Tuesday, October 18, 2005

Rumah baru

Kekadang aku rasa kejap tul masa berlalu, sekarang ni tau2 je dah masuk 2 tahun aku dok rumah aku sekarang ni. Teringat aku 2 tahun yang lepas, bulan October macam nilah aku amik keputusan untuk pindah ke apartment baru aku, apartment yang aku dok sekarang ni. Sebenarnya sebelum aku pindah kesini aku ada dengar cerita2 yang agak menyeramkan penah yang diceritakan dek bapak aku dan beberapa lagi kawan aku yang lain. Macam2 la dorang cerita, ada yang nampak bayang orang takde kepala la, nampak bayang putih dok merayau2 la..ish memacam lagi citer aku dengar. Tapi semua tu tak penah sikit pun mengubah keputusan aku nak memulakan hidup di rumah baru aku sebab bagi aku rumah tu memang cantik dan kawasan perumahan tu memang strategik, senang la aku nak gi keje kalau dok situ.

Dua tahun yang lepas, dalam bulan October gini la waktu orang lain semua tengah sibuk nak balik kampung masa awal cuti sekolah, aku amik keputusan untuk pindah dan mula tinggal kat rumah baru aku ni. Aku ada cadang nak balik kampung cam dorang tapi aku ingat nak balik lambat sikit sebab cuti aku masa tu dah tak berapa banyak lagi. Waktu memula aku dok rumah baru ni, memang tak ramai pun orang pindah ke apartment ni, maklum la kawasan perumahan aku tu masih lagi baru. Waktu aku dah pindah tu pun, seingat aku tak sampai pun 5 buah keluarga yang duduk area block apartment aku ni.

Suatu malam, lebih kurang pukul 10 malam, masa wife ngan anak aku dah lena tido, aku terdengar bunyi riuh orang mengalihkan perabot kat tingkat atas rumah aku. Terasa cam ada pesta je kat tingkat atas rumah aku ni. Setau aku, waktu tu rumah kat tingkat atas aku ni memang tengah kosong lagi sebab tuan rumahnya belum pindah lagi. Memula tu aku ingatkan mungkin le gamaknya jiran baru aku ni amik keputusan nak pindah awal ke sini cam aku, so aku tak kisah le sangat bunyi bising gitu. Tapi bila dah lepas tengah malam bunyi riuh tu makin menjadi2 plak. Kalau sebelum tu cuma ada bunyi orang mengalihkan perabot tapi sekarang dah ada plak bunyi orang tumbuk lesung batu dan bunyi budak2 main guli kat rumah atas apartment aku ni. Sapa plak yang sibuk masak sampai tumbuk lesung batu lewat malam gini? Korang tau je la cam mana bunyi orang tumbuk lesung batu kat umah bertingkat gini. “Buk..buk..” punya la bingit giler bunyinya, sampai hilang sabar aku dibuatnya. Yang tambah peliknya, bunyi tu plak macam ikut je kat mana aku pegi. Kalau aku dok kat dapur, bunyi tu makin kuat kat dapur, kalau ruang tamu bunyi tu pun macam mengikut je aku ke ruang tamu. Aku terpikir gak orang rumah atas ni nak main2 ke ngan aku?

