau le aku nak dengar cakap sapa, nak buat apa…erkkk..

Kata hati aku yang jahat ni “Buat apa la nak belajar.. gaji dah besor, pangkat dah besor buat apa le susah2 nak cari penyakit gi study lagi? Ada ke masa nanti nak pikir pasal study, pastu nak buat keje opis lagi, nak layan family aku lagi” Susah tuuuuu…..

Kata hati aku yang baik aku lak “Elok la sambung belajar lagi .. bior le susah dulu dan bersenang2 kendian. Dibuatnya esok kalau takde rezeki nak keje nak tempat ni lagi, sekurang-kurangnyer aku dah ada qualification lain”

Erkkk…cakap sapa aku nak dengar ni?? Aiyaaakkk..tolongggg… mopiko lailaaaa….

Rumah baru aku
Ni satu lagi, ntah abad bila la rumah yang baru aku beli tu nak siap? Pening pala aku bila pikirkan hal ni. Dah jenuh aku jumpa developer rumah aku. Dari dulu, asyik la dorang kata “Insyallah tahun depan leh siap, encik jangan risau”. Jangan risau? Tahun depan leh siap? Dah berapa kali aku gi nengok tapak projek rumah aku tu tapi sebatang tiang pun lum terpacak lagi. Adeh.. dah kat 2 tahun masih takde apa2 lagi. Balik2 tahun depan..tahun depan…ni calendar tamil nadu mana dorang tengok? Dorang ni buat projek perumahan apa? Rumah bunian ke??? Arghhh…tension nyer aku….dah kena kelentong ke aku nih??

Mak aku lak dah sibuk suruh beli rumah lain yang dekat ngan rumah dia. Dari segi duit memang la aku takde masalah nak ikut cakap dia tapi cam ner gaya plak ngan duit yang aku dah bayor kat developer rumah baru aku sekarang ni? Aduhai..malas tul aku nak turun naik tangga opis developer tu pastu nak berbalas pantun ngan dorang yang tak guna tu!

Trip ke Houston
Sebenarnya kalau ikutkan jadual, sekarang ni patutnya aku dah kena gi Houston. untuk jumpa big boss dan colleague aku kat sana. Sebagai wakil dari zon Asia, memang dorang kat Houston tu menunggu-nunggu sangat aku datang ke sana. Dah banyak kali boss aku kat sini tanya bila lagi aku nak arrange trip aku ke Houston tu. Dah macam2 alasan aku kasi untuk mengelak dari kena gi sana. Tapi sampai bila aku mampu mengelak?, satu hari nanti aku kena gi gak. Yang buatkan aku malas tu, bukan nyer apa. Kat US tu, immigresen dia lain macam sikit. Fobia dorang ni pada orang Islam masih menebal lagi. Habis le aku, dah tentu aku akan jadik macam member aku yang kena tahan ngan immigresen sana pastu kena soal memacam dan ditahan berjam2 lamanya. Tak cukup lagi kena soal,.. siap dorang suruh tanggal baju suar suma, pastu siap kena korek ‘anu’ lak..semata2 disebabkan nama dia kat passport tu ada tetulis nama Mohamad dan pastu kat passport dia ada cop “Republic of Indonesia”. Negara yang omputih lahanat tu claimed ..terkenal ngan keganasan… Dua2 ciri tu memang ada pada aku dan jelas tertulis kat passport aku ni ha. Tu la yang buat aku seram sejuk bila pikirkan pasal trip ke Houston ni. Boss aku lak dah asyik tanya aku..bila nak gi…bila nak gi ...? Adehh… apa aku nak jawab kat boss aku nih??… Dah habis suma alasan aku pakai.. satu pun dah takde lagi ni ha.

P/S: Mungkinkah dah tiba masanya untuk aku melakukan keajaiban sekali lagi seperti mana yang aku penah aku buat dulu? Err.. mana gi nyer tongkat sakti aku dulu ek??

