Monday, April 24, 2006

Ayat seerti

Korang penah tak belajar pasal ayat seerti masa kat sekolah dulu? Ala kalau korang tak penah belajar memang sah le korang tak penah gi sekolah. Untuk memudahkan pemahaman korang dalam penggunaan ayat seerti ni, meh kita explore sikit pasal ayat seerti yang aku yang selalu aku praktikkan dalam hidup aku.

1. Bila boss aku kat Houston tanya pasal keje yang dia suruh buat semalam

Aku: Eh I baru je email kat you! Cuba check balik email you, kalau tak dapat gak bagitau ...(lepas ditranslate)
Maksud yang seerti dengannya: Halamak! terlupa nak buat la, nanti I submit petang sikit boley?

2. Bila consultant company aku cuba mintak no. handphone aku

Aku: Ok nanti I SMS kan kat you
Maksud yang seerti dengannya: Takkan aku nak kasi no. handphone aku? nanti kalau ko mintak payment, tak mampus aku?

3. Bila kawan aku ajak datang rumah dorang

Aku: Aku sebenarnya dah lalu dah area depan umah ko tu tapi ntah cam ner terlajak lak masuk highway. Pastu dah susah nak pusing balik. Tu yang tak dapat datang umah ko tu..
Maksud yang seerti dengannya: Sorry le geng aku tertido la kat umah, tu pasal le tak dapat datang!

4. BIla ada end-user kat tempat keje aku yang salah key-in data dalam system yang aku maintain

Aku: Tak pe la kak, sekali sekala kita kena la belajar dari kesilapan
Maksud yang seerti dengannya: Apa kata akak rebus je PC ni pastu telan air dia, cuba nengok bleh pandai dak pasni?

5. Bila wife aku shopping sakan sampai terlebih dari yang sepatutnya

Aku: Abang sebenarnya tak kisah kalau xxxxx beli benda ni tapi kan baik kalau tunggu hujung bulan sikit baru la beli menda2 gini
Maksud yang seerti dengannya: Ni je ke beli? Habis tokeh kedai tu takmo dibeli sekali?

6. Bila boss aku kat KL ni, tanya pasal report yang dia suruh buat minggu lepas

Aku: I tengah print kan report tu, nanti jap lagi I kasi
Maksud yang seerti dengannya: Hah report? Aiseymen.. apa pun tak siap lagi nih!

7. Bila korang tanya napa dah lama tak apdet blog

Aku: Lor aku dah lama dah apdet blog aku tu.. mungkin ada problem kat memana kot.
Maksud yang seerti dengannya..opss perlu ke aku citer kat sini? tehehe



Sunday, April 23, 2006

Aku harap

Aku harap waktu cam gini aku dapat gi bercuti sambil bawak family aku gi jalan2 kat sebuah hotel di tepi laut dan pastu kami anak beranak gi main pasir tepi pantai. Tapi malangnya aku kena banyak habiskan masa sekarang ni hanya untuk siapkan kerja opis yang ntah bila akan siap.

Aku harap waktu cam gini aku dapat rileks kat rumah sampai baring tengok TV ngan anak2 aku. Tapi malangnya minggu ni aku terpaksa duduk jauh beribu2 batu dari dorang.

Aku harap waktu cam gini aku dah dapat duit dari semua expenses claim yang aku hantar hari tu dan bawak family aku gi makan kat seafood restaurant yang macam selalu aku janji tu. Tapi malangnya, terpaksa la aku terus menunggu lagi dek kerana 'kecekapan' account dept. company aku ni.

Aku harap waktu macam ni dapat la aku naik kereta baru yang dah lama aku booked tu dan bawak family aku gi jalan2 balik kampung. Tapi malangnya, terpaksa la aku terus menganga bila salesman kereta tu asyik tak angkat phone dia bila aku call.

Aku harap waktu cam gini aku dapat settle keje opis aku yang masih tak siap dan dah makin berlonggok tu. Tapi malangnya, terpaksa aku buat macam selalu, asyik cari alasan bila boss aku tanya bila dan napa keje tu tak siap.

P/S: Keje toreh getah lagi baguss...