Berdetik gak dalam hati aku “kurang ajar tul orang atas ni, memekak lak memalam buta gini”, terus je pastu aku pakai baju dan terus gi naik tingkat atas apartment aku. Meluap2 rasanya aku nak gi ‘serang’ rumah orang atas aku ni tapi yang peliknya bila aku sampai je, aku tengok pintu rumah tu berkunci. Dah tu bila aku intai bawah pintu, rumah tu gelap gelita rupanya dan takde sebarang bunyi pun dari dalam rumah tu. Tak puas hati lagi ngan keadaan tu, aku pun turun bawah dan tengok dari luar block aku. Sah! memang rumah tu gelap gelita dan takde tanda2 ada orang dok situ. Takde langsir, takde lemari ke apa, pendekata takde satu apa tanda pun rumah atas apartment aku tu diduduki orang!. Aku cuba gak gi nengok kat parking lot area block aku kot2 ada kereta tuan rumah atas tu tapi yang aku nampak cuma kereta aku je yang ada kat parking lot malam tu. Bila dah gini tetiba meremang je bulu roma aku. Aku mula teringat kata2 bapak aku “rumah kamu tu keras Zani sebab dekat ngan kuil hindu, jangan harus le kamu bawak anak kamu keluar rumah memalam”. Gitu le pesan bapak aku masa memula aku pindah dulu. Masa ni, tetiba je aku terasa seram yang amat sangat. Risau beb kot2 bertembung lak ngan makhluk2 pelik pas ni kang. Dah le malam tu gelap gelita, touch light lak aku tak bawak. Lekas2 je kaki aku melangkah balik terus ke rumah aku.

Rupanya ‘gangguan’ tu tak habis takat situ je. Bila aku sampai rumah, aku terdengar bunyi anak aku nangis dalam bilik tido dia. Lain macam sungguh bunyi dia nangis. Sedaya upaya dia menjerit macam dirasuk je. Jenuh aku bagi susu, masukkan dalam buaian tapi takde tanda2 langsung dia nak diam. Bayangkan la dia leh nangis sampai satu masa hilang terus suaranya. Panik giler aku waktu tu. Aku pun terus kejutkan wife aku dan suruh dia tengok kan anak aku. Buntu tul kepala aku dibuatnya. Bila aku tanya kat anak aku “Ayie nak apa ni”, dia tak jawab pun pertanyaan aku cuma tangan dia je menunjuk2 ke arah pintu sliding rumah aku. Baru le aku perasan, dia mungkin dah ternampak sesuatu yang aku tak leh nampak! Sesuatu yang mungkin menakutkan!

Bila dah panik gini, baru aku teringat akak yang jadik baby-sitter anak aku tu boleh ngubatkan penyakit budak kecik cam ni. So terus je aku ajak wife aku bawak anak aku gi rumah baby-sitter aku tu. Segan gak mulanya nak gi rumah dia pastu nak kejutkan dia memalam buta ni. Dah tentu le dia ngan familynya tengah nyenyak tido waktu gini. Tapi apa nak buat, terpaksa gak aku tebalkan muka minta tolong pada akak tu tengokkan anak aku sebab dah takde tempat lain lagi aku nak gi. Nasib baik le dia tak kisah sangat ngan aku. Mungkin sebab dia pun sayang agaknya ngan anak aku ni cam anak dia sendiri. Lepas je dia jampi sikit kat ubun2 anak aku, baru le anak tido. Sian aku nengok anak aku tu, dia dah macam keletihan yang amat sangat lepas beberapa jam nangis tak berenti2. Akak tu cakap “Ada ‘benda’ dah usik dia ni, hang ada kuaq malam kot? Ada la benda yang mai ikut hang balik rumah nih”. Seram je aku dengar ayat akak tu.

Balik dari rumah akak tu, aku terus gi rumah mak aku yang terletak tak berapa jauh dari situ dan amik keputusan untuk terus tido je kat sana. Bila wife aku tanya kenapa aku tak terus je balik ke rumah? Cepat je aku bagi alasan yang aku dah ngantuk dan malas nak drive lagi jauh2. Sampai le sekarang, dia tak tau apa sebenarnya yang dah menimpa keluarga kami pada malam tu.

.

Image hosted by Photobucket.com

Ni le kawasan perumahan yang aku duduk sekarang. Tapi waktu malamnya kadang tu tak menjanjikan kedamaian seperti diwaktu siangnya.

P/S: Alo-alo incik!... jangan cuba baca dari bawah..pi..pi..scroll atas balik!!!...tehehehe...