Tuesday, October 11, 2005

Selamat Berbuka

Image hosted by Photobucket.com

Meh ler sini teman kan saya berbuka

Dari aku yang asyik keje..keje..keje..& masih tak dapat nak balik umah untuk berbuka..hukhukhuk!

Monday, October 10, 2005

Kisah cinta atuk aku

Kali ni aku teringin nak berciter pasal cinta dan pengorbanan seorang lelaki dari sudut pandangan aku. Dah selalu sangat rasanya aku dengar kaum pompuan yang cepat tul melemparkan macam2 pendapat negatif tentang cinta seorang lelaki. Aku tak nak komen tentang benda2 lain sebab aku mungkin kurang arif dan tak pernah melalui sendiri pengalaman yang mungkin dah dorang lalui. Mungkin jugak dorang tu betul namun aku tak boleh terima kalau lelaki dikatakan tak pandai menghargai cinta dan pergorbanan seorang wanita.

Aku teringin nak berkongsi citer ngan korang tentang kisah cinta dan pergorbanan atuk aku pada opah aku. Walaupun atuk dah lama meninggalkan aku namun aku cukup kagum ngan dia. Belum pernah lagi rasanya citer gini aku kongsi ngan orang lain dan aku rasa tak salah kalau aku citer sikit untuk tatapan korang suma.

Atuk aku tu sebenarnya, agak tegas dan boleh dikatakan agak garang orang nyer. Kat kampong aku, orang lain suma memang segan ngan dia sebab dia tu guru agama kat masjid. Plak tu ramai gak le orang kampong yang keje kat kebun getah atuk aku. Macam aku cakap tadi, kat kampong aku tu, atuk aku memang cukup terkenal ngan ketegasan nya. Kalau dia lalu kat kedai kopi kampong aku, dah tentu orang2 tua yang tengah dok melepak sambil isap rokok akan cepat2 buang rokok dorang. Punya la dorang respect kat atuk aku. Suma tu disebabkan dorang takmo dengar ‘khutbah percuma’ dari atuk aku.

Itu citer kalau atuk aku kat luar umah. Kalau dalam umah lak, opah aku la yang selalu jadik mangsa ketegasan atuk aku ni. Masa aku kecik2 dulu selalu gak la aku dengor atuk aku marahkan opah aku. Kekadang tu tinggi tul suaranya sampaikan aku sendiri pun takut nak dekat ngan atuk aku, walaupun aku ni cucu kesayangan dia. Dulu selalu nyer, aku le yang opah jadikan tempat untuk luahkan perasaan dia. “Tengok tu atuk kamu tu..^&%$#&*” ha cam gitu la ayat yang selalu opah cakap kat aku bila ngadu pasal atuk aku. Memang kekadang aku nengok atuk agak kasar bila bercakap ngan opah.

Tapi bila aku dah besar, aku tengok dah banyak pengorbanan yang atuk aku buat untuk opah aku. Masa atuk aku masih sihat dulu, dia penah janji kat opah aku yang dia nak buat sebuah rumah lain sebab dia takmo kehidupan dia dan opah aku esok, tersiksa sebab terpaksa turun naik tangga kalau diserang sakit tua. Impian dia tu memang dia buktikan beberapa tahun sebelum dia tinggalkan opah buat selama-lamanya. Bagaikan Shah Jehan yang sanggup berkorban untuk membina Taj Mahal untuk permaisuri nyer yang tercinta, atuk aku plak sanggup berkorban ngan menjual salah satu dusun durian kesayangan dia untuk dijadikan modal untuk buat rumah baru yang pernah dia janjikan pada opah. Bukan sebuah rumah je yang dibinanya malah sekali 4 buah dibuatnya.

Kata atuk kat opah, nanti kalau dia dah takde lagi di dunia ni, 4 buah rumah lain tu boleh la opah sewakan untuk menampung perbelanjaan harian tanpa perlu bergantung pada anak2 termasuk la mak aku. Rumah yang atuk bina untuk opah, memang besar giler. Sampaikan ada 2 buah ruang tamu dalam rumah tu. Mungkin rumah tu atuk aku buat sebagai lambang cinta dia pada opah aku. Begitulah sayang nyer dia pada opah aku. Walaupun tak pernah dia menghamburkan kata-kata cinta pada opah aku tapi apa yang dibuatnya memang satu pengorbanan yang cukup besar untuk opah aku. Meskipun sepanjang hidupnya, kekadang opah tak begitu dilayan ngan kasih sayang yang beriya-iya.