Friday, April 14, 2006

Handphone aku

Entry kali ni aku nak bercerita sikit pasal semua handphone yang penah aku pakai dalam hidup aku. Actually aku ni bukan la gila sangat nak explore menda2 canggih zaman sekarang ni. Pakai MMS pun aku tak reti sebenarnya, apatah lagi nak tengok TV dalam handphone. Aku cuma suka pakai handphone yang aku rasa canggih untuk kepuasan diri sendiri. Ramai gak member aku yang pelik ngan perangai aku yang suka bertukar handphone. Sampaikan ada yang bertanya aku ni ada bukak kedai handphone ke? Hehehe..gitu la giler aku. Wife? kekadang dia tu bising gak tapi setelah dirasuah ngan handphone baru, pastu senyap le dia. Alah orang pompuan ni setakat mana la sangat marah nyer..kan..kan..kan..

Blackberry 7730

Ni handphone aku yang terbaru. Actually handphone ni bukan aku punya tapi opis aku yang kasi. Gunanya selain dari jawab call, menatang ni jugak boleh terima email dan nengok internet. Bestkan? tapi yang boring nya saiz menda Allah ni, besar yang amat. Korang penah buat call pakai piring tak? Ha macam tu yang aku rasa bila pakai handphone ni. Nak tekan no. pun susah sebab keypad dia rapat sangat. Dah le tu nak nengok miss call pun payah sebab memacam button kena tekan...adeh! Yang lawaknya aku ni pakai handphone canggih2 tapi no. handphone aku sendiri pun tak aku ingat! Kalau ada orang yang tanya, aku cuma ingat 012-273.. dan lepas tu aku terpaksa cari business card aku sebab dalam tu ada tertulis no. handphone ni. Aku malas nak ingat no. handphone ni sebab aku cuma gunakannya untuk tujuan yang berkaitan ngan keje je. Kalau untuk tujuan personal, aku lebih suka pakai private line aku.

Motorola Razor V3

Handphone ni aku beli tahun ni. Aku beli sebab dia nipis tapi kalau nengok dari segi kecanggihan, handphone ni memang hampeh. Memula tu wife aku bising gak, katanya kalau tak suka jangan le bazirkan duit beli tapi bila aku sedekahkan handphone ni kat dia kemain suka lak dia.... eleh sebelum tu kemain garang lagi dia.

Sony Ericsson w800i
Handphone ni aku beli tahun lepas dan ni actually handphone ke 2 aku sekarang ni. Memula terpandang handphone ni dalam suratkhabar aku rasa tak sabar tul nak beli. Kira macam cinta pandang pertama la kekononnya. Kalau orang lain beli handphone untuk buat atau receive call tapi aku lak pakai handphone sebab nak dengar lagu! Memang tak dinafikan bunyi dari handphone cukup superb. Tak rugi aku garu kepala bila poket dah kosong pas beli handphone ni.


Nokia 6510
Handphone ni lak termasuk dalam kategori handphone favourite aku. Walaupun dia model lama tapi aku cukup suka ngan handphone ni sebab dia kecik. Masa aku beli handphone ni, aku siap bawak tidur lagi sebab terasa excited sangat sampaikan bini aku tanya "Abang ni handphone pun bawak tido ni, tengah nunggu girlfriend abang call ke? Baik abang cakap sapa pompuan tu?" Adeh orang pompuan ni susah tul la bila dah cemburu sangat.


Sony Ericsson T610
Yang ni pulak aku beli lepas handphone lama aku hilang. Takde apa sangat yang canggih pasal handphone ni cuma lawa je lebih. Lama gak aku pakai handphone ni sampai la tahun lepas dia rosak sebab anak aku, si Ajit tu gigit joystick handphone ni. Adeh pening tul ngan perangai anak aku yang sorang tu. Tension giler aku bila dengar handphone ni rosak. Jenuh gak la aku cuba nasib repair sendiri handphone ni tapi nampaknya dah macam tikus betulkan labu je. Untuk jadikan modal nak beli handphone baru, terpaksa la aku buat2 muka sedih depan wife aku. Kekonon pasni susah la hidup takde handphone, padahal dalam hati..yabebaduuuuu...boleh beli handphone baru!... hehehe. Selain dari buat dan receive call, handphone ni gak terbukti mampu dijadikan akuarium bila ada sekali tu aku secara tak sengaja tercelup handphone dalam air bila mandikan anak aku kat sungai. Bila tengok skrin handphone ni, lor dah bertakung air dalam tu. Jenuh aku cuba hantar repair kat kedai, tapi cina kedai handphone kat rumah takde sorang pun tau camner nak buat. Nasib baik aku boleh repair sendiri walaupun isi dalamnya dah lenjun. Sayangnya jodoh aku ngan handphone ni memang tak dapat bertahan lama.


