Friday, April 14, 2006

Mencari kedamaian & ketenangan

Sebenarnya sekarang ni aku perlukan sedikit kedamaian dan ketenangan. Kalau diikutkan hati aku ni, nak je aku balik kampung opah aku kat Perak. Teringin betul aku nak nengok rumah kampung arwah atuk aku yang dah 2 tahun aku tak jenguk. Teringin betul aku nak makan rojak mydin kat Pasar Isnin kat Pekan Parit, Perak. Kat situ la dulu atuk aku rajin bawak aku gi jalan2 tiapkali kami keluar ke Pekan Parit.

Bestnya kalau diimbas balik waktu aku kecik2 dulu. Kalau la masa boleh diputarkan kembali, kat kampung dan kesibukan Pekan Parit tu la tempat yang teringin sangat aku nak pegi. Rindu betul aku dengan atuk dan suasana kampung aku. Rasanya takde tandingan mana2 tempat kat dunia ni dengan kampung aku. Bawak la aku ke Downtown Houston ke, Woodbridge New York, Jakarta atau Bangkok sekalipun, rasanya kampung aku jugak la tempat yang paling best! Tiapkali aku lalu kat kedai2 lama kat kampung aku, pasti menjelma balik kenangan aku dengan arwah atuk aku. Banyak waktu kami habiskan bersama, terutama bila dia selalu bawak aku gi gunting rambut kat kedai kampung aku. Mesti lepas tu dia bawak aku gi kedai sekitar kampung aku tu.

Kalau la ditakdirkan aku ni kaya orangnya, ndak je rasa aku habiskan sisa hidup aku kat kampung. Duduk ngan opah, pegi pasar pagi2, gi surau memalam macam arwah atuk aku. Lama betul rasanya kaki aku ni tak menjejaki masjid kampung aku tu. Dari hanya bangunan papan, sekarang aku tengok dah jadi bangunan batu. Orang2 masjid tu pun aku tengok semuanya dah orang2 baru. Banyak betul dah pembangunan kat kampung aku dan sebanyak tu jugak la rindu aku pada kampung aku tu.

Apa la agaknya yang seronok sangat hidup kat bandar besar cam KL ni ek? Ntah la mungkin pada orang yang rajin berjalan sana-sini, mungkin le seronok. Bagi aku, spesis yang suka dok terperuk kat rumah je mungkin le takde apa2. Tapi sejak tahun 2006 ni, aku rasa dah jenuh berjalan2 especially kat negara orang. Masuk bulan ni, dah tiap2 bulan aku berjalan. Bermula dari Jakarta, pastu Houston pastu berulang Jakarta dan lepas ni gi Bangkok pulak. Enjoy? Bagi aku semua tu langsung takde makna. Dah le sah2 hutang kredit kad aku akan kena interest, plak tu arrangement keje plak kelam kabut. Ingatkan boleh siap 2 hari, ntah cam ner rupanya amik masa lebih dari tu. Nak tak nak terpaksa le dok opis orang sampai lewat malam. Kekadang tu aku rasa buruh paksa untuk buat jalan keretapi waktu zaman Jepun dulu pun tak keje teruk sangat macam aku. Duit keluar macam air, tenaga plak kena perah cam hamba abdi. Kalau la aku bujang lagi, dah lama aku tukar keje jadik tukang sapu DBKL je. Nasib baik la aku dah kawin, nasib baik la kena pikir makan minum anak bini. Tak sanggup aku nak bayangkan kalau bini aku tanya “Apa?? abang dah keje jadik tukang sapu?? Habis nanti kita ni nak makan apa?”…ish ngerinya kalau kena tanya soalan cam tu.

Apa la agaknya yang diperlukan untuk menjadik hati ni tenang dan damai ek? Best jugak rupanya kalau dapat jadik budak2 je cam dulu. Seronok je leh main sana sini. Tak payah pikir soal keje, soal nak cari duit, hari2 leh main je, tapi yang tak bestnya kena baca buku dan buat keje sekolah le plak! Teringat aku kata Abang Syed kawan aku dulu “Sebenarnya ketenangan yang kita cari selama ni berada dekat dengan kita”. “Dekat macam mana bang?” tanya aku yang memang blur masa tu. “Pernah gi semayang jemaah kat Surau? Pernah semayang tahajud kat rumah memalam? cuba try nanti tentu hati akan lebih tenang” jawabnya. “Adeh terkena gak satu das….” balas aku dalam hati sambil mengukir senyuman kemesraan yang ternyata palsu!

Selamat Menyambut Hari Maulidul Rasul… insaf beb jangan tak insaf