Malangnya tak lama atuk aku dapat menikmati saat2 indah hidupnya bersama opah dalam rumah tu. Lepas setahun dua rumah tu siap, atuk aku diserang sakit jantung yang agak kronik dan akhirnya dia menghembuskan nafasnya yang terakhir setelah setahun menderita.

Sebelum dia meninggal dunia, dia masih sempat kasitau kat opah aku kat mana tempat2 dia selalu simpan duit dia dalam dunia ni. Dia cakap kat opah, nanti kalau opah nak beli lauk atau apa2 keperluan dapur bila dia dah takde, amik je dari tempat yang dia cakap tu dan jangan sesekali menyusahkan anak2 atau menadah tangan minta duit pada orang lain. Gitu sekali sayangnya atuk aku kat opah aku. Walaupun dia tahu, dia akan kembali ke rahmatullah tak lama lagi tapi masih tetap menunaikan tanggungjawabnya pada opah. Mungkin dia takmo melihat opah rasa susah dan sedih lepas dia dah takde lagi di dunia ni.

Aku sendiri pun susah nak percaya, rupa-rupanya dalam rumah atuk aku tu tersimpan duit yang begitu banyak jumlahnya. Tak payah la aku citer berapa jumlah duit yang atuk tinggal tu, cukup lah aku kasitau sampai sekarang ni, dah lepas 2 tahun atuk tinggalkan opah, tak de satu sen pun opah mintak duit dari anak-anaknya! Malah gi bank pun opah aku tak penah, apatah lagi nak tekan2 butang mesin ATM tu, sah le opah aku tatau. Apa yang atuk tinggalkan untuk dia memang dah cukup untuk menampung hari2 tua opah aku.

Begitulah cinta seorang lelaki, walaupun kekadang dirinya dipenuhi keegoan tapi kasihnya pada insan yang bergelar pompuan apatah lagi seorang isteri takkan penah luntur dihatinya walaupun tak dihiasi dengan kata-kata cinta. Kekadang kita ni bila dah berlaku satu kesilapan kecik, kita mudah sangat lupa kasih sayang yang orang dah berikan bertahun-tahun lamanya.

P/S: Aku pun selalu gak cuba nak simpan duit bebanyak dalam umah cam atuk aku buat. Bukan apa untuk keperluan masa depan family aku gak tapi yang heran nyer belum sempat cecah 30hb setiap bulan dah kena korek balik duit simpanan tu. Sapa la punya angkara ni, isk..sungguh jahat orang itu..tehehehe.. Padan le muka korang sebab kena baca entry terpanjang dalam blog aku nih...wargh wargh wargh..

Friday, October 07, 2005

Anthrax

Dear all,

The European Union office on the 10th floor of Tan & Tan received a package yesterday evening containing some form of white powder suspected to be Anthrax. The package was discovered today early morning and the Police and Fire department were immediately notified. The authorities promptly arrived at the scene and have safely removed the package from the building.