Nokia 6610
Handphone ni best sebab nampak exclusive je pada aku. Tapi tak lama aku pakai handphone ni sebab dah dicuri orang. Terkilan tul aku masa tu sebab barang yang selalu aku jadikan modal untuk mengorat pompuan kini dah takde lagi. Tambah terkilan lagi pencuri yang mencuri handphone ni langsung tak mengucapkan timakasih kat aku sebab sudi bagi dia peluang curi handphone ni! Memang dasar tak kenang budi tul pencuri tu. Apa la salahnya tinggalkan note sikit "Timakasih kerana sudi mengizinkan saya mencuri handphone anda" sekurang-kurangnya sejuk sikit hati aku ni.

Nokia 3310
Handphone ni memang aku berkenan sangat2. Walaupun besar tapi bentuknya aku rasa cukup menarik cuma yang tak bestnya dia berat sikit sampaikan kalau aku pakai tracksuit kekadang rasa nak terlondeh pun ada bila aku masukkan handphone dalam poket seluar. Aku pakai handphone ni pun tak lama kerana secara tak sengaja aku berjaya membuktikan handphone juga, boleh digunakan untuk basuh kain bilamana aku terlupa nak keluarkan handphone dari poket seluar waktu basuh kain baju dalam washing machine. Tak caya? cuba la korang taruk handphone dalam washing machine bila basuh kain. Mesti bersih lain macam je kain baju korang !

Nokia 8210
Model yang ni pulak nampak cute je pada mata aku sampaikan anak aku sendiri pun kalau dapat handphone ni, jangan harap le dia nak kasi balik kat aku. Tension punya pasal terpaksa la aku belikan handphone mainan yang nampak serupa ngan handphone ni. Yang kelakarnya kekadang tu bila nak cepat gi keje, aku tak perasan aku terbawak handphone mainan anak aku gi keje. Aku cuma tersedar bila tetiba button handphone mainan tu ntah cam ner tertekan ngan sendirinya dalam poket seluar aku, pastu ada plak bunyi "Operator may I help you?" dalam poket seluar aku. Arghh..tension nyaaa..!!.

Nokia 3810
Handphone ni memang banyak sejarahnya dalam hidup aku sebab ni la handphone pertama yang aku pakai. Bangga giler weh bila dapat pakai handphone ni. Hatta kalau dah habis bateri pun, aku sibuk dok terhello-hello lagi depan orang untuk menunjukkan betapa canggihnya handphone yang aku pakai ni. Hehehe ..macam la aku sorang je yang pakai handphone dalam Malaysia ni. Walaupun handphone ni tergolong dalam handphone bersaiz kecil pada zamannya tapi dia ni berat sikit. Aku rasa kalau dibuat bahan untuk dibaling waktu dikejar anjing, mau mati anjing tu kalau terkena handphone ni. Aku benci pakai handphone beraerial ni dan ni la model beraerial yang terakhir aku pakai. Dah le terasa besar je bila dimasukkan dalam poket, pastu lak bila duduk kekadang boleh terkena tang anu adeh ... errr... terkena beg duit lah! Korang ingat apa? Ciss... pikir menda lain le tu..tehehehe

Mencari kedamaian & ketenangan

Sebenarnya sekarang ni aku perlukan sedikit kedamaian dan ketenangan. Kalau diikutkan hati aku ni, nak je aku balik kampung opah aku kat Perak. Teringin betul aku nak nengok rumah kampung arwah atuk aku yang dah 2 tahun aku tak jenguk. Teringin betul aku nak makan rojak mydin kat Pasar Isnin kat Pekan Parit, Perak. Kat situ la dulu atuk aku rajin bawak aku gi jalan2 tiapkali kami keluar ke Pekan Parit.