The authorities are presently checking the area just to ensure everything is safe. We have been in close contact with the building services and they’ve advised the suspected threat has been removed and does not call for any concern at this point in time. I will keep you informed of any developments in the meantime.
Apa perasaan korang kalau pepagi buta dapat email camni? Ni le email yang dihantar oleh Emergency Manager kat opis aku, pas dia call Building Manager bila tengok ramai ngat polis berkumpul kat bangunan aku keje ni. Tatau la apa nak jadi kat tempat keje aku ni, itu ari ada orang hantar ntah apa minyak la kat German Embassy (tingkat atas) dah tu ari ni menda alah Anthrax ni lak.
Apa le dorang ni... cuba le anto lemang ke, pulut kuning kan bagus. Leh gak dibawak makan2 time berbuka nanti. Buat menda la anto menda pelik gini. Yang buat aku lagik marah, dah kasi announcement gini boss opis aku ni bukannya ada buat apa pun, semua buat tak reti je. Kena gak la dok kat opis ni cam biasa tapi kalau la dibuatnya menda alah tu betul2 Anthrax aiyohhh...cam ner? Maunya kena 'seal' terus bangunan tempat aku keje ni cam yang kena kat US dulu. Korang tengok le kalau2 ada kuar berita malam nanti tapi for sure la tak nampak la muka aku yang 'commercial' ni dalam TV tu.
Anthtrax setau aku memang virus pembunuh yang cukup bahaya. Klik sini kalau korang nak tau pasal virus ni. Walaupun tak sehebat virus pembunuh Agent Orange yang mampu mendatangkan kesan puluhan tahun keatas manusia, Anthrax dikatakan berupaya merebak dan membunuh manusia dengan cepat. Oleh sebab itulah ia pernah digunakan oleh tentera Amerika sebagai senjata dalam peperangan Vietnam.
Sekian sahaja dari saya, Mokhzani Ariffin di TV5. **** sambil wat2 angkat tangan cam Karam Singh Walia**
P/S: Takde keje tul la dorang ni sampai sanggup buat menda2 pelik gini. Apa la yang dorang dapat?

Thursday, October 06, 2005

Ketenangan & kesenangan

Dulu masa aku kat sekolah, cikgu aku selalu cakap "kalau nak hidup senang, kena belajar rajin2 nanti kalau dah pandai boleh la dapat keje yang baguss"
Pastu bila aku dah dapat keje yang aku rasa bagus, suatu hari aku terbaca komen sorang pembaca sukabo Utusan Malaysia yang dok komplen pasal saranan untuk mengurangkan cuti bagi Wilayah Persekutuan. Kata pembaca tu dihujung ayatnya "...hidup ni bukan untuk berkeje je".
Ari tu masa member aku dok promote direct selling, dia ada cakap "kalau keje bermati-matian tapi pendapatan tak seberapa nak buat apa? Kena la buat sesuatu supaya dapat income atau gaji besor sikit, baru hidup leh senang"
Ari ni bilamana aku dah rasa selesa ngan keje dan gaji yang aku rasa besor sikit, aku terdengar lak opismate aku cakap "Alah dapat gaji besor pun bukan leh hidup bahagia, tengok kat sukabo tu berapa ramai orang bijak pandai yang kena tipu dek ajaran sesat cam Ayah Pin la ...itu la ini la...tu semua sebab nak cari ketenangan le tapi malangnya dari tempat yang salah"
Agaknya apa yang sepatutnya dicari untuk dapat ketenangan & kesenangan? Benarkah kita leh betul2 bahagia kalau ada rumah besar, kereta canggih, isteri yang cantik, gaji banyak .. ni semua? Hmm ntah la mungkin hanya tuhan je yang maha mengetahui punca kebahagiaan di hati setiap hamba yang diciptanya.
Jadi kesimpulan yang dapat kita pelajari dari cerita di atas, jangan le korang simpan duit bebanyak ngat bulan pose ni, meh le kita gi berbuka sekali kat memana. Haram sungguh korang ni, sorang pun takde yang sudi call aku ajak berbuka..ada ke patut? call le aku weih...huk!huk! huk!


Image hosted by Photobucket.com

Dari aku yang masih berkeje kat opis pada jam 6:58pm!