Bestnya kalau diimbas balik waktu aku kecik2 dulu. Kalau la masa boleh diputarkan kembali, kat kampung dan kesibukan Pekan Parit tu la tempat yang teringin sangat aku nak pegi. Rindu betul aku dengan atuk dan suasana kampung aku. Rasanya takde tandingan mana2 tempat kat dunia ni dengan kampung aku. Bawak la aku ke Downtown Houston ke, Woodbridge New York, Jakarta atau Bangkok sekalipun, rasanya kampung aku jugak la tempat yang paling best! Tiapkali aku lalu kat kedai2 lama kat kampung aku, pasti menjelma balik kenangan aku dengan arwah atuk aku. Banyak waktu kami habiskan bersama, terutama bila dia selalu bawak aku gi gunting rambut kat kedai kampung aku. Mesti lepas tu dia bawak aku gi kedai sekitar kampung aku tu.

Kalau la ditakdirkan aku ni kaya orangnya, ndak je rasa aku habiskan sisa hidup aku kat kampung. Duduk ngan opah, pegi pasar pagi2, gi surau memalam macam arwah atuk aku. Lama betul rasanya kaki aku ni tak menjejaki masjid kampung aku tu. Dari hanya bangunan papan, sekarang aku tengok dah jadi bangunan batu. Orang2 masjid tu pun aku tengok semuanya dah orang2 baru. Banyak betul dah pembangunan kat kampung aku dan sebanyak tu jugak la rindu aku pada kampung aku tu.

Apa la agaknya yang seronok sangat hidup kat bandar besar cam KL ni ek? Ntah la mungkin pada orang yang rajin berjalan sana-sini, mungkin le seronok. Bagi aku, spesis yang suka dok terperuk kat rumah je mungkin le takde apa2. Tapi sejak tahun 2006 ni, aku rasa dah jenuh berjalan2 especially kat negara orang. Masuk bulan ni, dah tiap2 bulan aku berjalan. Bermula dari Jakarta, pastu Houston pastu berulang Jakarta dan lepas ni gi Bangkok pulak. Enjoy? Bagi aku semua tu langsung takde makna. Dah le sah2 hutang kredit kad aku akan kena interest, plak tu arrangement keje plak kelam kabut. Ingatkan boleh siap 2 hari, ntah cam ner rupanya amik masa lebih dari tu. Nak tak nak terpaksa le dok opis orang sampai lewat malam. Kekadang tu aku rasa buruh paksa untuk buat jalan keretapi waktu zaman Jepun dulu pun tak keje teruk sangat macam aku. Duit keluar macam air, tenaga plak kena perah cam hamba abdi. Kalau la aku bujang lagi, dah lama aku tukar keje jadik tukang sapu DBKL je. Nasib baik la aku dah kawin, nasib baik la kena pikir makan minum anak bini. Tak sanggup aku nak bayangkan kalau bini aku tanya “Apa?? abang dah keje jadik tukang sapu?? Habis nanti kita ni nak makan apa?”…ish ngerinya kalau kena tanya soalan cam tu.

Apa la agaknya yang diperlukan untuk menjadik hati ni tenang dan damai ek? Best jugak rupanya kalau dapat jadik budak2 je cam dulu. Seronok je leh main sana sini. Tak payah pikir soal keje, soal nak cari duit, hari2 leh main je, tapi yang tak bestnya kena baca buku dan buat keje sekolah le plak! Teringat aku kata Abang Syed kawan aku dulu “Sebenarnya ketenangan yang kita cari selama ni berada dekat dengan kita”. “Dekat macam mana bang?” tanya aku yang memang blur masa tu. “Pernah gi semayang jemaah kat Surau? Pernah semayang tahajud kat rumah memalam? cuba try nanti tentu hati akan lebih tenang” jawabnya. “Adeh terkena gak satu das….” balas aku dalam hati sambil mengukir senyuman kemesraan yang ternyata palsu!

Selamat Menyambut Hari Maulidul Rasul… insaf beb jangan tak insaf

Thursday, April 13, 2006

Inilah aku






Rupa terbaru aku. Tak sangka walaupun dah tua tapi nampak cam remaja.
(ini statement orang lain yang cakap, aku cuma tulis je balik kat sini je..hehe)