Wednesday, October 05, 2005

Fenomena bulan pose

Fenomena gini tentu akan terjadi pada aku bila tiba bulan pose.
  • Kena geledah lemari baju dan cari balik semua seluar2 lama sebab pinggang aku secara automatik akan lebih ramping. Lebih malang lagi kalau kena gi kedai semata2 nak tebuk satu lagi lubang kat tali pinggang.
  • Berjanji ngan member sana-sini, konon2 nak berbuka pose sama2, last2 aku terlelap kat umah...dan member aku tadi tu beriya la tunggu aku bagai nak rak.
  • Kemain berjanji ngan member2 nak datang umah dorang time raya nanti siap lukis2 map le bagai, padahal sebenarnya semua tu janji kosong dan lakonan je. Pandai berjanji je ..datangnya tidak.... (jangan la ada member2 aku yang terbaca entry nih... huhuhu).
  • Mesti aku tak dapat mengelak dari berbuka pose ngan air dan hisap rokok je kat Ampang Park. Ni semua, pasal kes ikut member2 aku gi cari makanan last-minute le nih. Ingatkan sempat la nak gi tempat best2 nak buka pose, last2 kena minum air mineral je penyudahnya.
  • Anak2 buah aku mesti tanya kalau dorang dapat puasa penuh sebulan, aku nak kasi apa. Selalunya kalau kompem aku takkan balik kampung dan jumpa anak buah aku tu time raya, kemain beria la aku janji nak kasi RM 10.00 sorang. Padahal jangan harap le, lantak dorang bior dorang rasakan, sapa suruh pose kerana nak duit.
  • Beli kuih raya bebanyak, last2 belum sempat raya semua kuih2 tu dah habis kena makan. Dah tu bila member nak datang rumah, silap2 kasi aku cuma kasi dorang makan kasi meehon je.
  • Semangat giler beli kopiah baru dan tasbih segala, konon2 nak bawak gi semayang terawih la bagai. Penyudahnya balik keje pas berbuka je terus letak pala atas bantal dan tido...
  • Beriya la tulis atas kertas buat budget le konon2 nak kumpul duit balik raya dan tak nak membazir le kononnya. Last2 kertas budget tu ntah ke mana, duit aku lak tak tau habis ke mana. Tau2 dah budget lari....

P/S: Mana lebih jahat? Setan atau nafsu?

Tuesday, October 04, 2005

Selamat Berpuasa

Image hosted by Photobucket.com

Selamat Berpuasa & Menyambut Ramadhan

Daripada: Mohamed Azri bin Mokhzani

Monday, October 03, 2005

Ramadhan datang lagi

Ramadhan datang lagi.. kejap betul masa berlalu. Rasa cam baru je lagi puasa, tetiba dah masuk waktu untuk berpuasa lagi. Memang kejap sungguh masa berlalu. Mungkinkah itu menandakan kita dah semakin tua, sampai tak sedar betapa cepatnya waktu mengejar kita? Tapi alhamdulillah, tuhan masih sudi bagi peluang kat kita untuk berpuasa dibulan Ramadhan yang mulia ni. Bulan yang tiap2 petang ramai le orang yang nak balik cepat, LRT dan bas semua penuh, time lunch hour terasa ngantuk giler, orang berpusu gi beli juadah berbuka dan masjid2 semua penuh ngan orang2 yang nak semayang terawih. Itulah keindahan dan keistimewaan bulan Ramadhan.
Ramadhan datang lagi.. waktu2 gini..aku teringat masa tinggal kat kampung waktu kecik2 dulu . Tiap2 kali nak bersahur atuk selalu 'dera' aku. Kalau aku liat je nak bangun mest atuk akan amik saputangan basah dan lap muka aku sampai le aku bangun. Adeh.. terpaksa le aku makan nasi waktu mata aku ngantuk giler. Pas sahur, atuk mesti ajak aku gi surau. Sama-sama le aku ngan dia mengharungi embun dingin diwaktu pagi dan menuju ke surau yang tak berapa jauh dari kampung aku. Syahdu je rasa bila kenangkan waktu2 tu. Masih terbayang-bayang difikiran aku suasana masjid kampung aku diwaktu pagi. Memang ramadhan banyak meninggalkan seribu satu kenangan yang istimewa pada aku waktu kecik2 dulu.
Ramadhan datang lagi.. waktu2 gini..teringat aku masa sekolah menengah dulu, aku selalu dok lepak kat padang kanak-kanak ngan Jijoy, Lan dan 2 3 orang lagi member aku masa aku tinggal ngan Mak Nik kat Ipoh dulu. Waktu malam, time2 orang tengah sibuk gi semayang terawih mesti kitaorang pakat ramai2 gi mesjid kononnya dan pastu gi curi-curi hisap rokok kat padang kanak-kanak. "Orang nak gi terawihh ni" .. itulah alasan yang selalu aku kasi kat Mak Nik kalau nak keluar malam dibulan Ramadhan dan selalunya Mak Nik tak pernah halang aku. Tak mungkin aku leh dapat peluang cam ni kalau waktu malam biasa. Itulah keistimewaan Ramadhan pada aku waktu sekolah menengah dulu. ..hehehe.
Ramadhan datang lagi... waktu2 gini dah tentu aku takde masa nak kuar gi beli makanan bila tiba waktu berbuka. Aku memang jenis tak kisah kalau tak makan pun. Kalau ada segelas air dan sebatang rokok itu dah cukup bagi aku. Lagipun aku sebenarnya dah serik ngan perangai 'peniaga segera' dibulan Ramadhan ni yang suka ngat amik kesempatan ngan menipu orang dibulan Ramadhan ini. Kalau beli air kelapa terasa cam air paip, kalau beli murtabak dah tentu penuh ngan telur je dan kalau beli karipap silap2 kosong je dalamnya langsung tak berinti apa2. Adeh.. tak sangka tul ada jugak orang yang sanggup menipu dan buat dosa dibulan yang mendatangkan banyak pahala nih. Mungkin ini le menyebabkan aku tak le excited nak membeli juadah berbuka bila dah berkeje gini.
Ramadhan datang lagi .. tak sabar rasanya aku nak semayang terawih kat surau umah aku. Lama dah rasanya kaki aku ni tak jejak surau umah aku tu. Mungkin itulah sebabnya jiwa aku selalu kacau dan mungkin sudah tiba masanya untuk aku kembali jadi tetamu di dalam rumahNya tu. Mungkin juga sudah tiba masanya untuk aku sedekahkan tahlil bersama-sama jemaah surau untuk arwah atuk yang meninggalkan aku dalam bulan Ramadhan 2 tahun yang lepas. Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dibulan ramadhan yang mulia ini.
P/S: Tengah tunggu sapa la yang sudi nak ajak berbuka....

Saturday, October 01, 2005

Tensionnya!!

Apa perasaan korang kalau korang terpaksa buat suatu keje yang korang tak penah langsung study pasal benda alah tu kat tadika, sekolah, U hatta kat mana2 sekalipun dalam hidup korang?. Pendekata cam jadik bidan terjun la nih. Pening tak rasa.. agaknya? Mungkin ke ada rasa cam nak bunuh diri je bila buat keje gini?
Actually kan, tu lah perasaan yang aku alami sekarang ni. Masa aku join company aku yang sekarang ni, jawatan aku sebenarnya lebih pada IT analyst tapi entah cam ner bila dorang dah tak cukup orang so dorang pun offer le aku buat keje Data Controller. "Alah..senang je keje ni ko cuma kena key-in data je dalam internet bukannya susah pun" aku ingat lagi itu la kata2 member aku, si Zamry yang penah buat keje aku sekarang ni. Sekarang ni dia dah pun ditransfer ke office aku yang kat Equitorial Guinea, West Africa. Pendekatanya, aku kena amik alih keje dia le nih.
Aku penah gak try buat keje ni, sebelum aku mengatalkan diri terima official offer dari company aku. "Lorr senang je keje gini tak le susah sangat, gaji pun best!!" gitu la bisik hati aku bila mula berangan dapat transfer ke jawatan ni. Masa dalam process nak transfer tu habis semua orang kat sini support aku. Ntah kat mana la dorang tengok potential dalam diri aku ni. Aku sendiri pun tak tau tapi wah..bangganya aku masa tu tak sangka dorang betul2 supportive kat aku. Selalu gak aku tersengih-sengih sorang diri bila mengenangkan sokongan tak berbelah bagi dari dorang tu. Sampaikan manager HR yang penah kata aku tak qualified pun kena sound dari boss aku dan beberapa staf lain bila dia agak keberatan nak amik aku. Wahh..cam gempak je kan.
Tapi itu dulu, sekarang ni aku rasa cam nak mati je buat keje yang aku dah dapat nih. Ingatkan dulu semuanya senang je, rupa-rupanya uwaaaa!!!!.. Sekarang ni aku rasa kalau boleh cam nak terjun je dari tingkap opis aku kat tingkat 9 ni ke bawah! Susah sangat ke keje aku ni?? maunya tak susah, dah le aku background study aku cuma IT, keje yang aku buat ni plak banyak kaitan nyer ngan Geophysist dan Geologist. Nak kena handle data seismic survey, petrophysist, biostratigraphy dan ntah apa2 lagi. Tak cukup lagi dengan tu, tahun depan aku dah kena involved dalam projek untuk design Data Managemant & Maintenance Systems untuk 2 loji penapisan gas asli kat Phu horm, Thailand dan Surabaya, Indonesia. Semua tu dah melibatkan engineering le plak! Tak ke rasa cam nak mampus gini?? Orang lain bila citer pasal keje aku je ..mesti dorang kata "fuhyooo canggih giler, ... wah ko ni mesti boss besar kat tempat keje ko ni. Mesti banyak gaji ni." Tu je la ayat yang selalu aku dengar tapi jauh di sudut hati aku, kalau boleh aku harap sangat ada orang leh tembak kepala pala aku sekarang ni sebab aku dah tak larat nak buat keje giler cam ni.

Hampir semua boss2 kat opis aku ni expect aku leh jadi 'from zero to hero within a minute' . Pendekata cam bertukar dari orang biasa kepada batman ke, superman ke...jenis kalau pakai spender kat luar je , alih2 boleh terbang...phewww!. Adeh .. mati le aku cam ni. Patut le member aku dulu, Si Zamry beria-ria sangat mintak transfer ke West Africa, rupa-rupanya dia saje je nak tinggalkan masalah ni kat aku. Haram tul... Korang tau tak, disebabkan tension punya pasal, tiap2 bulan aku bergantung pada ubat Panadol. Pendekata 2 papan le sebulan aku terpaksa telan ubat Panadol tu. Ish..giler...tul aku ni. Walaupun setakat ni aku bleh handle lagi semua keje aku tapi jauh disudut hari aku, ish mau je aku resign sekarang. Mana aku nak handle skop keje yang kekadang tu aku terasa dalam dok planet lain, boss lagi buat hal. Aduh..sakitnya jiwa..
Penah sekali boss aku cakap "Ohh you kena banyak sabar, kalau you cepat sangat putus asa takkan maju kita orang Malaysia ni, takkan ada orang Malaysia yang akan buat kereta sendiri cam sekarang ni..bla bla bla" gitulah nasihat dan dorongan (kalau le bleh dicategorykan sebagai dorongan) yang dia kasi kat aku. Tu semua cakap dia je...dia sendiri pukul 5 je dah balik rumah. Penah gak aku tanya awat nyer cepat ngat balik? Tau dia cakap apa "Oohh I worked for my family, so kalau I keje teruk sangat sampai terlupa take care of my family then apa guna I buat keje?" Ceh! macam penjual ubat meningkatkan tenaga syahwat je dia syarah kat aku. Macam le aku tak tau dia pemalas sebenarnya. Malas aku nak gaduh2 ngan dia. Dah tentu semua yang dia patutnya pikir akan secara automatiknya ditransfer kat aku, suruh aku buat le tu. Adeh... berapa lama la aku leh tahan keadaan cam ni. Nasib baik le takat ni, semuanya masih ok lagi, aku masih boleh handle..tapi suatu hari esok? ntah la... Terasa lambat je waktu keje bila buat menda2 yang asing pada aku ni. Yelah memang le boleh belajar pelan2 tapi kalau keje dah banyak berlonggok cam ner? Semuanya nak cepat lak tu!..Arrghhh!!

P/S: Hidup susah mati lagi le susah...habis cam no?